Sunday, 12 May 2013

Gulai ayam pagi-pagi...

Biasanya weekend begini saya selalu sibuk hantar anak pi latihan sukan. Lepas tu on the way balik singgah beli nasi belauk kat mana2 warung jual makanan Kelantan. Maklum la lidah Kelantan. Sekali seminggu mesti nak pekena juadah asli Cik Siti Wan Kembang tu..

Hari ni terasa malas pulak nak keluar rumah. Lagi pun  hari ni tak ada pulak aktiviti keluar rumah. Budak2 semua sibuk nak pereksa.  Masak sendiri je lah...Masak resepi bonda tuh. Ubah suai mengikut keadaan semasa. Biasanya orang buat lauk ikan tongkol. Tapi hari ni saya buat gulai ayam.. Makan dengan nasi putih je.

Gulai Ayam Spesel.

Bahan-bahannya:
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
Sehiris halia*
Sehiris lengkuas*
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
Sekeping asam gelugur
Bahan tumis: 1 inci kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga.
Minyak untuk menumis
gula merah dan garam secukup rasa.

Caranya:

  • Tumbuk bahan bertanda  (*). Tumbuk pakai lesung batu untuk mendapatkan rasa tradisional. Tak payah guna blender. 
  • Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam mangkuk. Campurkan sebuk kari dan sedikit air. Kacau. 
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan adunan rempah. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam. Kacau rata. Masukkan garam dan kerisik. Kacau lagi supaya tidak melekat pada periuk. Bila ayam agak kecut masukkan santan pekat, gula merah dan asam keping. Kacau lagi. Biar atas api hingga masak dan agak pekat. Siap.
Sedap dimakan dengan hirisan timun dan sambal lada*
(*3 biji lada besar + 1/2 sudu kecil garam = Tumbuk semua. Lepas tu  tambah 1 sudu kecil gula dan sedikit perahan lemon.)

Tak sempat nak ambik gambar sebab depa dah tak sabar2 nak makan...
Selamat hari ibu....

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....