Wednesday 15 May 2024

Repair awning (bocor) belakang rumah

Sekian lama saya dok perati kebocoran atap/awning belakang rumah ini. Saya baru sahaja ganti awning lebih setahun yang lepas. Dah dua kali saya upah orang datang repair kebocoran terutama di bahagian penyambung pada dinding. Tapi depa cuma letak silicon. Tahan sebulan dua, lepas tu bocor lagi. Lama-lama saya terpaksa tadah air bocor dengan baldi agar tidak membasahi lantai. 

“Ummi ni macam orang kampung duduk rumah bocor…” Memandai je anak-anak mengata saya. Takpe, kita sahut sebagai cabaran walau ada kebenarannya.

Masa open house jiran belakang rumah baru-baru ini ternampak pulak keadaan belakang rumah sendiri dari sudut pandang jiran belakang dapur. Baru perasan yang kawasan dinding belakang rumah ini memerlukan penambahbaikan.

Kita tumpang ngintai dari tingkap dapur jiran belakang.😅

Berbalik kepada atap bocor, bila kebocoran dah melampaui batas hingga terkena laluan wayar mesin basuh maka saya terpaksa buat major repair. Saya panggil orang untuk datang tengok dan buat sebutharga. Tak main la letak silikon, saya nak suruh depa letak roof flashing di sepanjang penyambung awning ke dinding. Penat pulak asyik nak kena panggil orang datang repair. Kalau tidak disebabkan rasa gayat boleh saja saya panjat dan repair sendiri. Bila harganya tidak lari jauh dari yang sepatutnya maka saya terus ambik slot. Dan kebetulan saya dah upah depa untuk betulkan masalah awning yang bocor tu, saya minta depa kikis dan cat semula kawasan dinding yang berkulat itu sekali.

Saya bayar deposit separuh harga dan depa datang seperti yang dijanjikan. Bila depa mula panjat bumbung, sibuk pulak makcik membebel supaya hati-hati takut bumbung tu retak, pecah dan runtuh.

"Tak da apa Kakak… ini bawah bumbung ada bisi... kuat.." Beriya-iya orang itu meyakinkan saya.

"Awak ada insuran ke... takut nanti accident, jatuh." Saya pulak yang susah hati. 

"Ada,ada,... Kakak jangan riso..."

Rupa asal kawasan sambungan awning ke dinding… dengan silikon pecah dan dinding berkulat.

Kemain bergaya berdiri atas bumbung, kita pulak yang risau takut jatuh. 

Depa mula kerja dalam pukul 10:00 pagi. Mula-mula depa gerudi sepanjang dinding penyambung awning setinggi 2 inci. Lepas tu depa letak sekeping aluminium flashing dan ketuk/paku ke dinding. 

Sapu debu simen.

Elok je siap letak flashing, hujan pun mula turun dan semakin lebat seakan nak test kejituan kerja-kerja baik pulih yang telah dibuat. Alhamdulillah tiada kebocoran dikesan. 

Siap pasang flashing, depa  kikis kulat-kulat pada dinding kemudian letak undercoat sebelum sambung mengecat esoknya. 

Esoknya depa datang sambung cat semula. Depa cat selapis dulu. Lepas tu biarkan kering selama dua jam kemudian cat lagi sekali. Nampak agak teliti. Depa guna cat jenis KCC untuk outdoor.

Base 1, KM30510009

“Saya cat tiga lapis, Kakak… satu undercoat, satu kali cat. Kasi kiring… lagi satu kali cat.” Beriya-iya dia bercerita supaya saya faham kenapa dia asyik naik turun naik turun, panjat bumbung.

Depa cat layer by layer.

Alhamdulillah semua kerja siap dalam masa dua hari. Kita tengoklah selama mana ianya boleh bertahan. Moga Allah mudahkan. Amiin.

Jumlah kos RM550.

{Cerita kebocoran awning lama boleh baca baca di sini}.

{Cerita ganti/tukar awning baru sebelum ini boleh baca di sini.}

Sekian. 😊

Monday 13 May 2024

Bilik kecik @Nilai

Selepas mengemaskini kawasan belakang dapur saya duduk berehat sambil scroll ipad dan terasa hendak mengemaskini blog. Terjumpa pulak catatan yang tergendala sejak tahun 2018. 

Cerita ini saya mula tulis pada 27 Februari 2018. Lepas tu tersimpan dalam draft hingga kini. Bermakna dah lebih 6 tahun menjadi rahsia hati. Bagi mengekalkan keaslian rasa hati pada masa itu maka saya sambung sahaja dengan catatan yang sedia ada.

*************

Sejak duduk Nilai terasa seakan memulakan fasa baru dalam kehidupan.

"Kita ni macam baru nak start up life je. Duduk berdua. Beli barang-barang rumah..... "

Sungguh, saya sendiri rasa macam baru mula-mula kawen dulu. Sama-sama mula kerja, sama-sama kumpul duit beli barang dan peralatan rumah. Rumah pertama kami sewa RM250 sebulan. Rumah kecik je. Dua bilik. Kosong. Duit simpanan cukup untuk bayar sewa dua bulan dan deposit api dan air, beli dapur gas dua mata cap butterfly, balang gas, peti sejuk, tilam dan bantal serta beberapa barang-barang kecil yang lain. Tiada set bilik tidur. Tiada kerusi sofa. Kami tidur atas tilam dan duduk atas tikar sahaja. Kami tak pernah minta duit ibu-bapa. Kami bermula dari bawah dan sangat berjimat cermat.


Ruang dapur… my main teritory

Peralatan untuk pemasangan rak ikea.

Done… siap susun barang-barang dapur.

Cadangan nak buat kitchen cabinet oleh anak no-3 yang bekerja sebagai arkitek.

Bilik jahit dan utility room.

*************

Semua gambar di atas saya ambik semasa awal-awal pindah ke Nilai enam tahun lepas. Konon nak simpan sebagai kenangan meniti fasa baru dalam kehidupan. Saya cuma sempat melalui fasa baru itu selama dua bulan sahaja sebelum melalui fasa yang lain pulak. Awal perancangan untuk menetap di Nilai tergendala bila anak bongsu saya berpindah masuk asrama. Akhirnya saya balik menetap di Ampang dan balik ke Nilai sekali-sekala sehingga kedatangan Covid-19. Akibat tidak boleh rentas sempadan, rumah di Nilai terbiar sepanjang fasa Covid. Bila masalah covid berakhir kami angkut semua barang (perabut dan lain-lain) ke rumah sewa anak ke-3 yang baru mendirikan rumah tangga dan tinggal di KL. Selepas beberapa ketika kami angkut semula barang-barang (perabut) kembali ke rumah Nilai bilamana anak ke-4 yang juga baru bernikah dan bekerja di Nilai akan tinggal di sana. Gamaknya kalau barang-barang (perabut) tersebut ada perasaan, mesti depa pening asyik berpindah ke sana ke mari. 

{Cerita tentang pindah barang rumah Nilai boleh baca di sini}.

Entah kenapa, sejak balik ke Ampang, setiap kali saya melalui jalan ke Nilai seakan ada perasan halus yang terpendam dalam hati, (kind of unfinished business) lebih-lebih lagi bila melalui jalan/laluan saya menghantar dan mengambil anak no-5 ke Sekolah Menengah Desa Chempaka sebelum ini. 

Kini rumah Nilai didiami dan dijaga oleh anak no-4. Mudah-mudahan mereka membawa aspirasi Ummi dan menjaga rumah kesayangan saya seperti harta sendiri. Moga Allah mudahkan. Amiin.🌹

Sekian. 😊

Cuci hood dapur

Hood dapur ni dah lama menabur bakti dan sepatutnya dicuci regularly. Tapi regular saya berkadar terus dengan tahap kerajinan. Kalau rajin akan lebih kerap. Kalau datang penyakit M maka berbulan lah hood itu terbiar. Lepas subuh semalam, tiba-tiba datang kerajinan luar biasa. Maka makcik pun ambik tangga, panjat dan mula mengelap bahagian atas hood yang berminyak. Mungkin dah dapat balik kekuatan supaya tidak gayat selepas proses memasang langsir dua hari lepas. Dah alang-alang hendak mencuci, kita tanggalkan penapis enjin hood dan bekas minyak, tuang sabun dan sental segala minyak dan kerak kekat yang ada. 

Lepas dah tanggalkan penapis, nampak togel pulak enjin hood itu.

Kita cuci dulu dan sejat penapis biar kering.

Kita pasang semula. Siap.

Testing power suction dengan tisu. 

Alhamdulillah, sekejap sahaja nak selesaikan tugasan mudah ini. Yang penting, harus ada kudrat dan kerajinan. Dapatlah membakar beberapa peratus lelemak tepu sebelum kita teruskan dengan memasak nasi goreng untuk sarapan. Semoga hood itu kekal bersih dan setia berbakti kepada tuan yang telah menghampiri hujung usia ini. Amiin.

{Boleh baca cerita hood sebelum ini di sini.}

Sekian.😊

Sunday 12 May 2024

Jogging @ KLCC & Open House selagi Syawal (Part 3)

"Kita kena buat rutin jogging at least seminggu sekali..." Tapi itulah, nak cari masa seminggu sekali pun susah. Tambahan pulak dengan jemputan open house dan jamuan raya yang bersusun memang susah nak slot masa.

“Takpe… nanti dah habis Syawal, dah takde open house, boleh la buat rutin jogging semula.” 

Namun bila dah banyak sangat beraya dan asyik makan je, terpaksalah kita curi masa untuk bersenam dicelah masa senggang. Alhamdulillah pada hari Ahad lepas kami dapat buat dua pusingan ‘larian’ di Taman KLCC. Walaupun badan dah penat kita gagahi jua walau hanya dengan berjalan lenggang-kangkung. 

Favourite spot in Taman KLCC.

First time tengok spot ni kosong tanpa aktiviti.

Lepas jogging kami singgah sarapan roti canai di Food court, KLCC sebelum balik rumah dan sambung lagi open house jiran belakang rumah pulak.

Nasi dagang & laksam yang sedap.

Tuan rumah yang ohsem.

"Kita ganti balik kalori yang terbakar pagi tadi... malah bertambah-tambah lagi..." Apa nak di kata. Apa-apa pun, terima kasih kepada tuan rumah for having us. Moga rezeki bertambah barokah. Mudah-mudahan kita kekal sihat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Langsir belakang dapur

Bahagian belakang dapur rumah ni sentiasa open to perubahan. Sebelum ini kosong sahaja. Saya cuma letak bidai kayu dan buluh pelbagai rupa bagi menghalang cahaya matahari yang terang dan panas. Tapi bila selalu sangat kucing (dan binatang lain) datang bertandang dan meninggalkan tanda yang tidak diingini maka saya decide untuk pasang jaring halus keliling belakang dapur. Alhamdulillah hilang satu masalah makcik.

Sekarang ini saya cuma perlu upgrade apa yang patut sahaja. Slow and steady kata orang kampung saya. Masa saya buang semua bidai hari tu kawasan ni memang agak panas. Jadi saya gantung  lebihan langsir lama buat sementara waktu. Disebabkan makcik dah mula gayat dengan ketinggian maka proses pemasangan langsir terhenti seketika. Tapi sejak musim panas melampau ni kita gagahi jua memanjat tangga untuk keselesaan. 

Proses gantung langsir.

Gigih makcik panjat tangga walau gayat.😁

Saya cuma pakai apa yang ada sahaja dan utamakan pada bahagian yang crucial dahulu. Lepas ni kita tambah lagi pada bahagian yang lain pulak. 

Cukup untuk kali ini.

Save brand dan corak... kot-kot masih ada stok nak beli nanti.

Mudah-mudahan masih ada kudrat untuk kerja-kerja seterusnya. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Thursday 9 May 2024

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka. Tambahan pulak hubby dah bagi full visa so kita gunakan peluang dengan sebaik mungkin.

Sabtu, 4hb Mei 2024 

1) Destinasi pertama adalah ke Bayswater at KLCC memenuhi undangan dari ex-student. Suasana agak meriah dengan kehadiran tetamu (mostly ex-students) yang rata-rata sudah dewasa dan berkeluarga. Alhamdulillah dah tua-tua begini masih ada bekas pelajar yang sudi menyantuni. 

Oleh kerana tak sempat bergambar dengan tuan rumah, kita bergambar dengan nenek (Datuk Sarimah) dan ibu (Puan Farah) kepada tuan tumah.

Adik tuan rumah yang sentiasa cantik.

Kawan (juga ex-student) kepada tuan rumah.

Sahabat baik kepada keluarga tuan rumah.

2) Destinasi kedua kami ke Kampung Indah Permai, Ampang yang mengambil masa 20 minit dari KLCC melalui hiway SUKE.

Laksa Penang dan mee kari

Laksam home made.

Pemandangan (jauh) SUKE hiway dari balkoni tuan rumah.

Keluarga tuan rumah yang peramah.

Sempat terserempak dengan sahabat guru yang lain.

Alhamdulillah, selesai seharian beraya sambil update kehidupan dengan sahabat seperjuangan. Terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan pelbagai juadah yang enak dan layanan mesra. Semoga ukhuwwah berpanjangan dan diredhai Allah. Amiin.🌹

Cerita sebelum ini  (Part 1), boleh baca di sini.

Sekian.😊

Open house selagi Syawal (Part 1)

Syawal tahun ini hubby banyak menerima jemputan ke Majlis Hari Raya korporat. Setiap minggu ada sahaja jemputan yang dibuat di pejabat atau dewan yang ditempah khas. Depa buat dalam waktu pejabat. Of course la isteri mithalinya tidak dijemput. Maka duduklah kita menikmati me-time. Yang pasti, makcik tak perlu fikir tentang masak-memasak sebab bila sorang-sorang ni kita makan simple sahaja. Tapi bila ada jemputan di hujung minggu dengan plus one, maka terpaksalah kita ikut. Walau terasa seperti rusa masuk kampung, pandai-pandailah kita membawa diri.

Sabtu, 27hb April 2024 @ Rumah YB Menteri Agama.

Meja hidangan.

Kita senyum dan angguk-angguk sahaja bila duduk semeja dengan datuk dan datin.

Bila diletakkan di meja hidangan (VIP), kita duduk je diam-diam dan jamah apa yang dihidangkan. Tiba-tiba terasa rindu nak ber-open house dengan kawan-kawan yang boleh gila-gila satu kepala. Rindu suasana meriah yang kita boleh bersembang apa sahaja.

“Ummi dah tua… keadaan pun dah berubah…” Begitulah.

Hubby with YB Menteri Agama.

Minggu kedua Syawal menyaksikan traffic jam di mana-mana dan kami pun turut terperangkap dalam kesesakan jalan raya nak balik rumah. Sabo je lah.


Semoga dimurahkan rezeki kepada tuan rumah yang sudi menjamu tetamu dengan makanan yang enak-enak. Amiin.

Sekian.😊

Wednesday 8 May 2024

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak. Maka semalam kita ke IKEA Cheras. Sebelum tu kita singgah sarapan di warung sekitar Pandan Jaya, hubby makan nasi kerabu ayam bakar & solok lada.

Masa kami tiba di IKEA, hari masih awal dan parking masih banyak. Seperti biasa kita ambik gambar tempat parking, takut makcik sesat tak dapat cari kereta nak balik nanti.

Pàrking kosong dan lengang.

Ada perkhidmatan tempat simpan barang (locker) percuma. 

Mudah sahaja cara penggunaan locker ni.

Kami cuma jalan-jalan cuci mata sambil berangan. Dalam usia begini saya cuma seronok melihat idea-idea susun atur rumah yang dipamerkan. Kalau rajin dan kudrat mengizinkan bolehlah dipraktikkan di rumah sendiri. Ada beberapa barang yang saya berkenan so kita snap gambar dulu sebagai rujukan, senang nak cari bila tiba-tiba rasa teringin nak beli nanti.

Alas kayu.

Alas kerusi.

Rak gantung.

Tingkap bergambar (fake scenery).

Rak besi.


Langsir dapur.

Rak besi lagi. (Dah beli, tunggu masa nak pasang sahaja).

Idea dapur belakang rumah.

Idea dapur belakang rumah lagi.

Jenuh jugak nak menghabiskan pusingan dari mula sampai di pintu masuk ruang pameran hingga ke kaunter bayaran (check-out). Alhamdulillah dapat lebih 4000 steps walaupun tak berpeluh (sebab dalam aircond). Dah penat berjalan, ayuhlah kita berehat dan membasahkan tekak pulak. Kami singgah di Restoran Serai, MyTown. Hubby belanja kambing bakar (lamb shoulder) dan air tembikai. 

Watermelon Juice for makcik, 5/5.

Lamb shoulder, also for makcik, 5/5.

Dah pekena kambing yang yummy, nampaknya lepas ni kena gandakan berjogging (brisk walking). Moga Allah mudahkan. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Repair awning (bocor) belakang rumah

Sekian lama saya dok perati kebocoran atap/awning belakang rumah ini. Saya baru sahaja ganti awning lebih setahun yang lepas. Dah dua kali s...