Tuesday, 23 November 2010

Malam puisi Riong

Baru2 ni saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Riong di Istana Budaya KL. Seingat saya tak pernah pulak saya minat puisi-puisi ni. Tapi sebab hubby ajak teman, saya ikut je la. Ramai la pemuisi (ada ke word ni?) terkenal tempatan berpuisi. Rupa-rupanya puisi ni boleh disampaikan dalam berbagai bentuk. Cara sajak, cara syair, cara pantun, cara seloka, guna band, guitar, style jazz dan macam ceramah pun ada. Hai sedih pulak, dah tua-tua begini pun saya masih buta puisi.
Sepatutnya semua pemuisi malam tu saya kenal, tapi disebabkan saya ni belum mengikuti perkembangan, saya hanya kenal beberapa jemputan sahaja. Antaranya Ust Mohd Zawawi Yusoh (sebab saya biasa dengar ceramah beliau), Anna Rafali dan Suhaimi Meor Hasan. Malam tu baru saya kenal bakat muda Taheera Rosheena menyampaikan puisi Rindu Ibu dan Khazanah karya Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said. Turut menyampaikan puisi ialah Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Siti Zainon Ismail, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Kumpulan Tilu dan lain-lain saya dah tak ingat dah.


Antara persembahan yang menarik minat saya.

Lepas ni nak kena semai minat pada budaya ni. Kalau saya sendiri kurang minat dengan seni yang indah ni, macam mana nak harapkan generasi muda meneruskan seni budaya Melayu ni. Bak kata pengacaranya, personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya. "Puisi sesuatu yang indah kerana ia memberi banyak penafsiran dalam setiap bait yang digarap pengarangnya, malah melaluinya juga khalayak secara tidak langsung didedahkan dengan akar umbi bahasa, sastera dan budaya."
Wallahu'alam.

Friday, 19 November 2010

Aidil adha..

Rasanya Aidil Adha tahun ni the simplest ever. Kalau sebelum ni seminggu sebelum raya saya dah sibuk packing nak balik kampung. Kalau tak balik kampung pun sibuk fikir apa nak redi di pagi raya. Paling2 pun sebelum subuh saya dah sibuk kat dapur sediakan juadah raya dan segala bagai. Lagi pulak tahun ni kami tak buat korban so lagi la tidak terasa suasana raya nya. Anak2 pun pandai komen raya macam tak raya.

Pagi, solat raya di UIA. Routine kami bila beraya di KL. Ramainya manusia pelbagai kaum.

Sempat berposing usai solat raya.


Sebenarnya Aidil Adha ni bukan untuk bersuka ria. Ianya untuk menghargai erti pengorbanan. Namanya pun Hari Raya Korban. Pengorbanan unggul yang diiktiraf oleh seluruh alam ialah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anakandanya Nabi Allah Ismail. Itulah sebenarnya tarikh permulaan Islam dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tapi kenapa ya rata2 orang Islam mengakui Islam hanya wujud 1400 tahun yang lalu. Padahal Islam telah wujud sejak zaman Nabi Allah Ibrahim beribu-ribu tahun yang lalu. Mudah2an akan muncul Sejarawan Islam yang bakal membetulkan sejarah dunia Islam... Wallahu'alam.

Sunday, 7 November 2010

While they are gone..

Now that two of my eldest are away, the house feel empty. Hubby pulak gi Singapore since Saturday, lagi la terasa sunyinya.


The unseparated sisters...

But still, they are coming back when the times allowed... Semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Wednesday, 3 November 2010

Berakhir sudah...



Sebahagian dari sahabat seperjuangan..

Alhamdulillah setelah setahun memegang amanah menjaga kebajikan guru2 perempuan (terutama di bilik guru) saya dan teamwork saya boleh bernafas lega. Alhamdulillah saya mendapat teamwork yang sangat padu, dapat berbincang dan bekerjasama dengan selesa. Yang lebih penting dapat mengumpul dana yang agak lumayan untuk dikongsi sesama guru. Thank you everybody yang telah memberi sumbangan idea, tenaga, masa dan dana secara langsung dan tidak langsung. Moga bertambah barokah dimasa akan datang...

Friday, 8 October 2010

Kalau belum rezeki.


"Cikgu dah pindah ke?"
Entah kali keberapa orang dok tanya saya tentang rumah. Hajat hati memang nak pindah. Dah ada shortlist pun. Tapi ada saja masalahnya.

Rumah 1.
Menepati citarasa dari segi saiz dan letak duduknya, tapi banyak nak kena renovate.Hubby memang dah minat tapi saya pulak tak berapa selesa sebab dalam zone tanah runtuh. Susah nak dapat loan.Lagi pun agak jauh dari kedai runcit, susah nak beli gas.

Rumah 2.
Saya memang minat habis sebab depan surau, belakangnya kedai runcit. Cuma perlu renovate sikit sebab design asal agak pelik. Tetiba pulak owner dia naikkan harga tinggi.

Rumah 3.
Ini pun top list saya sebab dah move in condition. Tak perlu renovate apa2.Cuma perlu buat pagar je. Tapi ada padang besar kat sebelah rumah tu nak dijadikan commercial centre pulak. Buatnya in the future ada restoran keliling tu, takut pulak jadi sarang tikus nanti. Dah tak adala peaceful nya.

Rumah 4.
Ni yang paling saya terkilan. 5 min je nak pi al-Amin. Menepati semua citarasa saya. Very good community. Very green and peaceful area. Dah bayar deposit dah, owner tak jadi nak jual pulak. Nasib baik boleh dapat balik deposit tu.

So, sekarang ni dalam cooling period. Dah penat dah nak cari rumah yang sesuai. Bila difikirkan balik semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Insya allah kalau ada rezeki tak kan ke mana. Bak kata hubby, we are in no rush. Make the best of what we have. Sebenarnya hubby terkilan tu..to give the best to the loved one. Tapi belum ada rezeki. Sabar je la...

Tuesday, 5 October 2010

Ukhuwah yang rapuh.

Tadi saya berkesempatan menziarahi seorang kenalan yang sedang sakit di HUKM. Kak Ida, nama yang selalu hadir dalam doa saya sejak akhir-akhir ini. Seorang yang sangat lembut, bersopan santun,berbudi bahasa dengan segala macam sifat positif yang lain. Kak Ida pernah menjadi naqibah saya semasa di UK dulu. Banyak ilmu dan nasihat yang dapat saya jadikan bekal. Melihat Kak Ida terlantar sakit tadi mengingatkat saya tentang ukhuwah yang semakin rapuh. Kak Ida menderita sakit buah pingggang sejak beberapa tahun lalu. Sepanjang tempoh itu saya cuma berkesempatan melawatnya beberapa kali. Alasan, sibuk. Mudahnya beralasan.

Kak Ida masuk wad kerana ada bacterial infection dalam perut affecting dialisis dia menyebabkan sakit perut yg amat sangat, muntah dan dialisis negatif. Masuk wad hari Jumaat buat continuous dialisis with antibiotics plus put on drip for dehydration, tapi tak berkesan. Semalam schedule to operate to remove dialisis tube and clean the affected area tapi postpone pulak sebab dah nampak better. So Kak Ida cuma bergantung pada antibiotik dulu. Doktor akan monitor untuk beberapa hari.

Kedua-dua belah tangan Kak Ida dah lebam-lebam sebab asyik kena cucuk for blood test. Sehari sampai dua tiga kali cucuk. Pelik juga kenapa kena cucuk yang baru setiap kali nak ambik sampel darah. Tak boleh ke sediakan satu area je kat salur darah tu so that everytime nak ambik darah sedut je kat situ. (Dah ada ke technology macam ni?)

Sebenarnya ada beberapa sahabat lagi yang dah mula mengalami sakit kronik begini. Ujian Allah datang dalam bentuk yang tidak kita duga. Mudah-mudahan Allah masih memberi peluang pada kita mempertahankan ukhuwah yang telah dibina selama ini. Mudah-mudahan juga Allah memberi ruang waktu pada kita untuk menziarahi sahabat-sahabat yang sedang diuji ini...

Sunday, 26 September 2010

Hanya Allah yang tahu...

Cerita kawan saya,

“I have 2 female friends who are (1) 1st wife and (2) 2nd wife to their respective husbands. I am very close to the first one who is married as the first wife. She has shared many of her stories - the dos and the donts. I have met the husband - a Kelantanese, the wives, one of them is a doctor and the 2nd wife is an engineer. I have met the 3 of them together. In my personal view, yang akhirnya .. terpulang kepada keupayaan si Suami bijaksana di dalam pengurusan kedua-dua isteri. Kedua2 isteri ada agama, bertimbang rasa.When i was married to my ex; he came home with vegetables, lauk pauk ...he asked me to take what i want. I took what I can eat, and asked him to take the balance to his wife and children. Saya cuma mengambil apa yang saya boleh makan. Bekas suami saya sentiasa dahulukan saya kerana dia tahu, saya tidak akan tamak dan mementingkan diri sendiri. Bila anak2 dia sakit .. saya tidak berkira tidor sini ker tido sana ker. Pada mula awal perkahwinan memang la rasa cemburu, tetapi lama kelamaan, I understood his responsibilities. Kalau lah isteri pertama lebih beriman, lebih dapat menerima suami dia telah mempunyai seorg isteri lagi.. agaknya saya sekarang masih lagi bernikah. Namun, any men would succumb to tremendous pressures bila isteri pertama sentiasa mencari salah. Bekas ibu mertua saya berkata "Idah (bukan nama sebenar), mak minta maaf sebab mak tak boleh nak sayang Idah, si isteri pertama tak bagi Mak sayang Idah, dia cemburu". Selama 7 tahun bernikah, hanya 3 kali saya bertemu bekas ibu dan bapa mertua". Keluarga bekas suami saya semua heran kenapa saya tidak pernah menghadiri majlis2 bersama keluarga. Ini adalah kerana isteri pertama akan bising dan bergaduh besar bila aje nama saya disebut, apatah lagi jika saya dibawa menghadiri majlis2 mcm tu. I ended up sacrificed and would stay away from these family gatherings than causing any troubles even though saya adalah isteri yang sah. Bekas sister in-law, said to me, after I met you, I understand why my brother wants to marry you. I know his wife. I know you. I feel sad that you have to face her behaving like that and badly towards you.
My friends - yang bahagia di dalam perkahwinan poligami = Dia org hidup aman. Rahsianya, yang lelaki tu beragama; dan yang perempuan2nya faham akan hak2 masing. Apa lagi rahsianya. Itu yang buat I decided to agree on trying it again dengan hamba Allah nie. If it ever happen. Hanya Allah yang menentukan”.

Wallahulam...

Sunday, 19 September 2010

Oh ke manakah langsingku?

"Mas nampak berisi la sekarang."
"Sebelum ni kurus, maintain je"
"Haah, dah macam gemuk je.."

Adus! Komen2 yang tak layak kita dengar time2 raya ni. Ni yang buat saya malas nak ber'open house' ni. In a way it is a good sign yang saya ni tak hidup menderita. Kalau ikut masyarakat India, isteri yang gemuk tu bagus! Menunjukkan suami dia tu tak kedekut.... Haha, boleh percaya ke? Kalau suami dia gemuk, bermaksud isteri tu pandai masak dan melayan suami.. Ye ke? Entah2 sebab suami asyik makan kat kedai, banyak kolestrol, tu la jadi gemuk...oops!

Yang saya musykil, berat badan naik masa bulan puasa.. ? Macam tak betul je. Let me think. Sebulan bulan Ramadhan tak pernah pi jogging, tak payah masak banyak kali, tak stress nak pikir menu berbuka sebab dah ada bazaar Ramadhan, boleh balik kerja awal (thanks to Pengetua), sempat rehat dan tido waktu petang, minum air manis dan kuih manis waktu berbuka.... Hmm!

Selain bulan puasa, rutin harian saya memang penuh. Kena bangun awal pagi buat breakfast, basuh kain, sidai kain, kemas dapur dll sebelum bergegas bersiap ke sekolah. Di sekolah sibuk macam orang lain juga. Balik petang, perlu siapkan dinner, buat kerja rumah lagi. Lepas tu tengok kerja sekolah anak2 pulak. Alhamdulillah nasib baik tido malam saya tidak terganggu sebab dah tak ada baby.. Esoknya rutin serupa. Weekend teman (teman je?) hubby pi jogging. Bila ek masa nak bersenang2 tanpa aktiviti? Cuti, sibuk berjalan pulak.

"Sebenarnya umi dah lama gemuk. Kita orang tak cakap je..." Haha.


Tuesday, 14 September 2010

Raya datang lagi.

"Umi, bila nak start packing raya?" Dua minggu sebelum raya Nina dah sibuk2 pasal balik raya. Alhamdulillah masih ada yang excited nak balik 'kampung'. Anak2 lain macam tak ada mood je nak raya. Apa tah masalahnya... Nak shopping raya pun rasa malas.

Tahun ni kami beraya di Kelantan. Kebetulan Hidayah cuti sekolah so kami dah balik sejak hari Selasa lagi, walaupun Raya hari Jumaat. So sempatlah merayau2 kat Bazaar Iftar kat KB tu. Saya memang penggemar kuih2 manis Kelantan. Inilah masanya nak menambahkan kandungan gula dalam badan...(Ignore the blood test hari tu..)

Perjalanan disubuh hari.

Sambutan raya? As always. Cuma malam raya tak dapat tido. Bukan sebab sibuk masak ketupat, rendang dan menghias rumah (as I always dream of..) tapi gangguan suasana bising gegak gempita bunyi mercun macam bom perang. Mengalahkan raya cina... Mulanya saya pun teringin nak beli bunga api bagi Nina main malam raya. Tapi hubby tak izin. Nasib baik juga, kalau tidak tak pasal2 kena mercun sesat. (Fakta: Kadar kemalangan mercun di Kelantan adalah tinggi berbanding negeri2 lain).

My own memories? Yes I have memories but they are preciuos and far away... Setiap kali tiba raya ayah saya akan belikan sepasang kasut baru dan dua pasang baju well before hari raya. Kata ayah masa ni harga dia masih murah. Kalau dekat2 raya harga barang sume tetiba jadi mahal. So setiap hari balik sekolah saya akan mencuba baju raya tu berkali2 dan bergaya depan cermin. "Lawa tak ayah?" Dan jawapan yang paling saya suka nak dengar.."Hang, pakai apa pun lawa!" Haha.. penyakit keturunan yang dah berjangkit kat anak dara saya sekarang...
Tiga hari sebelum raya saya dan kawan2 akan berkumpul di rumah tok ketua untuk pukul telur dengan gula untuk buat baulu. Kami buat secara berjemaah satu kampung. So masing2 akan bawa telur ayam masing2. Suka hati lah nak bagi share banyak mana. Saya biasa bagi 10 biji je. Kami start pukul telur (ada orang kata timbuk) selepas subuh tak berhenti sampai 2 jam nak bagi telur tu kembang sekali ganda. Lepas tu kaum ibu akan campurkan telur tu dengan tepung gandum yang dah digoreng sebelum masukkan ke dalam loyang untuk dibakar secara tradisional guna api atas bawah pakai kayu api dan sabut kelapa. Bab api2 ni biasanya kaum bapa yang akan buat sebab ibu2 dan anak2 dara jaga muka takut hitam berjelaga, tak cantik pulak masa raya nanti. Lama betul nak menyiapkan kerja ni. Yang bestnya kalau ada baulu yang tak sempurna kami la tukang perabihnya. Bila dah siap, hasilnya akan dibahagi mengikut nisbah telur yang disumbangkan. (Haha kecik2 dah belajar maths). Saya la tukang membahagi tuh. Sehari sebelum raya kami akan gotong-royong buat ketupat dan lemang pulak Yang ni pun ikut nisbah pulut yang disumbangkan juga.. Lepas tu masing2 buat kari ayam. Sesiapa yang tak ada ayam cicah je ketupat lemang tu dengan gula. Seingat saya masa tu tak ada rendang lagi. Ini semua juadah wajib dipagi raya.
Malam raya budak2 lelaki main mercun buatan sendiri. Pakai lebihan buluh lemang buat meriam buluh. Saya tak pernah berhajat pun nak tahu cara membuatnya. Budak2 perempuan main bunga api je. Saya memang tak minat hal api2 ni. Hanya sekali dua je ayah saya belikan bunga api untuk saya main, tapi macam tak best je bakar2 ni. Saya boleh enjoy je malam raya tanpa mercun dan bunga api. Main sembunyi2 malam2 buta dengan kawan2. Tak takut pulak kena sorok dengan hantu malam raya... (hantu raya).

Banyak oh kenangan raya masa dulu2 yang terpahat di memori saya. Kesian anak2 saya tak dapat merasai kemeriahan raya macam saya. Manusia zaman cyber ni, sambut raya lain macam sikit. Alas! We can never bring back memories....

Kami balik KL second day Raya. Alhamdulillah jalan tak jamn. Such a nice jouney. Pergi dan balik raya sebelum orang lain bagi mengelakan kesesakan jalan raya.

Monday, 13 September 2010

Melakar idea

Every child is unique. That's what most people would tell me when commenting on their beloved sons and daughters. Yes I truly agree with that. But why do I ALWAYS want ALL my children to ALWAYS excell in their educations??? Does excell in educations mean getting good grade via studying hard (macam ulat buku gitu..)?? Yes, at least thats what I believe.

Nice?

Melakar idea pada tempat yang tak sepatutnya eh?
But I really love the creation..

Yes every child is unique. I must love them the way they are...


Friday, 27 August 2010

Kenapakah nila itu harus menitik..??


Semalam saya dikejut dengan berita kecurian (lagi?) dalam kawasan sekolah. Kalau sebelum ini hanya kecurian kecil-kecilan melibatkan barang2 murid, sejak akhir2 ini melibatkan kehilangan barang2 guru pulak. Baru saja berlaku kecurian laptop guru, tak sampai sebulan handphone dan dompet guru pulak dicuri. Kejadian berlaku dalam bilik guru, dibulan Ramadhan yang mulia semasa semua murid sepatutnya menghadiri kelas tadarus di surau sekolah. Yang paling menyedihkan kecurian itu dilakukan oleh murid yang terdidik di al amin sejak dari darjah 1 lagi. Subhanallah.

'Tak sangka betul budak al-Amin boleh buat keja tu. Tu yang sekolah al-Amin sejak dari darjah 1 tu...' komen sorang guru yang dah lama mengajar di sekolah tu.

Memang kalau difikirkan tidak selayaknya budak al-Amin mencuri. Mencuri adalah dosa besar yang telah ditetapkan hukumnya dalam al-Quran. Hukum hudud. Sabit kesalahan boleh dipotong tangannya. Dah la curi barang guru. Duit dalam dompet diambil, dompet tu di sumbat dalam lubang tandas pulak. Simcard hp dipatahkan lepas tu handphone tu nak dijual. Isunya bukan soal barang apa yang dicuri tapi kesalahan mencuri itu sendiri.

Apakah ini ujian Allah terhadap sekolah yang banyak bercakap tentang Islam seterusnya terpaksa melakukan seperti apa yang dicakapkannya???

Takutnya mengingati firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu lakukan”. Surah as-Sof: 2-3.

Teringat semasa sekolah dulu. Kalau berlaku apa-apa kes besar seperti ini, 'guilty and proven guilty' semua aktiviti sekolah akan diberhentikan serta-merta. Semua murid akan diarahkan berkumpul didewan. Guru besar akan membuat pengumuman dan murid yang bersalah itu akan dihukum (biasanya public canning) untuk memberi pengajaran kepada murid lain. Pastu kena buang sekolah.

Wallahu'alam.

Tuesday, 17 August 2010

Wajah ayah

Semalam saya berpeluang menjaga kelas untuk peperiksaan percubaan PMR subjek Bahasa Melayu kertas 1. Antara soalan yang dikemukakan ialah menjawap pemahaman sajak.

Sajak: Mata Ayah

Kujabat mesra tangan ayah

urat-urat daging-daging tua keras terasa

mataku tersenyum, matanya menyapa

anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku

kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi

garis-garis putih lesu melindungi hitam-suram

suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah

akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri

bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang

memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah

merasakan kepedihan yang tercermin di mata

meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk

dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang

(Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa Tg.2)


Entah kenapa saya agak tersentuh bila membaca sajak tersebut. Sebelum ini saya memang buta sajak. Selalu je tak faham apa yang cuba disampaikan oleh penyajak. Tapi yang ini memang lain. tetiba je rasa macam paham bait2 yang tersirat. Agaknya sebab saya dah boring sangat.. maklumlah jaga periksa mana ada yang best. Tambah pulak dibulan puasa ni. Jadi terpaksalah mencipta suasana supaya tidak mengantuk.

Friday, 30 July 2010

Alahai Cik Dayah


Tak sampai dua bulan anakanda saya kena operate lagi. Adus! Kali ni sebab ovarian cyst pulak. Hari tu operate apendik. Ingatkan dah settle rupa-rupanya ada yang lebih mengerikan. Saya ni bukan la pakar dalam hal-hal medical ni tapi bila dengar bab-bab ovari ni memang naik seram bulu roma.
Dia start sakit2 hari Isnin lagi. Kebetulan minggu tu minggu ujian semester 2, so tak dapatla nak attend paper hari tu. Petang Selasa baru nak sibuk call saya bagitahu tahu kata dia sakit. Ayahanda pun apa lagi terus cari tiket flight malam tu juga, tapi tak ada rezeki. So esoknya sebelum subuh lagi hubby meredah jalan raya in the hope nak dapat tiket first thing in the morning. Tapi tak sempat sebab kaunter dah tutup. So terpaksalah ambik the next flight. Kena menunggu selam 4 jam. Sampai KB terus ke MRSM ambik Dayah pastu terus naik the next flight balik KL. Sampai airpot terus drive ke APSH. Terus ke A & E. Doktor terus diagnos ovarian cyst. Alhamdulillah lancar saja.
Saya memang respect hubby dalam bab-bab kesihatan anak2 ni. Sanggup berkorban apa saja asal anak2 dia selamat. Jeles sebenarnya nih.
Dipendekan cerita, alhamdulillah Dayah dah selamat dibedah. Tambah lagi satu parut...

Monday, 26 July 2010

Will the best of al-Amin always be the best?


Weekend baru ni saya ke Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua MRSM PC. Daytrip. Bertolak sebelum subuh and balik past midnight. Quite tiring tapi berbaloi.

Alhamdulillah hubby bermurah hati belanja kami anak beranak naik flight. Rupanya ramai juga orang dalam flight tu sama destinasi macam kami.

Apa yang menarik ialah semua ex al-Amin yang masuk MRSM PC dapat anugerah Pengetua. Pengiraan dia pakai CGPA macam kat Uni. And those yang dapat CGPA 3.5 and above layak dapat anugerah. Ada yang dapat 4 flat. Oh! sungguh membanggakan. Bukan kat PC je, yang masuk MRSM Jasin pun dapat anugerah yang sama. Saya yakin ex al-Amin yang sambung belajar kat tempat lain pun sama. Kalau tak dapat anugerah pun, they are very close to getting it.

Ucapan perasmian oleh ex MRSM PC, now dah jadi doktor pakar (neorologist) kat HUSM. Apa yang menyentuh hati saya ialah dengan kepakaran beliau tu, beliau berpeluang membalas jasa guru yang pernah mengajar beliau. Alhamdulillah guru yang mengalami ketumbuhan dalam otak telah selamat dibedah.

Bekas pelajar al-Amin pun dah ramai yang berjaya dengan cita2 masing2. Ada yang dah jadi doctor, engineer, guru, buka business sendiri dsb. Semoga mereka ini bukan setakat berjaya menjawat jawatan penting tapi berjaya menjadi insan soleh dan musleh seperti yang diharapkan. Walaupun mereka mungkin lupa untuk menghargai guru yang pernah mendidik mereka, tapi dengan mengamalkan hasil didikan itu pun sudah cukup untuk mengalirkan pahala kepada insan2 yang pernah mendidik mereka.

Mudah-mudahan mereka akan terus menjadi yang terbaik... amin.

Sunday, 25 July 2010

I-city

2 minggu lepas kami berkesempatan melawat i-city di Shah Alam. Kebetulan puteri sulung saya tu sibuk benar nak tengok lampu2 kat situ. So dalam sibuk2 menyiapkan buku ayahanda terpaksalah juga entertain family tercinta ni. Sian hubby. Masa nak bertolak tu tengah hujan lebat, tapi sebab dah janji terpaksa la tepati. Alhamdulillah hujan tu kat Gombak sampai Damansara je. Kawasan PJ dan Shah Alam tiada hujan. (macam weather forecast pulak).

Ramainya manusia. Saya pun naik heran. Bukannya ada apa pun. Semuanya pokok2 buatan dihiasi lampu berbagai warna. Masing2 sibuk bergambar (termasuk la kami ni) macam orang tak pernah tengok lampu.
Satu pengalaman yang agak membuang masa jugak la. Yang best nya ada screen TV besar kat tengah padang tengah tunjuk perlawanan bola Kelantan vs Selangor. Ada la juga tempat lepak sekejap. Sempat la menikmati keindahan langit malam dihiasi bintang2...

Friday, 23 July 2010

Fuel up!

Sakitnya hati bila ada orang potong queue. Masa balik sekolah tadi saya stop kat petrol pump nak isi minyak kereta penuh2 sebab esok sebelum subuh dah nak kena pi LCCT. Destinasi KB. Tiba-tiba selamba je satu kereta tu masuk park depan saya, pastu terus je masuk lot petrol pump tu. Dah lah saya tengah kalut nak balik rumah cepat. Sabar je. Tapi dalam hati memang saya tak halalkan perbuatan dia. Tak ada manner langsung.


Tuesday, 20 July 2010

Like father like son

Semenjak dua menjak ni anak bujang saya asyik sibuk dengan bola je. Kejap bolasepak, kejap footsal. Masuk MSSD la, wakil rumah sukan la, wakil sekolah lah. Hish.. naik serabut nak fikir hal pelajaran dia. Tu belum campur asyik balik lambat, homework tak siap.
Prof 's side kick.

Apa-apa pun doa saya anak bujang saya akan mengikut jejak ayahandanya...

Friday, 11 June 2010

Sedikit pengalaman aktivis LL4G

Sebenarnya aktivis palestin tak byk cerita pengalaman kat kapal sbb mereka merasakan pengalaman di atas kapal tu hanyalah sedikit dan kecil. tak perlulah nk di perbesarkan. mereka anggap diri mereka bukanlah hero yg harus diagung-agungkan tetepi mereka hanya membantu setakat yg termampu.

Yg ana sempat dgr dari speakers (Dr selamat Aliman & ust hasanuddin)..mereka hanya cerita beberapa minit je tentang pengalaman..

Menurut aktivis LL4G, mereka sebenarnya telah diawasi oleh Israel sejak awal mereka berlayar dari Cyprus. Hal ini kerana mereka perasan kelip2 lampu dari kapal Israel yg berada di perairan palestin. Selang beberapa hari, ada beberapa bot tentera Israel mengekori mereka, tetapi tiada sebaang komunikasi diantara tentera Israel dan kapal Mavi marmara. Semua akativis diminta oleh ketua rombongan supaya duduk di dlm kumpulan dan tidak byk bergerak kerana khuatir di serang oleh tentera Israel. Kmdn beberapa hari selepas itu, mereka telah didatangi oleh bot yg dipenuhi tentera Israel yg bersenjata. Mereka bertanya tentang tujuan rombongan ke Gaza. mereka menjawab, mereka hanya ingin menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan bukan berniat utk menyerang Israel kerana mereka tidak pun membawa sebarang senjata di dalam kapal, hatta sebatang paku pun. Kalau ada pisau, hanya untuk kegunaan ketika memotong sayur. takkn lah nk masak sayur tak payah potong! Kemudian pada 31 Mei 2010, kelihatan beberapa buah bot dan helikopter Israel cuba mendarat di atas kapal rombongan. Namun mereka menghalang. Walaubagaimanapun, tentera israel tetapi berdegil dan melepaskan beberapa tembakan tanpa memberi sebarang amaran kpd kapal rombongan. Kemudian mereka cuba menurunkan tentera dari atas kapal melalui helicopter lalu menyerang beberapa org aktivis turki yg ketika itu berada tingkat teratas kapal menggunakan peluru hidup! Aktivis turki hanya melawan tentera Israel menggunakan pancuran paip bomba kerana mereka tiada sebarang senjata lain. Tidak lama selepas itu kesemua kapal telah ditawan. 19 org telah terbunuh dan kebanyakannya aktivis Turki.

Kesemua aktivis dlm Kapal Mavi Marmara telah diikat dgn tgn kebelakang lalu dihantar ke penjara Israel. Beberapa barangan peribadi mereka turut dirampas. Dr Selamat tinggal sehelai sepinggang kerana beg, telefon bimbit dan laptopnya telah dirampas tentera Israel. Di dlm penjara mereka telah disoal siasat, tentang tujuan mereka dtg ke gaza dan mereka juga ditanya adakah mereka pengganas. semasa didalam penjara mereka telah diseksa dgn pelbagai cara antaranya mereka telah disepak dan dipijak. Selain itu mereka telah ditahan dari ke tandas dan sebahagian tidak dibenarkan utk mengerjakan solat. Walaupun begitu, mereka tetapi mengerjaka solat dlm keadaan mcm mana sekalipun. mereka juga dihalang daripada makan dan minum. Lalu mereka mengambil keputusan utk berpuasa. Mereka ada diberikan makanan berat tetapi mereka tak mkn krn khuatir akan makanan tersebut. Apabila diberi biskut barulah mereka mkn tetapi cuma sedikit. Sebenarnya byk lagi seksaan yg memalukan tetapi tak dpt diceritakan krn ingin menjaga aib. Menurut Ust hasanuddin, ketika itu beliau telah dipijak di tengkuk beliau teringat ayat allah di mana Israel ini adalah satu kaum yg sgt sombong dan menganggap diri mereka ini lebih tinggi dari kaum2 lain. Ketika itu ust merasakan, apakah yg dimaksudkan allah dgn kesombongan Israel? tetapi semasa beliau dipijak, barulah beliau faham akan maksud sebenar ayat tersebut. Kaum ini sampai sanggup memijak kepala org lain. Beliau merasakan kau ini tidak harus dibiakan menguasai di muka bumi ini kerana akan byk kerosakan bakal dilakukan. Semasa di dalam kapal, ust teringat tentang kisah dimana seorang kristian berkata kpd Umar a-khattab, sekiranya islam menguasai al-aqsa, maka penganut kristian, muslim dan yahudi bebas beribadah di masjid ini, sekiranya kristian menguasai tmpt ini ( msjd a-aqsa) maka islam dan kristian juga bebas beribadah di sini. Tetapi sekiranya Israel yg menguasai tempat ini maka sesungguhanyaa umat islam dan kristian tidak akan dapat beribadah di sini..betapa sombongnya Israel. Ust hasanuddin juga beberapa kali disepak oleh tentera Israel kerana kelihatan spt seorang pengganas. Selepas lebih 28 jam ditahan, kesemua aktivis dibebaskan dan dibawa ke Jordan utk dihantar pulang.

Walaupun mereka tidak berjaya menghantar bantuan, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya mendapat perhatian dr seluruh pemimpin dunia mengenai isu kemanusiaan di Palestin. mereka berharap dan yakin selepas ini akan ada lagi cubaan menghantar bantuan ke palestin bakal dilakukan. mereka mahu seluruh dunia sedar dan prihatin akan isu ini. selepas ini, mereka berharap semua umat islam khususnya memboikot barangan Israel terutamanya penyumbang utama mereka spt Mc D, Lo’real, Maggie, Nestle dan Coke. takmati la kalau tak makan Mc D..tak haus pun kalau tak minum Coke..

Sebenarnya byk lg, tp ana tak brp ingat sgt..lagipun ust hasanuddin hanya bercerita sedikit tentang pengalamannya, dan selebihnya beliau cerita tentang apa yg akan Aqsa syarif lakukan selepas ini krn itu yg lebih penting…allahua’lam


p/s: terima kasih, ukhtiku, mardy. smg Allah membalas kebaikanmu padaku:)

(Copied, pasted and edited from facebook Hazimah Harlino....TQ)

Wednesday, 9 June 2010

I need exercises

Three nights at APSH without doing anything made me feel really fat. Yeah.. really doing nothing except for tolong tolak drips bila Hidayah nak pi toilet. Masa tu la baru sempat realise oooh .. I'm fat!
"Eeee bestnya peluk umi, macam teddybear.." Honest comments bila Nina peluk saya after three days tak lepak depan TV bersama really strikes me. Am I that fat?? Well may be in their own scale, yes umi dah gemuk.
Sebelum ni orang selalu komen saya kurus, maintain walaupun dah punya anak lima. Some people even confuse bila saya jalan dengan Iman. Saya ni kawan dia ke.. atau nak kata kakak tak nampak iras. One of us ni agak lawa la juga. Haha ..tak sedar diri la tu bila orang puji.
"Umi kena selalu teman ayah pi jogging.." hubby memang selalu ajak saya jogging. Silent comment nak cakap saya gemuk sebenarnya.
Yes I need joggings and other light exercises. Nak beriya2 nanti semput. Tak larat nak buat kerja2 rumah pulak. Jeles tengok orang yang dah nampak berumur tapi masih boleh jogging pusing tasik kat Metropolitan Park every weekend.

Tuesday, 8 June 2010

"Palestine, kami bersamamu"


Saya mendengar dengan penuh teliti perkongsian yang dibuat oleh ahli konvoi LL4G dalam slot RTM "Palestin, kami bersamamu" malam tadi. Dengan bantuan hubby sebagai tukang elaborate saya sangat teruja mendengar pengalaman mereka terutamanya tentang pertahanan 'non-violence' yang diamalkan oleh anak kapal Mavi Marmara, tentang bagaimana tentera Israel memperlakukan mereka ketika dalam tahanan dan ketika di penjara. Semuanya kerana apa? Kerana ingin membela nasib rakyat Gaza dan Palestin yang dipenjarakan dan dianiaya oleh rejim zionis Israel.Ahli konvoi telah menunjukkan kepada dunia bahawa tidak ada halangan kepada sesiapa pun untuk membela nasib mereka yang teraniaya, ditindas atau dizalimi, tidak kira umur, agama, jantina atau budaya.

Apa yang menarik adalah setiap ahli yang menyertai konvoi ada peranan masing2. Setiap mereka ada tugas masing2 di kawasan yang tidak boleh ditinggalkan. Sekumpulan ahli ditugaskan hanya meyimbah air pada askar Israel yang cuba naik ke kapal. Orang-orang yang sangat tua duduk berzikir. Kanak2 seawal umur 2 tahun dan wanita adalah simbol yang mereka pergi secara aman bukan untuk berperang.

Yang lebih menarik lagi, wajah2 mereka tidak menampakkan sedikit pun kesan trauma. Saya pasti mereka tidak merasa kesan tersebut kerana mereka pergi untuk syahid. Dan saya juga pasti mereka sudah menghidu bau kasturi dari sahabat2 konvoi yang telah syahid di atas kapal Mavi Marmara tersebut. Subhanallah.

Benarlah janji Allah. Allah akan memenangkan umat Islam dari jalan yang tidak kita duga...


Monday, 7 June 2010

Cuti yang selamat..

"Kita nak cuti kat mana ye?" Well before cuti hubby dah siap berbincang nak ke mana semasa cuti sekolah ni.
"Umi nak pi tempat yang peaceful..."
"Fikirlah kat mana, tapi within Selangor je la sebab last April dah balik bercuti kat Kelantan." Hubby memang selalu memberi peluang pada kami.
Banyaklah cadangan yang dikemukakan. Biasalah kalau hubby ajak bercuti tu suka aje.

So on Friday tu saya dah berangan-angan sambil mencari tempat percutian idaman. Tak tahu lah kenapa saya memang looking forward to having a nice schoolbreak this time. Yes to breakaway.

Mulanya saya nak terus ambik je cuti starting Friday tu sebab Hidayah baru je tiba awal pagi tu. Lagi pun nak ambik Iman kat PJ. Lagi pulak Hidayah nampak macam tak sihat je, agak kurus sikit berbanding last time jumpa dia. Komplen sakit perut pulak tu. Tapi disebabkan ada sambutan hari guru kat sekolah terpaksalah pergi juga. Mujurlah Hubby dengan rela hati menemani Hidayah kat rumah and Iman rela hati pergi outing ngan kengkawan dia dulu.

Lepas sekolah saya terus bawa Hidayah ke klinik. Doktor terus refer ke hospital sebab suspect apendik. Terus warded. Malam tu start puasa, esoknya terus operate. Alhamdulillah everything went smoothly. Hidayah is recovering well.


Hidayah lepas operate.

What can I say. Yes it was indeed a very peaceful place. Three nights at APSH. Yeah a real breakaway...


Monday, 31 May 2010

Finally she's a grown up...

The waiting is finally over. It should be the most happiest moment. May 30th has marked her adulthood... something she's been waiting for 18 years. Haha... and to add to this excitement she is officially an IIUM student. She's a big girl now, an ADULT...and a GROWN UP!

"Umi nak balik, tak nak duduk asrama. nak balik, nak balik, nak balik...."
I have receiving those text messeges nearly everyday for the past week. Adus! rasa macam nak sembelih orang je. Orang lain pun duduk asrama jugak tapi rasanya tak ada la jadi sewel sampai macam tu. Saya sendiri pun duduk asrama since 12 years old. Memang la rasa homesick tapi pandai-pandai la bawa diri.

Well, to be honest saya pun pernah homesick separuh mati. Mujurlah dulu tak ada facility nak cerita kat parent all those stupid feeling everyday. Simpan je la. Nak tulis surat pun memakan masa seminggu. By the time dapat surat balasan, saya dah get used to it... redha je la.

But my sweet baby oops big girl should be very grateful. Daddy can pick her up anytime (yeah anytime..?)

Apa-apa pun bak kata daddy,"Belajar2 la bermasyarakat..."
May she find happiness in her now second home. BIG GIRLS DON'T CRY...haha.

Friday, 2 April 2010

Keracunan al amin... bala atau blessing

" Ni April fool ke apa ni?"
Komen seorang bapa bila melihat anakandanya pucat lesi setelah cirit-birit dan muntah beberapa kali. Ish..ish sempat pulak buat lawak walaupun terpaksa bergegas dari tempat kerja setelah dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang keadaan anaknya yang terpaksa dibawa pulang. Kebetulan tragedi berlaku on 1st April.

Setakat ini lebih kurang 60 orang murid sekolah rendah disyaki mengalami keracunan makanan. Murid sekolah menengah?..... entahlah tak ada orang kira pulak. Punca? Sudah tentulah kantin sekolah. Kat mana lagi sumber bebudak tu nak makan? So kantin sekolah diarahkan tutup selama 2 minggu untuk siasatan lanjut.

Kenapa terjadi keracunan ni?

"Saya baru dapat tahu tentang kes keracunan ini semalam setelah hari ke-2 anak demam/sakit perut. Seperti ibubapa lain juga, mulanya ingatkan demam biasa. Bila tanya anak apa yg dia makan kali terakhir di kantin sekolah, katanya chicken chop. Tak pasti tentang pelajar lain apa yg mereka makan tapi yang pasti keracunan selalunya lebih kerap melibatkan makanan berprotein (ayam, telur, daging, etc) dan melibatkan mikroorganisma Salmonella. Tak pasti apa faktor di kantin yg menjadi penyebab samada dari segi penyimpanan, proses penyediaan dsb. Cuma kalau berkait dgn isu power failure tentunya melibatkan suhu semasa penyimpanan yg tidak optimum sehingga boleh menyebabkan mikrob mudah membiak.

Suhu optimum untuk penyimpanan produk makanan mentah (daging, ayam, sosej, santan, susu, hasil tenusupastri mentah) ialan 1-4 degree celcius. Suhu melebihi 4°C hingga 60°C (140°F) dikira sebagai paras suhu berbahaya (sesuai bagi mikrob). Keep it cool, clean & covered is another rule of thumb when it comes to storage of perishable products besides first-in, first-out rule (FIFO). Juga elakkan stok berlebihan dlm fridge utk pastikan peredaran udara yg optimum. Pembaca boleh rujuk www.foodsafetynetwo rk.ca.

Jadi pihak pengurusan kantin harus peka terhadap isu-isu asas (termasuk power supply) dan isu kebersihan yg tidak boleh dikompromi.
Semasa mesy PIBG lepas, saya ada kemukakan cadangan iaitu:

1) untuk menyediakan roller-shutter sebagai ganti kepada gril besi yg sedia ada - utk elakkan kucing, tikus, ular dsb mudah masuk ke bhg dalam kantin
2) memastikan minyak menggoreng tidak direcycle (max: pakai 2 kali sahaja)
3) memastikan tiada kucing berkeliaran di kantin/naik atas meja dsb (boleh gunakan perangkap kucing dan hantar ke zoo dsb) - bukan zalim tapi untuk memastikan tahap kebersihan yg optima
Tidak pasti setakat mana tindakan telah diambil tapi nampaknya perkara (1) dan (3) masih lagi berlaku.

Mudah-mudahan isu keracunan ini memberi iktibar dan tidak berulang lagi dan langkah sewajarnya dpt diambil segera.

Noriati
Inst Kesihatan Umum, Bangsar"


Memang masalah kantin ni dah lama berlarutan. Terutama isu kebersihan. Saya sendiri pernah terjumpa ulat dalam sayur beberapa kali, terutama dalam kacang panjang. Batu/pasir dalam nasi adalah perkara biasa. Jumpa dawai kokot dalam sambal bilis nasi lemak pun pernah. Tapi seperti biasa komen-mengomen hanya di meja makan. Dengan bayaran yang murah, tak kan lah nak expect first class services pulak. Dengan lalat dan kucing sebagai teman makan, dan tempat longgokan sampah kat sebelah ruang makan, kami cikgu al amin ni mengambil sikap, makan je apa yang ada, kalau tak lalu tak payah makan. Sapa yang ada rezeki lebih tu boleh la beli makanan kat luar.

"Oo... lamanya nak selesaikan masalah kantin ni...."
Komen seorang alumni yang kebetulan datang melawat al-Amin hari ni. Dia dah keluar dari al-Amin lebih 6 tahun yang lalu. Lama tu... Kalau dengar rintihan anak-anak al-Amin dulu dan sekarang, memang menyedihkan. Bayangkan mereka membesar dengan makanan dari kantin tu, menjadi darah daging sejak dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Takut membayangkan kesan ke atas akhlak mereka.....

"Al-Amin sudah menuju era kejatuhan...."
Komen seorang murid. Subhanallah!

Apa-apa pun mudah-mudahan Allah memberi cahaya petunjuk ke jalan kebenaran....Amin!

Wednesday, 31 March 2010

Indahkah hidup remaja kini?

"Cikgu, ada banin kacau ana...... Eeee.. tak suka! Dah la tahun ni ana nak study betul2.... menyampahlah dengan perangai banin ni.."
"Dia selalu pandang-pandang. Pastu senyum-senyum.....Geli la.."

"Cikgu, meluat la tengok banat2 tu. Menggedik tak habis-habis. Rasa nak sepak je.."
"Eeee.. gelak macam pontianak...bagi kasut kang."

Lately saya selalu dapat aduan or rather luahan perasaan anak2 murid saya yang masih menjaga batas2 syariat dalam pergaulan. Alhamdulillah dalam ramai2 remaja di al-Amin, masih ada yang amat prihatin dengan adab pergaulan banin dan banat. Dalam menjaga diri sendiri mereka tidak lupa menasihati kawan2 yang terbabas. Masih ada yang berpegang teguh dengan amar maaruf dan nahi mungkar. Cuma cara teguran tu yang yang membuatkan orang lain malas nak dengar. Siapa yang suka kena tegur kan...

Saya akui ramai diantara mereka yang ber'couple' dalam diam.Tidak la sampai berdating2. Islamic la kot. Hanya sms sebagai pengubat rindu...waduh, waduh! Selisih jalan kat sekolah pun buat tak nampak je. Hanya kawan2 tertentu saja yang tahu. Lepas tu ada pulak yang tolong cover line bila ada yang kantoi. Sahabat jenis apakah ini?
Tapi secara jujurnya, selagi mana ia dikatakan 'couple' selagi itulah ruang zina akan terbuka luas. Sebab itu dari awal lagi Allah dah suruh JAUHI zina, jangan mendekati zina. So apa2 saja perkara yang menjurus kepada zina MESTI dijauhi. Semua benda la.. termasuk pandang2, jeling2, bagi nota kecik dalam buku, hai2, bagi no hp( nak suruh sms la tu, tak pun bergayut sampai pagi, pastu tak siap homework, ngantuk dalam kelas esok, kena marah ngan cikgu... dah tak berkat) Hish.. emo la pulak.

Kalau yang dah tak boleh kawal nafsu tu akhirnya beginilah jadinya......



....... benih cinta terlarang akan lahir sebagai bahan buangan. Subhanallah.

Tuesday, 23 March 2010

Mid life crisis




Kenapa la keinginan menikmati benda-benda ni kian meluap2? Petanda apakah ini?

Tak sedar diri ke cholestrol dah makin tinggi?

Friday, 19 March 2010

Anak2 umi dah besar la.

Ewah ewah, Nina dah 8 tahun. Patut la dia dah tak suka kalau orang membabykan dia. Dah nak besar panjang rupanya anak bongsu umi ni. Rasa macam baru je baby ni lahir. Hari ni juga Nina dah jadi Cik Su lagi sekali sempena kelahiran cucu saudara (sebelah saya) yang kedua. Same birthdate (18 March).

Iman pun dah dapat kerja kat UIA jadi exam assistant sementara nak tunggu offer sambung belajar. Now that dah dapat result, dah tak tau nak pilih course apa pulak. Saya cuma mengikut saja, sentiasa merestui whatever her choice would be asalkan menepati syariat. So far, ayahanda dia la yang banyak membantu buat pilihan course yang sesuai. It's good ada ayah jadi lecturer. Saya ni tak tau apa-apa...

Anak bujang saya pulak ada kursus kepimpinan kat sekolah starting today until tomorrow. Hopefully ada la kebaikan untuk membuka minda dan rohaninya.

Esok pulak Hidayah dah nak balik maktab. Meaning... the school holiday would soon be over! Alamak.... saya belum berholiday lagi ni. Tapi asyik busy je for the past few days ni. Adakah school holiday hanya bermakna tidak perlu pi sekolah... Entah la.

Apa-apa pun next Monday I'll be back busying myself with schoolwork and housechores. Oooo! What am I complaining about? Ikhlas. Ikhlas...

Sunday, 14 March 2010

Budak Add Math..

"Umi bangga tak?' Eleh buat2 tanya pulak. Nasib baik lubang hidung ni tak sretcthable..
"Add Math A+ tu.... " Hah! nak belagak la tu.. Dia tak tahu betapa tensionnya saya terpaksa mengadap dia buat homework add math awal2 dulu. Bukan saja Add math.. Math, Physics, Chemistry, BM, BI, bla,bla,bla. Adus! Nasib baik saya tak pernah belajar Bio masa dulu, boleh excuse on that subject. Saya yang berkarat otak ni pulak terpaksa buat revision sebab nak bagi free tuition kat dia. Hah! Mengungkit ni. Kalau tak dapat A+ memang nak kena pelangkong. (Haha. Favourite word saya everytime mengadap anak2 buat homework).

Alhamdulillah. Puteri sulung saya tu dah set the standard high. Biar adik2 berusaha lebih kuat untuk pecah rekod. Tahniah darling! Tapi sian ek tak dapat laptop comel tu. Such a handsome price to pay. Don't worry, it'll be in yours when the sweet time come...

Terimakasih kepada guru2 al-Amin yang sabar mendidik puteri saya sejak darjah satu hingga PMR. Terima kasih juga pada guru2 SMK SP yang mengajar dari form 4 dan form 5. Special thanks to Cikgu Samad sebagai guru favourite Iman...

Apa-apa pun SPM is a just a ticket to success. So use is wisely..

Saturday, 13 March 2010

Usaha tangga kejayaan

11 March 2010. Satu Malaysia merasakan debarannya! Nampak je cool tapi ketag lutut tak ada sapa yang tahu. Dari awal minggu lagi saya dah arrange class supaya saya free all day Thursday tu. Nak mengajar pun macam tak leh keluar suara. Hubby pulak tak ada, so saya kena face hari tu sorang2. Aduhai..

Lepas clock in, saya habiskan kelas sampai pukul 9.oo am. Then, balik rumah ambik Iman.Terpaksa la juga drive walaupun sejuk kaki tangan macam nak cramp. By the time saya tiba kat SMK SP, dah ramai orang menunggu kat dewan. Ada ceremony rupanya. Pengetua berucap meraikan pelajar cemerlang. Tak sangka among pelajar cemerlang kat sekolah tu adalah ex- al Amin. Bangga weh.Tahniah to our ex-students, Muizah (top student), Haziq, Hanis, Iman and Amal. Another tahniah to puteri saya for being one of them...(bangga ni!)

As for murid2 al-Amin sendiri, the result sangat membanggakan. "Usaha tangga kejayaan". Tak tau la sapa yang cipta that phrase. Sungguh benar! Hanya dengan berusaha kita mampu mencapai kejayaan. Sungguh juga, mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM hari tu adalah mereka yang telah berusaha dengan bersungguh2. Bak kata cikgu Alia,
"Sebagai guru yang mengajar mereka, ada yang sejak dari mereka di Tingkatan 1 pun, boleh merasakan dan mengagak siapa yang bakal berjaya dalam keputusan kali ini dan siapa yang tidak."
Sebenarnya tak cukup dengan usaha (study hard) sahaja. Pada saya apa yang lebih penting adalah adab kita dengan ilmu itu sendiri. Dan yang lebih penting adalah adab kita dengan guru2. Setakat pengamatan saya kebanyakan murid2 cemerlang al Amin adalah mereka yang amat beradab dengan ilmu dan amat menyantuni guru2 mereka. Tahniah! Tahniah!

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Ruang sentiasa terbuka untuk kita memperbaiki diri. Cuba dan cuba lagi...

Apa-apa pun, doa saya mudah2an mereka ini akan tetap istiqamah walau di mana pun mereka berada selepas ini. Amin...


Thursday, 4 March 2010

Men are from Mars, Women from Venus

Lately saya asyik dapat berita orang collapse tetiba. Bila bawa gi hospital, doktor kata high blood pressure eventhough tak pernah ada history high blood sebelum ni. Terkini ada sorang kakak yang saya kenal collapse and coma for two months. Suddenly, she died few days ago just after two days of her husband's marriage. Huhu.. sampai hati the husband, sanggup got married while the wife is still fighting for life. So us girls ni buka main lagi mengutuk si suami yang macam tak berhati perut tu...
Bila saya cerita kat hubby, ala-ala nak mengutuk sikap suami orang tu (salah, nak mengumpat sebenarnya..)
Here comes the comment." Alhamdulillah, akhirnya isterinya dapat pergi dengan tenang knowing that suami dia will be taken care of. Anak-anak pun mungkin akan terjaga dengan baik bila dia dah tak ada nanti...."
Dush...
Apa-apa pun mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan mengurniakan kebahagian kepada rumahtangga saya yang baru terbina selama 19 tahun ini.. (Ada kaitan ke?)

Wednesday, 3 March 2010

Sushi untuk cikgu...

What a nice surprise! I received the above sushi after Kelab dan Persatuan tadi. Hasil kreativiti murid2 Kelab Masakan. Special delivery to bilik guru. Group banin pulak tu. Teringat pulak rayuan mereka beriya2 nak masuk kelab masakan yang dah overloaded.
"Masa ni la nak belajar masak, cikgu. Nanti dah lepas form 5 senang nak independent."
"Nak tunjuk bakat memasak.."
"Ala.. boleh la cikgu. Biar la kami bebas memilih kelab yang kami suka.. dah final year kat sini.."
"Kat rumah tak boleh masak nanti bibik marah."
Tapi yang lebih menyentuh perasaan saya,
"Nanti boleh tolong mama masak kat rumah.."
Entah lah, either it's just a sweet reason sebab nak bodek untuk masuk kelab Masakan ataupun lahir dari hati yang tulus ikhlas, it is not me to judge.
Apa-apa pun the sushi tasted as nice as it looked. Thank you Ameer and the gang....

Thursday, 25 February 2010

TESPER, TESPER, TESPER


I was so relieved TESPER (Temasya Sukan dan Permainan) 2010 was over. Haha macamlah susah benar tugas saya dalam TESPER kali ni.
Seperti tahun lepas semua acara sukan selesai sebelum hari kemuncak. Pada hari kemuncak TESPER hanya diadakan acara merentas desa. Kena keliling UIA 5km. Jauh tu. Tak apa al-Aminans boleh.
From day 1 Rumah as-Solah mengungguli tempat tercorot. Sedih? Never! Ahli2 as-Solah sentiasa bersemangat mencari mata untuk rumah. Tak kisahlah kalah atau menang. Yang penting as-Solah....Gegar!

TESPER sepatutnya bermula pukul 8.00am lewat half an hour. Sebabnya PA system did not function on schedule. Saya rasa tak perlu pun nak sewa PA system lain. Yang sekolah punya pun is good enough. After all masa raptai pun guna PA system sekolah je. Dah nearly perfect pun. Lagi pun TESPER kali ni dibuat dalam waktu sekolah. In the end terpaksa lower down the volume sebab takut mengganggu jiran sebelah nak belajar.
Tapi one good thing, Perasmi (thoroughbred al-Amin, now Ahli Lembaga Sekolah, a very nice experience to share with the students) datang very well on time.

"Lain ek sukan tahun ni. Aman damai je.. Tak ada bising-bising."
"Haah la. Banner pun tak ada..."
"Kenapa cikgu2 tak ada baju sukan? Biasakan setiap tahun dapat."
"Kenapa buat hari bekerja ek? Macamnana ibubapa nak datang?"
Huh komen berkomen-komen.

Perarakan kontinjen rumah sukan bermula dengan rumah al-Falah(hijau), diikuti al-Fatah(merah), as-Solah(kuning) dan an-Najah(biru). Saya sangat kagum dengan semangat dan kreativiti murid2 mencipta maskot dan persembahan untuk rumah masing2. Bayangkan mereka dapat siapkan everything dalam masa satu malam je. Sungguh. Mereka sangat kreatif, sangat bersemangat. Sungguh membanggakan!

Semasa selingan sementara menunggu petugas mengira markah final, diadakan acara perlawanan futsal antara alumni al-Amin vs Ustaz2. Walaupun masa tu saya tengah makan nasi ayam (awalnya lunch, salah lewatnya mula game futsal dah dekat pukul 12 tengah hari dah) saya stop kejap, basuh tangan dan cepat2 ke dataran. Futsal and futbol memang favourite saya. Mana boleh lepas peluang. Live match, free pulak tu. Sebagai penonton je la. Bila game dah habis saya sambung makan balik. The result, of course la menyebelahi alumni. Almaklum la tenaga muda vs tenaga veteren...



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. TESPER 2010 dijuarai oleh rumah al-Falah. Saya dah agak dah. Looking at their commitment and performance. Puteri saya mesti bangga. Jauh di mata tapi dekat di hati. Saya? Sudah semestinya saya bangga. Anak bujang saya menyumbang 2 pingat emas untuk rumahnya. Juga mata yang agak lumayan bagi acara merentas desa. (Adus.. riak la pulak) Hei, berpaling tadah nampak! Oh tidak sama sekali. Saya tetap as-Solah. Tetap bangga sebab in the end as-Solah berjaya naik satu anak tangga. Tahniah! Tahniah! Especially pada cikgu Fatimah dan cikgu Hani yang tidak jemu2 memberi sokongan pada mereka. Juga kepada Zairul Aduka (ex-ketua rumah tahun lepas). Saya jengok-jengok sekali-sekala je maklumlah dah veteran ni tak larat dah... Hish excuse memanjang.

"Bestlah sukan tahun ni. Rasa meriah sangat"
"Haah la, lancar je...."
"Sampah pun settled"
"Budak2 bersemangat sungguh."
"Cikgu2 pun semangat...Especially rumah al-Falah"
"Best sebab buat kat tempat sendiri."

Apa-apa pun thumbs up pada semua yang menjayakan TESPER kali ini. Yang menang merendah diri, yang kalah usaha lagi. Semoga penat lelah kita semua digolongkan sebagai amal jariah.


Wednesday, 24 February 2010

Fly baby fly...

"Anakanda Kak Mas ok ke kat sana?" (sigh) A frequently asked question lately. Anakanda saya should be okay. Why shouldn't she. Bonda? It's only been a week and I'm already missing her. Huh biar betul. Dulu saya juga yang beriya-iya suka hati over the moon bila anakanda dapat tawaran ke MRSM. Kat Pengkalan Chepa pulak tu. It brings back all the memories. Bukan senang nak mencipta sejarah anak dapat masuk sekolah ibunya dulu.... bak kata hubby saya la.
"Umi, boleh tak nak balik?" Adus! Apa sudah terjadi.
"Entahlah.. rasa macam nak balik je. Most of budak KL nak cabut. Boringla. Kena ikut peraturan 24 jam. Kalau kat rumah boleh study lepak2." Hmm biasa la tuh. Its just a matter of getting used to. Memangla awal2 ni homesick gila. Ya, homesick macam nak gila. Alang kepalang boleh jadi gila terus. Tapi itulah cabaran yang mesti dilalui.
Bak kata Iman." Hoi aku dulu pun macam tu juga. Mula2 kat sg pusu dulu rasa nak menangis je. Dah la aku ni pendiam (kot), tak ada kawan, rasa nak balik al-Amin je. Macamla al-amin nak kat aku." (Haha the last part tu saya tambah je..)
Saya teringat kata2 Datuk Dr Fadzilah Kamsah, " Hostel ni sepatutnya untuk budak2 yang tak ada kemudahan untuk study kat rumah. Tapi kalau dah ada kemudahan (ada yang terlebih mudah pun) kenapa nak zalimi anak2 dengan menyusahkan mereka..." Adus, zalimkah saya? Entahlah.
Apa-apa pun looking at the other side of the coin, it would give her a good tarbiyah .A little bit of hardship, a little bit of independent, a little bit of freedom and a little bit of everything will give juicy life....yum yum.

Saturday, 20 February 2010

Harmony

Seronok juga sesekali berboria. Sebenarnya setiap hari ada je kumpulan boria kat tempat kerja saya tu. Warna temanya sentiasa berubah. Antara warna tema yang saya suka....


Apa-apa pun it is nice to have harmony in life....

Friday, 19 February 2010

New place new home.

What can I say... Akhirnya saya terpaksa menerima hakikat sooner or later one by one, they will leave my nest. And I always pray that will only be for the best... ( nak syahdu la ni..)

Lepas pendaftaran. My consolation, ada mak and ayah saudara dia dok kat KB. Hopefully boleh tolong tengok-tengokkan..

Dalam bilik asrama, belum kemas lagi..

Nina tu sengaja rosakkan gambar. Dengki tak nak berpisah ngan kakak kesayangan.

As for us mummy and daddy... Being normal as it should be.
Apa-apa pun semoga Allah merestui perjalanan ini. It is just another journey of life.....

Tuesday, 9 February 2010

Oh my weekend.

It has been a long weekend.Hajat hati nak rehat hari Sabtu hari tu. Sanggup ponteng meeting Kelab Kelas Tingkatan 3. Konon nak berehat kat rumah.(Bukan nak rehat pun. It's more on nak buat kerja rumah yang dah lama tertunggak). Lupa pulak petang tu nak kena hantar puteri sulung saya gi daurah alumni al-Amin . So malam tu puteri bongsu saya kena training tidur sorang-sorang bila kakak2 dia dah tak duduk rumah nanti.Puteri kedua saya dah stayed back kat sekolah since Friday lagi for kursus kepimpinan. So that night dah mula terasa kesunyiannya bila 2 puteri saya tak ada nanti...Adus!
Hari Ahad tu pulak pepagi lagi kena gi menjemput puteri2 saya balik pulak. Pastu singgah pasar. Balik dari pasar gi jengah jiran sebelah buat kerja kahwin. Asalnya nak tunjuk muka je, tapi dibagi pakai bunga, terpaksalah jadi host pulak. Pelik pulak rasanya bila mak dara pulak yang kena tayang muka.... Good experience juga tuh! Petang tu bawa puteri kedua saya tu gi shopping barang2 nak bawa gi MRSM.
"Woi, aku dengki ni.." Puteri sulung saya memang begitu. Tambah lagi bila melihat saya dan hubby sibuk2 menyediakan keperluan adik kesayangannya nak masuk MRSM.
Dalam dengki2 tu she's been a great help especially dalam hal menguruskan rumah tangga. Bila saya balik penat2,the house is cleaned and dinner is served. How nice... Thank you darling.
Apa-apa pun may everything goes smoothly..

Monday, 1 February 2010

It has been 30 years....

12 January 1980...It was the first time I set foot in the land so far away from home. Just reaching 13 years of age on January 6th I was an alien in my own world. Oh.. syahdunya waktu itu Allah saja yang tahu. Kata ayah, it was only temporary...a normal feeling for a normal people. Yes I was being normal that time. Just like me, ayah was also being normal.. I guessed. When everything was over ayah walked away without looking back. I was left crying my heart out to deal with my own life...
Now after 30 years I understand. I was never being left alone. It was just what life should be.. May be ayah was afraid I might see something running down his cheek when we said goodbye. Yes now I remember ...I did see that thing.... Thank you ayah for teaching me to be this strong. I really need your strength. Time has come. Now it might be my turn to be in your position.
Apa-apa pun may Allah gives me strength. May His blessing be with me and all the people I love...

Wednesday, 20 January 2010

She's nearly 18

I should be grateful. Tak payah lagi nak mengharungi traffic-jam kat Greenwood pepagi hari kena hantar dia pi SMK Sg Pusu. No more nak kelam-kabut masak breakfast heavy2. Now that she's a school leaver,I can goyang kaki (a bit je la). She's the house cleaner, sometimes a cook but most of the time an obedient servant (Ooops....cannot find the best suitable word..sori darling!
But..what do I miss??? Those sweet little face yang tak akan tidur kalau tak dapat nak peluk cium umi malam2 before bedtime. Those little hands yang selalu terabur rumah siang malam. Those temper tantrum kalau tak cukup tidur waktu petang. But the best thing ever are those little tiny baby yang menghilangkan segala kekalutan duniawi everytime I look at her.
Now that slowly she'd spreaded her wing, I have a mixed feeling. (Syahdu la pulak..)Slowly again she'd faced the the world yang penuh dengan sepak terajang..
Apa-apa pun may she find the best in life outside my nest.

Saturday, 16 January 2010

Oooo...What has happened???



What the kids will think after this if Allah can be seen at church like this??
It’ll make them confuse like ‘we can pray Allah at church’???
What will happen next??

Saturday, 2 January 2010

Tahun Baru vs Azam Baru

"Ummi, kenapa tak rasa macam tahun baru je..?" Komen putri saya on the way nak pi shopping barang dapur pagi tadi.
Haah...kan, memang tak rasa pun. Tapi kenapa pulak nak kena rasa-rasa? Tak patut pun nak rasa-rasa pastu nak kena celebrate tak tentu pasal. Macam kat kawasan perumahan saya tu, tiap kali tahun baru mesti nak pasang bunga api, pastu buat bising. Asyik terganggu jer beauty sleep saya. Pada saya tahun baru ke tak tahun baru ke, setiap hari yang mendatang sepatutnya menjadi yang lebih baik dari semalam.
"Selamat tahun baru. Dah buat azam baru ke?..." Ni lagi satu hal. Setiap kali tahun baru saya selalu terima mesej (sms) macam ni. Kenapa ya bila tiba tahun baru je, orang tanya pasal azam baru? Boleh je kan berazam masa lain, kenapa pulak nak kena specialise masa tahun baru pulak. Berazam je la apa pun bila-bila masa di mana jua.
Tapi kan, sebenarnya elok juga ada konsep azam tahun baru ni. At least ada la juga masa untuk buat perubahan dalam setahun hayat kita. Especially pada bebudak yang masih sekolah tu. Tahun baru bermakna dapat masuk kelas baru ie, dapat beli baju sekolah baru, kasut baru, beg baru, buku sekolah baru dll. Ni perangai putera-puteri saya la nih. Pendak kata semuanya nak kena baru. Sebab tu la azam pun kena baru. Mestilah bersemangat nak belajar lebih, sesuai dengan semua peralatan baru tuh. Apa-apa pun saya harap semuanya berazam nak memperbaharui result mereka kepada yang lebih baik. Kepada yang dapat good result masa PMR hari tu, just keep it up. Saya sendiri pun sentiasa berazam menjadi yang terbaik dalam apa jua... Amin.

Girls day out.....

Saya tak ingat bila last kami gurgirls ber- outing sesama. Sejak depa dah berumah tanggga ni terpaksalah tunggu kebenaran husband memasing...