Wednesday, 29 April 2026

Cerita hari Selasa: Cari Kerusi Meja @IKEA

Sejak melihat saya semangat bersama alam hubby pun teringin nak menikmati keindahan laman di rumah sendiri. Of course lah sambil buat kerja. Nak tambah port untuk buat kerja selain di kedai kopi katanya. So hari ini kami buat planning untuk ke IKEA Cheras mencari kerusi meja yang sesuai sambil lunch dengan anak bongsu. Sebelum itu kita teruskan kerja di Datum Jelatek dahulu.

@Kenangan Coffee as always.

Kami tiba di IKEA dalam pukul 1:15 tengahari. Target untuk beli barang dahulu sementara menunggu kafe tenang dari kesesakan pengunjung yang datang makan tengahari. By pukul 2:30 petang baru kami duduk makan.

Parking kereta @row H. Mesti ambik gambar agar tidak tersesat nanti.

Membeli barang keperluan hubby amat mudah. Kita cuma pilih, ambik dan bayar. Tak perlu nak berlengah-lengah, belek-belek dan pit-stop sana-sini. Satu jam dah siap. Lepas tu dah boleh makan dan balik rumah.

Meja.

Kerusi.

Lunch Fish and Chips @IKEA Cheras.

Testing.

Walau tak seindah mana kita cuba nikmati seadanya.

Dinner @Mohd Chan, Melawati.

Alhamdulillah, done another day. Semoga Allah merahmati kita dalam apa jua keadaan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 27 April 2026

Cerita Hari Isnin: Mengopi @CBTL & Servis Kereta

Sejak minggu lepas hubby dah buat planning untuk aktiviti hari Isnin ini. So pagi-pagi lagi saya dah keluar ke laman untuk menyapu dan siram pokok. Kemudian masuk 'opis'...clearkan sinki, basuh pinggang mangkuk dan goreng nasi untuk sarapan. Usai sarapan hubby keluar dulu untuk servis kereta BRV di Honda Sri Utama. Saya keluar setengah jam kemudian untuk pick-up hubby. Servis kereta kali ini include major servis, tukar suspension 4 pax dan ganti gearbox. So kena tinggal kereta di sana hingga hari Khamis.

Kebetulan hari ini hubby nak mengopi sambil buat kerja di CBTL Alpha Angle, so saya angkut sekali dua bungkus baju terpakai untuk recycle. Depa ada sediakan tong recycle di luar pintu masuk ke AEON Mall. Sementara hubby buat kerja saya buka Ipad buat kerja sendiri. Saya suka CBTL sebab ada free wifi yang laju.😁

Onion Bagel dan Matcha IB. Dah lama pantang makan manis, tapi hari ini kita cheat day.

Kemain khusyu' buat kerja.

Masa buka internet terjumpa gambar bunga akar dani yang dikongsi oleh seseorang. Maka bersemangatlah makcik berangan nak tambah koleksi pokok di laman.

Terimakasih kepada yang share foto ini. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan kerana membahagiakan orang lain.🌹

Semoga Allah mudahkan urusan hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Upah Pangkas Pokok Putat

Selepas di pangkas awal tahun baru-baru ini pokok putat saya membesar dan merimbun dengan galak. Saya cuma pangkas dahan yang melempai ke bawah dan menyemakkan mata sahaja. Oleh kerana risau takut dahan tingginya mencapai (mengganggu) wayar elektrik di belakang rumah, saya beli gergaji panjang via Shopee. Malangnya mata gergaji tu tak berapa berkesan, tidak sharp enough untuk potong dahan yang tinggi. Lagipun badan gergaji macam lembut. Takut tercabut kalau digergaji dengan kuat. Akhirnya saya upah orang potong pokok dan bayar RM100.

"Kaka bayar berapa berapa saja. Ikhlas..." katanya. Mudah-mudahan lebih dari berbaloi untuk kerjanya sebab jelas terpancar kegembiraan diwajahnya bila melihat dua keping note RM50 yang saya hulurkan.

Selepas 3 minggu dipotong, nampak tunas-tunas baru mula keluar.

Saya biarkan pokok bunga telang menjalar ke atas dahan pokok.

Boleh baca cerita sebelum ini di sini.

Alhamdulillah semenjak dua menjak ini hubby mula menyokong penuh hobi saya. Bermula dari menemani isteri terchenta membeli pokok di nursery Bangi hingga menolong mengangkat dan mengalihkan pasu besar di laman. Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik untuk menguruskan halaman rindu ini lagi. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Kenduri @Gabion Garden Hall, Setapak, KL

 25hb April 2026

Kami menerima jemputan kenduri kahwin anak sahabat hubby pada hari Sabtu. Pada hari yang sama kami berhajat untuk menghantar anak ke-4 bercuti ke Melbourne so hubby dah pesan awal-awal untuk duduk setengah jam sahaja sebelum gerak ke KLIA. 

Depa buat kenduri di Gabion Garden Hall, Setapak, KL. Kami keluar rumah lepas zohor sebab lepas tu nak terus gerak ke KLIA. Semasa kami tiba di tempat kenduri, hujan turun agak lebat so kami terpaksa mencari tempat parking paling dekat yang ada dengan pintu masuk dewan. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. Selepas dua tiga kali pusing kawasan kami dapat parking kereta hampir dengan pintu masuk dewan.

Dengan bapa pengantin, berbaju Melayu warna peach.

Namun bak kata orang-orang lama, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Plan nak duduk setengah jam menjadi lebih dari satu jam bila duduk semeja dengan geng satu kepala walau tanpa dirancang. Sambil-sambil itu kita panjangkan pertemuan dengan kenalan lain yang sudah lama tidak berjumpa.

Dengan ibu pengantin, berdiri paling kiri, bertudung warna peach.



Tahniah kepada sahabat hubby atas pernikahan anak ke-3 mereka. Terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan dan menyediakan tempat yang cantik serta makanan yang sedap untuk tetamu. Semoga anakanda pengantin berbahagia hingga keakhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 25 April 2026

Kenduri Besan @KB

Sabtu, 11hb April 2026

Saya selalu teruja bila menerima jemputan kenduri kahwin di Kelantan. Sambil balik makan kenduri boleh panjangkan aktiviti berziarah saudara-mara dan sahabat-handai yang jarang berjumpa. Kali ini kami menerima jemputan daripada besan saya sempena pernikahan anak perempuan mereka. Jodoh Lebaran katanya sebab masih dalam mood raya. Depa buat majlis di dewan Sam’s Sweet Garden, Kota Bharu.

Dengan besan, mak mertua kepada anak ke-2 saya.

Tahniah terima menantu ke-4.

Tak sempat bergambar dengan pengantin, kita selpi dua beranak jelah. Hajat nak pusing keliling dewan yang terhias cantik tapi segan pulak memikirkan diri yang dah dipenghujung usia. So kita syok sendiri depan pintu dewan sahaja.

Dengan anak no-2. Ummi garang... katanya.

Sengih pun macam tak ikhlas... katanya lagi.

Usai makan kenduri kami gerak balik ke hotel semula. Sambil itu hubby ajak sekali sepupu-sepupu mengopi dan lepak borak di kafe hotel. 

Bersama sepupu-sepupu hubby.

Dari kiri, Kak Dah, makcik dan Kak Yah.

Apa-apa pun, terima kasih kepada tuan rumah. Dewan cantik dan selesa. Makanan pun sedap. Ucapan tahniah juga kerana menerima orang baru dalam keluarga. Semoga pengantin kekal bahagia hingga keakhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Mari Menyapu Sawang & Lap Kipas

Kata orang, bila dah hujung umur begini elok duduk rumah kecik je, lebih bagus kalau rumah kondo atau aparment. Senang nak urus, katanya. Tapi makcik tak gemar duduk rumah highrise, lagi-lagi kalau nak kena naik lif. Buatnya lif rosak, jenuh pulak makcik nak kena panjat tangga.

Cuma sekarang ini jenuh nak menyapu dan mop lantai tingkat atas dan bawah, cuci 3 bilik air, sapu dan mop hall & tangga, kemas tiga bilik atas & satu bilik bawah, ruang tamu, dapur, porch depan & belakang, bla, bla, bla… Tudia… nak buat list pun dah panjang. Biasanya saya akan susun kerja mana yang harus didahulukan.  Kalau tidak memang jenuh nak setel semua benda dengan kurdrat yang seciput ini. Itu belum tambah dengan kerja di halaman rindu lagi. Tapi bak kata orang, semua itu adalah pilihan. Dan saya suka dengan pilihan ini. Rumah yang luas hasil titik peluh hubby untuk keselesaan anak-isteri akan saya jaga semampu boleh hingga kehujung usia.

“Ummi tak nak panggil orang cuci ke?” Anak-anak selalu komen bila nampak Ummi depa macam keletihan. Setakat ini saya masih mampu setelkan mana yang patut. Kalau dulu selalu bersepah dek anak-anak. Sekarang sepah itu telah tiada. Saya cuma perlu buang habuk dan lap perabut, sapu sawang dan mop lantai selain house chores biasa yang muncul setiap hari. Kali ini kita fokus bahagian siling rumah. Kita lap kipas dan sapu sawang dahulu. 

Kita lap kipas pakai galah panjang sahaja. Makcik gayat, tak mampu nak panjat tangga.


Sapu sawang.

Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah untuk buat kerja-kerja rumah mengikut ruang waktu sendiri. Aktiviti mengemas ini dah jadi macam me-time dan terapi diri. So kita buat apa yang termampu dalam ruang waktu yang diizinkan... within our own sweet time. Begitulah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 24 April 2026

Bersama Kawan-kawan Gojezes Kb84 @Kota Bharu

Zaman remaja (sekolah menengah) saya banyak dihabiskan di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di sanalah saya mengenali sahabat-sahabat yang baik hati. Bila dah habis sekolah Menengah, masing-masing bertebaran menyambung pengajian di Menara Gading. Habis belajar, masing-masing bekerja, berkeluarga dan menyambung kehidupan sendiri. Ramai yang lost contact sebab makcik ni jenis introvert dan suka hidup dalam kepompong sendiri. Bila dah ada media sosial, barulah dapat berhubung semula. Dan bila ada peluang untuk berjumpa-jumpaan, tetaplah terasa kehangatan persahabatan seperti di zaman remaja dahulu. 

Kebetulan kami balik Kelantan baru-baru ini bolehlah masukkan agenda berjumpa-jumpaan dengan sahabat Gojezes Kb84 disamping melawat saudara-mara di kampung. Hari pertama, sahabat saya Lia mengajak makan tengahari di rumahnya bersama Jen yang datang berziarah all the way from Terengganu. Kebetulan hubby keluar untuk solat Jumaat bolehlah drop saya di rumah Lia yang terletak berhampiran kubur Maras. Hubby solat Jumaat di Masjid Telipot. Punyalah leka bersembang hingga terlupa nak bergambar di rumahnya. Usai makan Lia hantar saya balik ke hotel dan sama-sama mengopi di kafe hotel. Tak habis bersembang di rumah Lia kami sambung berborak di hotel pulak.

Dari kiri… Lia, makcik dan Jen.


Esoknya, selepas 'Asar kita buat special plan untuk melawat Ayie yang bakal ke Tanah Suci pulak. Kam menjemput saya di hotel dan kami terus gerak menuju rumah Ayie yang terletak di Kg Kutan, Jalan Pasir Mas.

Hubby play stalker dari tingkap bilik hotel.

Dari kiri, Ayie dan Kam… persahabatan yang manis bak kuih-muih yang terhidang.

By maghrib kami bergerak balik dari rumah Ayie dan melalui bulatan Pasir Pekan lagi sekali. Kali ini makin terserlah keindahan Masjid al-Ismaili semasa melalui sebelah bulatan. Hati terasa ingin singgah di Rumah Allah ini tapi tahu keadaan tidak mengizinkan. Mudah-mudahan ada kelapangan masa lagi selepas ini.

Masjid al- Ismail di Bulatan Pasir Pekan.

Alhamdulillah dapat berjumpa dengan sahabat Gojezes KB84. Seperti biasa, tidak terasa pantasnya masa berlalu bila bersama dengan sahabat sehati sejiwa. Benarlah kata bijak pandai, bila kita biasa makan setalam dan tidur sebantal, suasana membesar bersama-sama selama 5 tahun tinggal di asrama banyak mengajar erti persahatan dalam kehidupan. Walau dah masuk umur pencen, setiap kali berjumpa tetap kembali ke umur remaja….tetaplah Sweet 17. Semoga dapat bersua lagi dengan izin Allah. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 17 April 2026

Jogging & Cabut Rumput di Laman

Hari ini terasa segar. Pagi-pagi lagi hubby dah ajak keluar berjogging. Kami ke Taman Tasik Ampang Hilir. Seperti biasa saya hanya berlenggang-kangkung sekadar mengeluarkan peluh. Dapatlah satu pusingan tasik pergi dan balik.

Abaikan filter kamera yang melampau.

Usai jogging kami singgah beli nasi lemak telur mata sorang sebungkus beserta kuih-muih. Cukuplah buat makan pagi dua orang makcik-pakcik pencen. 

Usai makan saya turun menjenguk laman. Agak serabut mataku ini melihat kemucut yang mula memenuhi laman. Saya memang pantang kalau ada kemucut di laman. Kalau panggil orang potong rumput, depa hanya mesin di bahagian atas sahaja. Hari ini berbekalkan cangkul ketot, bangku plastik dan kesegaran badan selepas jogging ayuhlah kita menyangkul dan mencabut pokok-pokok kemucut dari pangkalnya. Kita mulakan dengan kawasan laman yang teduh dahulu. 

Bangku plastik dan cangkul ketot sebagai peneman.

Saya hanya target pokok kemucut... cangkul dan cabut dari akarnya. Mudah-mudahan selepas ini rumput cow-grass saya semakin segar tanpa gangguan dari kemucut yang datang tanpa diundang.🌹

Cukup satu plastik hitam dulu.

Kita biar dulu keadaan berlopak-lopak untuk sementara waktu.

Lepas ni bolehlah sambung mencabut di kawasan yang lain pulak. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 16 April 2026

Ganti Bateri Jam Dinding dan Lap Kipas Dinding

Dah beberapa lama jam dinding di dapur saya mati. Bateri sudah dibeli, cuma menunggu masa untuk diganti. Biasanya bab panjat memanjat tangga adalah kerja hakiki dua orang anak bujang saya. Tapi sejak zaman bujang mereka sudah berlalu agak sukar untuk mencari masa yang sesuai.

Dan hari ini makcik gagahkan diri pikul dan panjat tangga. Alhamdulillah otai masih berbisa walau gayat tak boleh bincang. Yang penting jangan pandang ke bawah.

Done tukar bateri jam.

Dan seperti biasa dah alang-alang usung tangga kita lajak bukak dan cuci kipas dinding pulak. Kipas dinding ini pun dah long overdue untuk dicuci. Ayuhlah kita sambung panjat memanjat. Saya cuma buka bahagian hadapan kipas sahaja. Kemudian buang segala habuk dan basuh bilah kipas di sinki dapur. Biarkan kering sebentar sebelum panjat tangga sekali lagi untuk pemasangan semula.

Body kipas ni kita cuma lap kering.

Saya cuci semua di sinki dapur sahaja.

Siap.

Semoga Allah mudahkan urusan hingga keakhir hayat. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 14 April 2026

Kubur Banggol & Pokok Ketereh/Gajus

Setiap kali balik KB kami tidak lupa untuk menziarahi pusara arwah ibu dan ayah mertua saya di Banggol. Tapi sejak kawasan kubur Banggol dinaik-taraf agak sukar untuk mencari tapak kubur arwah ayah mertua saya. Dulu kawasan kubur ini agak teduh dipenuhi pohon kemboja dan pokok-pokok besar. Kami jadikan salah satu pohon besar beserta salah satu pondok wakaf berdekatan sebagai landmark. Kini semua pokok kemboja dan lain-lain pokok besar telah ditebang menyebabkan kami agak hilang arah. Pondok wakaf yang buruk pun sudah dialihkan. Alhamdulillah setelah mencari dengan teliti akhirnya berjumpa juga. 

Kami masuk melalui pintu no-9 dan terus berjalan melepasi dua lot tanah perkuburan. Kemudian kami belok ke kanan. Tapak kubur arwah ayah mertua saya terletak dalam lot ke-3 sebelah kanan. 

Semoga roh arwah ayah mertua saya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.🌹

Saya simpan panduan arah di sini untuk kegunaan dikemudian hari.


Kami parking kereta di bawah pokok ketereh/gajus. Dah lama saya tidak melihat pokok ini. Paling teruja bila melihat buahnya yang sangat lebat.

Buah gajus yang sangat lebat.

Pohon gajus yang rendang.

Saya ada menanam sepohon pokok gajus di rumah KL. Baru berusia 3 tahun. Mudah-mudahan ianya akan kekal subur, membesar dan mengeluarkan buah yang baik suatu hari nanti. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 8 April 2026

Tanam Pokok Calathea Lutea (Kuping Gajah)

Sejak pokok-pokok saya mula pupus dek terbiar ditinggalkan selama dua bulan, dua tahun lepas, baru sekarang berpeluang untuk mengembalikan seri di laman. Sedih memang la sedih bila pokok yang dijaga dan dibelai sekian lama mati terbiar kekeringan. 

Selepas sebulan berpuasa tibalah Syawal. Diselang waktu dalam kesibukan Syawal saya curi masa untuk singgah di nursery pokok tepi MRR2. Walau dalam cuaca panas terik tengahari (rembang) tidak menghalang kecekalan dan semangat untuk menambah suasana tenang di rumahku syurgaku. Saya mulakan dengan pokok-pokok berdaun hijau dahulu. Saya memang target pokok berdaun hijau dan heavy duty. So kita pilih pokok yang biasa kita jaga sebelum ini. Semoga dedaunan warna hijau ini memberi suasana tenang dan damai di halaman rindu ini. 

@Nursery pokok tepi MRR2, Kg Pasir.

Penuh bonet kereta.

Setelah dibeli kita perap dulu sehari-dua dek sibuk beraya di sana-sini. Hinggalah tiba suatu hari yang diizinkan Allah untuk saya menunjukkan cara-cara bercucuk-tanam kepada cucu tercinta. Walaupun saya yakin tidaklah mereka perlu tahu itu semua dek perubahan masa, tetaplah saya teruskan niat sambil mengimbau indahnya rasa bermain tanah dengan nenek saya dahulu.🥹 [Semoga Allah cucuri rahmat kepada Arwah nenek saya. 🤲]

Cucu-cucu sebagai peneman di suatu pagi nan indah.

Mudah-mudahan pokok-pokok ini subur menghijau memenuhi ruang hidup saya. Moga Allah mudahkan. Aamiin.🌹

PS: Saya baru tahu pokok ini namanya Calathea Lutea atau Kuping Gajah. (Info daripada Google).

Sekian.😊

Pasang (ganti) Meja Sudut Sofa

Saya beli meja Ikea ni sejak sebelum Ramadhan lagi. Setelah lebih sebulan tersadai saya bukak bungkusannya dan buat pemasangan. Mudah sangat kerjanya. Tak perlu skrew driver, kita pulas guna tangan sahaja. Siap tak sampai 10 minit.


Sebenarnya meja ni untuk menggantikan meja bucu sofa selama ini yang agak kecil. Meja baru ni double the size memberi ruang tambahan untuk letak barang. Another good reason untuk beli barang baru.😁


Mudah-mudahan kurang sedikit sepahnya dan memberi lebih ketenangan dalam rumahku syurgaku. Moga Allah mudahkan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Cerita hari Selasa: Cari Kerusi Meja @IKEA

Sejak melihat saya semangat bersama alam hubby pun teringin nak menikmati keindahan laman di rumah sendiri. Of course lah sambil buat kerja....