Wednesday, 8 April 2026

Pasang (ganti) Meja Sudut Sofa

Saya beli meja Ikea ni sejak sebelum Ramadhan lagi. Setelah lebih sebulan tersadai saya bukak bungkusannya dan buat pemasangan. Mudah sangat kerjanya. Tak perlu skrew driver, kita pulas guna tangan sahaja. Siap tak sampai 10 minit.


Sebenarnya meja ni untuk menggantikan meja bucu sofa selama ini yang agak kecil. Meja baru ni double the size memberi ruang tambahan untuk letak barang. Another good reason untuk beli barang baru.😁


Mudah-mudahan kurang sedikit sepahnya dan memberi lebih ketenangan dalam rumahku syurgaku. Moga Allah mudahkan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Aidil Adha 2026: Jom Beraya

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Rabu 27hb Mei 2026. Di pagi hari raya yang hening ini saya dan hubby hanya beraya berdua sahaja. Anak-a...