Tuesday, 30 June 2026

Aidil Adha 2026: Jom Beraya

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Rabu 27hb Mei 2026. Di pagi hari raya yang hening ini saya dan hubby hanya beraya berdua sahaja. Anak-anak semua beraya di rumah sendiri/mertua. Semalam saya dah siap masak rendang 2 ekor ayam dan 2kg daging untuk (stok) hidangan bila anak menantu balik esok lusa. 

Saya dan hubby bersolat Aidil Adha di Masjid Ukay Perdana. Usai solat kami menjamah juadah ala kadar sebelum bergerak ke rumah anak bongsu di Putrajaya.

Dua orang makcik & pakcik pencen di pagi Aidil Adha.

Nasi impit dan rendang ayam.

Anak bongsu ini masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulong yang merupakan cucu ke-6 kami pada 16hb Mei 2026 yang lepas. Hari ini, usia baby (girl) baru masuk hari ke-11. Alhamdulillah ibu dan baby sihat walafiat.

Nenek dan Tok Ayah excited tengok baby.


With the proud Mommy & Daddy.

With the besan yang menyambut cucu sulong.

Usai makan dan bersembang di rumah anak bongsu, kami ke rumah anak sulong di Cyberjaya pulak. Kalau sebelum ini anak-anak yang balik rumah, kali ini Ummi Ayah pulak berjalan raya ke rumah anak-anak.😁

Dengan anak sulong dan no-3 serta cucu-cucu.

The Girls yang ada.

Kek & desserts.

Usai beraya kami ambik peluang menziarahi besan saya yang sedang dirawat di Hospital anNur Bangi. Beliau telah selamat menjalani pembedahan membuang batu hempedu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Batu yang dikeluarkan.

Sekian cerita sambutan Aidil Adha makcik & pakcik pencen tahun ini. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk menyambut Aidil Adha ditahun hadapan pula. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Aidil Adha 2026: Jom Beraya

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Rabu 27hb Mei 2026. Di pagi hari raya yang hening ini saya dan hubby hanya beraya berdua sahaja. Anak-a...