Tuesday, 30 June 2026

Gojezes KB84 Berkelah di Janda Baik

Ahad, 7hb Jun 2026

Setelah berfikir-fikir akhirnya saya mengambil peluang menghadirkan diri ke program berkala Gojezes KB84, Gojezes Go... somewhere. Kali ini kami pergi berkelah di Janda Baik dengan nama glamernya Gojezes Go Janda Baik, (GGJB). Sebelum ini dah banyak program Gojezes Go... seperti Gojezes Go South (GGS), ...Pantai Timur (GGPT), ...Port Dickson (GGPD), ...Turkeye (GGT), ...Australia (GGA) dan banyak lagi. Walau tak dapat turut serta kita tetap merasa kebersamaan bila semua update dikongsi dalam group whatsap gojezes live. 

Kali ini Gojezes KB84 buat program berkelah di Wadi Amna, Janda Baik. Dalam pukul 7:30 pagi sahabat saya, Lot datang pick di rumah Ampang dan kami terus gerak ke Janda Baik. Perjalanan dengan kereta tidak terasa kerana asyik berborak. Tiba-tiba je dah sampai ke destinasi.  

Kita sarapan dulu dengan mihun goreng S'pore, lempeng kelapa+sambal bilis dan pulut sambal kelapa.

Sarapan dulu.

Usai sarapan kami bercanda di tepi sungai, haruslah berposing banyak-banyak buat kenangan.

Alor air yang mendamaikan.




Us.






Classmate dari form 1-5.

Class of Newton '80-82.

Dah puas bergelak ketawa kita break dengan jamuan durian. Saya hanya ambil dua ulas buat syarat. Almaklumlah makcik nak kena berwaspada dengan makanan manis demi menjaga kesihatan.🤭

Durian kampung.

Enaknya pulut & durian kampung.

Kemudian sambung lagi dengan indoor game, sambutan birthday, cabutan bertuah dan sebagainya. 

The birthday Cake.

The birthday Girls Jan-Jun.

Cabutan bertuah: Perfume Lattafa.

Door gifts: Glass mug, towel rambut, brooch & batu seremban.

Kami akhiri program berkelah ini dengan jamuan makan tengahari, menu masakan kampung. Depa bagi nasi putih, ikan tenggiri masak asam, masak lemak rebung, telur dadar, sambal belacan, ulam-ulaman dan buah potong.

Usai makan kami berkemas dan beransur pulang. Saya dan geng Gojezes Gombak menjadi peserta paling akhir bertolak balik. Sambil itu kita sempat bergambar buat kali terakhir.

Geng Gojezes Gombak yang ohsem.

Alhamdulillah, by pukul 4 petang saya dah selamat tiba di rumah Ampang. Terima kasih kepada sahabat saya Lot yang sudi mengambil dan menghantar balik rumah. Terima kasih juga kepada semua Gojezes KB84 atas persahabatan dunia akhirat ini. Semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Aidil Adha 2026: Jom Beraya

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Rabu 27hb Mei 2026. Di pagi hari raya yang hening ini saya dan hubby hanya beraya berdua sahaja. Anak-a...