Tuesday, 30 June 2026

Aidil Adha 2026: Mari Merendang

Aidil Adha 2026 dah sebulan berlalu, namun tetaplah kita ingin menyimpan kenangan. Raya kali ini saya dan hubby beraya berdua sahaja, semua anak-anak beraya di rumah sendiri/mertua.

Sehari sebelum raya, saya dan hubby keluar membeli ayam dan daging untuk buat rendang. Semua bahan-bahan lain dah siap beli sebelum ini lagi. Seperti biasa kami keluar awal pagi untuk beratur di gerai daging segar di Keramat. Orang agak ramai tapi tetaplah kita beratur dengan penuh kesabaran. Saya cuma beli 2 ekor ayam dan 2kg daging. Balik rumah terus bersilat di dapur.

Ayam dah siap basuh.

Daging sedia untuk di potong.

Saya merendang 2 ekor ayam dan 2kg daging untuk makan pada hari kejadian, juadah dipagi raya dan sedia untuk anak menantu pulang beraya pada hari raya ke-2 & ke-3. Kita buat sekali harung sebab rendang biasanya lebih sedap jika di ‘perangat’ dan disimpan lama. 

Rendang ayam dan daging in the making.

Saya tak pasti pasti apa hikmah kejadian, tapi setiap kali menyediakan juadah raya akan ada insiden gas habis untuk memasak. Berdasarkan pengalaman lepas saya telah bersiap sedia dengan tong gas spare agar tiada lagi drama yang tak ingin diingati. Saya juga rebus nasi impit segera sebagai ‘partner’ dengan rendang nanti.



Jom sambung masak.


Nasi impit segera is done.

Pada petang sebelum hari raya, anak no-3 bawak balik lemang untuk berbuka puasa Hari Arafah. So kita buat jamuan pre-raya anak-beranak sebab pada hari raya esoknya anakanda akan beraya di rumah mertua.

Juadah berbuka puasa Hari Arafah.

Alhamdulillah done ‘bersilat’ di dapur sebelum raya. Lepas ni kita sambung cerita raya pulak. Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Aidil Adha 2026: Mari Merendang

Aidil Adha 2026 dah sebulan berlalu, namun tetaplah kita ingin menyimpan kenangan. Raya kali ini saya dan hubby beraya berdua sahaja, semua ...