Thursday, 6 November 2014

Tangki Air Bocor pulak....

Diam tak diam dah lebih tiga tahun saya pindah ke rumah ni. Dalam masa tiga tahun tu dah masuk empat kali saya panggil plumber untuk repair masalah tangki air. Biasanya kalau setakat rosak sikit-sikit saya DIY je. Ni sebab nak kena panjat bumbung yang tinggi tu rasa gayat pulak. Lagipun huduh pulak rasanya dah tua-tua ni nak memanjat ceiling. Jatuh kang menyesal.

First time masuk rumah ni tahan 2 bulan je. Lepas tu tetiba air tak naik ke tangki. Puas saya dok mencari puncanya. Last-last terpaksa panggil plumber. Katanya sebab masalah pelampung stuck. Plumber tu cakap pelampung air tu dah lama sangat so kena tukar yang baru. Kos RM180. Seingat saya 10 tahun kat Selayang tak pernah pulak ada masalah pelampung stuck macam tu. Cuma sekali je bila air tak naik ke tangki saya panggil plumber untuk buat bypass. Air terus masuk ke tangki tanpa lalu bawah tanah.

Tak lama lepas tukar pelampung tu  asyik bocor pulak. Air asyik menitik dari ceiling bilik air. Panggil plumber lain pulak. Plumber tu kata overflow. Cemana tah plumber sebelum tu pasang pelampung. Sekejap je dah rosak. So kena la ganti yang baru lagi. Siap buat bypass bagai sebab anak-anak asyik komplen air shower bilik depa slow sangat. Kena pulak RM 480.

Tak sampai 6 bulan bocor lagi. Panggil plumber lagi. Masih masalah sama. Plumber kata over flow sebab masalah pelampung. So kena ganti lagi. Kena pulak RM250. Saya pun pelik. Apahal asyik masalah pelampung. Tak kan la baru ganti dah rosak. Biasanya pelampung kan tahan lama.  Apa hal para plumbers ni??? Mentang-mentang la kita tak nampak apa dia buat kat atas bumbung tu. Adoyai.! Ada sindiket penipuankah selama ini???

Kali ni bocor lagi. Dah kali ke 4 dah ni. Kena panggil plumber lagi. Adusss..Saya dah cuak nak cari plumber. Sebelum ni saya main call je nombor yang depa letak kat tiang-tiang lampu. Ada juga yang masukkan business card dalam letter box. Tapi kali ni saya ambik nombor kat kedai hardware. Minta tokeh kedai hardware tu rekomen plumber yang boleh dipercayai.

"Overflow kak.. Pelampung rosak." Dah boleh agak dah skrip dia. Depa semua ni macam dah berpakat pulak.

"Umi percaya ke kat plumber ni..." Nina berbisik. Sian, dia pulak naik risau.

"Tawakal je lah. Benda kita tak nampak. Nak buat sendiri pun tak dok kedeghat." Alhamdulillah plumber yang ni siap ambik gambar. Lepas tu cerita apa yang rosak. Rekomen apa yang patut buat. Pastu baru setuju harga.  


Kalau tengokkan pelampung kat atas tu macam tak pernah berganti. Dia pun pelik bila saya kata dah ganti 3 kali. Hmm...entah lah. So depa ganti yang baru, katanya made in Itali. Entah ye entah tidak! Tapi saya memilih untuk bersangka baik. Harap-harap plumber yang ni tidak mengamalkan unsur-unsur negatif dalam kerja-kerja mereka. Rupa-rupanya bukan setakat pelampung je yang rosak banyak pulak kerosakan lain kat atas bumbung tuh.

Batang paip berkarat

Antaranya, batang paip yang dah penuh karat sampai terkeluar kat join dia sebab tu air shower sangat perlahan. Sebelum ni dah buat bypass terus ke shower bilik anak bujangku. Bujang-bujang tu tak puas mandi sebab air dari shower slow sangat. Tapi plumber sebelum ni main bakar je kat join tu. Patutnya ada cara lain yang betul. Dah mula bocor pulak tu. Sangat bahaya sebab dekat dengan wayar elektrik. So kena ganti yang baru juga.

Bypass dah bocor berdekatan dengan wayar elektrik.

Paip besi berkarat. Ganti dengan PVC.

So sebelum buat kerja depa tutup main pipe. Lepas tu buang semua air yang ada dalam tangki. Maknanya kena simpan air dalam tong dulu. Buat bekalan. Takut-takut nak terbuang air besar ke apa ke masa depa dok proses paip-paip yang berkarat tu. Sebab nak tunggu depa siap kerja tu bajet dalam sejam dua juga.

Total kos RM550. Alhamdulillah rasa berbaloi sebab banyak benda yang depa buat berbanding plumbers sebelum ni. Tapi nak cari yang boleh diharap agak sukar sebenarnya. Sabar dengan ujian. Usaha, doa dan tawakkal.

P.S  Yang lebih penting, poket jangan sampai bocor.

24 comments:

Its_me said...

Nak mintak number phone plumber tu boleh ke? tq :)

Masniah Said said...

cuba 014-6340038

Anonymous said...

Salam..ni area mana ye

Unknown said...

0197816137 whatsapp saye. Ape yg boleh sye tolong..

Unknown said...

Ismail kawasan kuantan 0109193680

shita said...

area mana ni?

Unknown said...

mahalnya bypass, almost double saya buat..nasihat saya as a contractor, saya pon bermula sebagai plumber, push dari diorng nk gamabr sebelum n selepas if tempat yg kita xleh nak tengok.. if nak mintak pandangan or nasihat or average harga saya sedia membantu, nak repair pon saya boleh bantu...0162651626..area KL/Selangor..nak renovate or piping consultation, just call or whatsapp..

Masniah Said said...

Area ampang.
Alhamdulillah hingga saat ini tiada lagi timbul masaalah.

Masniah Said said...

Terimakasih En Meil Kamil. Saya simpan nombor anda untuk masa akan datang....:)

Unknown said...

Boleh call atau wathsapp no ni khidmatnya terbaik..01132194061(din)..service terbaik dgn harga berpatutan..tq

isitmeulookingfor said...

berapa kos tukar tangki air? plumber yg datang tengok semalam bgtau kosnya hampir RM5000... betul ke? kalau betul x tau mana nak cari dalam sekelip mata...

mohd said...

dah pasang tangki ke? boleh whatsapp 0133135693

Unknown said...

Betul harganya tu kalau dia pakai tangki besaq utk utk isi air kolam swimming pool, kalau umah dalam 1500 ja kalau kena buka Bumbung, kalau luar, dlm 1k ja

Anonymous said...

Problem wiring rumah & sbgai nya,,0169644120,,(red) muar area

Anonymous said...

mahal nya meil, tangki baru bape je .. saya buat dgn kontraktor lain kos dalam rm800 je pasang kat dalam umah. call la 0123344678 nama dia wan

Unknown said...

alhamdulillah..rezeki dia dapat stock murah.. tapi nak cakap "tangki baru berapa ja tu" , mcm xkena ja.. tangki Brand KOSSAN N200 harga dalam RM350..kalau brand lain boleh la dpt lagi berganda murah, macam BUMI, LSL, LSL..apa pon tezeki contractor tu.. dia dapat supplier murah
boleh cuba tengok page saya
@budget repair maintenance and renovation..
kat situ ada step by step n details brand yang saya guna utk tukar tangki..

Unknown said...

Tumpang tanya...berapa ye cas utk cuci tangki air? Tangki tu ats siling

Unknown said...

dalam 100 - 150

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM...sy ada buat sevice untuk frb tank dan press steal tank

perkhikmatan..
membekal
memcuci
memngecat
membaiki
selanggara. 0129427546 (izuan )

Unknown said...

Saya pun buat plumber jugak. Tapi x pernah pulak saya cas 180 utk tukar pelampung. Biasanya cuma rm50-rm70 je saya ambik. Kalau sape2 duduk area sg bakap boleh je cari saya. Tgk kat fb kf cleaning services.

- NsLearn2Swim - said...

Batang kali boleh?....

Anonymous said...

Plumber area Segari, Sitiawan,Manjung,Ayer Tawar...018-5776575

Bekon said...

Klu kt utara saya boleh buat.. Saya ambil umah 70 ja klu tukar valve atau pelampung.. Barang tuan rumah beli.. Valve kalau tank poli suka overflow sebab tank lembut kena tambah plate besi...

Anonymous said...

Utara kat mana ya bekon...

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...