Thursday, 15 December 2016

Getah cermin tercabut

Selesai cerita Unser Terkunci hari tu, timbul pulak masalah lain. Masa depa dok tolong buka pintu hari tu habis depa cabut getah cermin sebelum depa jolok godeh-godeh cari punat yang tak jumpa-jumpa tu. Bila nak letak balik getah tu dah tak berapa nak lekat sebab gam pelekat tu dah kureng. Penyangkut asal tu pulak dah tanggal-tanggal. Makanya setiap kali nak buka cermin, getah cermin unser tu asyik tertanggal je. Cuba letak gam baru pun dah tak jalan. Bila nak naikkan cermin kereta, getah dia pun ikut naik sekali. Masalah pulak tiap kali nak turun naik cermin tingkap untuk touch card masuk taman rumah ni atau TnG kat tol. Hinggalah pada suatu hari ianya tetiba tertanggal, tercabut dan jatuh sendiri  di suatu hiway. Tak kan lah saya nak berenti tetiba nak pungut getah keramat tu tetengah hiway. Maka berlubanglah celah pintu tingkap unser saya tu sehingga menampakkan semua wayar berselirat kat dalam tu, kalau ada orang nak jenguk tengok la. Lagi timbul masalah apabila waktu hujan turun mencurah-curah, siap kena balut dengan plastik hitam untuk hadang air memasuki celah-celah pintu tu.

Maka pergi lah saya ke kedai eksesori kereta kot-kot boleh dapat on the spot. Hampa belaka......:(

So kebetulan ada masa free hari tu saya pun terus ke bengkel yang biasa saya pergi. Senang berurusan kat bengkel ni sebab mekanik tu baik-baik belaka. Tapi depa pun takde stok unser yang ori. So kena call center dia tanya harga dan sebagainya. Kalau kita setuju harga baru depa order. Sementara tunggu barang tiba boleh la balik rumah dulu. Dah ready baru depa call balik

Budak mekanik tu memang peramah. Dah alang-alang nampak wayar berselirat dalam pintu kereta tu depa check sekali wayar lampu yang berjuntai-juntai hari tu. Wayar tu sebenarnya untuk adjust side mirror yang putus masa cabut pintu untuk cat baru (link) hari tu. Cemana tah bengkel cat tu buat kerja. Side mirror tu jadi kaku je, tak leh adjust. Hanya sesuai untuk posisi pemanduan saya. Kalau orang lain nak drive kereta saya memang out. Malas nak ungkit sebab dah balik rumah baru nampak. Kerja mengecat nampak bagus tapi banyak benda lain jadi rosak, terutama bahagian sambungan wayar dan pemasangan skrew. Ada bahagian yang sepatutnya pakai skrew depa main letak gam mati. So menyusahkan kita dikemudian hari.  Apa-apa pun, benda dah jadi. Redha je lah. Rezeki masing-masing.

"Bahaya kak kalau side mirror kaku macam ni. Kita repair 5 minit je...." Apa-apa lah dik oi.

Nak pasang getah cermin tu sekejap je, tak sampai pun 10 minit. Lama sikit sebab depa dok adjust nak sambung balik wayar side mirror tu.


PS: Harga getah cermin tu RM290 untuk dua pintu. Tambah upah pasang dan repair wayar side mirror plus GST jadi RM325. Hmm...


Monday, 12 December 2016

Gulai ikan temenung.

Dah lama teringin nak makan gulai ikan temenung. Last makan masa ikut hubby bawa tetamu dari Indonesia. Kami pi makan kat Restauran Pegaga, Ukay Boulevard. Saja order gulai kalut, nama glamour untuk kari ikan temenung. Ada orang kata ikan temenung ni sama ngan ikan kembung. Tapi seingat saya depa macam lain sikit. Ikan kembung memang kembung-kembung. Tapi ikan temenung ni body cutting je sama macam ikan kembung tapi agak leper, tidak kembung. Saiz lebih kecik daripada ikan kembung. Mungkin sebab depa asyik temenung kot, kurang makan, sebab tu tak berapa kembung. Arwah mak mentua saya panggil ikan kembung yang leper ni ikan pelaling. 
Ikan kembung temenung?

Masa kat kampung dulu-dulu ikan temenung ni lah yang banyak orang jual selain ikan tamban dan gelama. Kami panggil ikan hidup, nama khas untuk ikan basah atau ikan segar walaupun dah tak segar mana. Biasanya kami makan ikan masin atau ikan kering je. Kampung kami jauh dari laut, jadi agak susah nak dapat makan ikan segar. Lagipun masa tu manalah ada transport. Harapkan pakcik jual ikan naik motor je. Teringat masa saya kecik, biasanya dalam kol 8.30 pagi mak-mak akan mula keluar berkumpul tepi jalan tunggu pakcik motor jual ikan. Pakcik jual ikan tu akan bunyikan hon motor pon, pon, pon dari jauh lagi.  Bila dia sampai, mak-mak akan kerumun keliling tong ikan dia untuk pilih ikan. Sebenarnya tak pilih mana pun. Dah tau dah ikan apa nak beli. Temenung, temenung, temenung. Lepas tu temenung lagi nak masak apa ngan ikan temenung tu. 

Gulai ikan temenung ialah all time favourite kami. Wajib dari air tangan nenek saya. Nenek saya seorang yang rajin. Seingat saya tidak pernah sekali nenek akan duduk saja tanpa buat apa-apa. sambil baring pun dia boleh buat kerja. Kalau hari tu dah planning nak masak kari, pepagi buta lagi nenek dah rendam cili kering, sangai segala jintan manis. jintan putih dan ketumbar. Lepas tu giling semua benda tu buat curry paste. Pantang larang nenek saya kalau guna serbuk kari. Kelapa kukur sendiri untuk buat santan. Saya lah teman setia nenek di dapur, in fact di mana sahaja.

"Kita ni kalau nak masak ni kena ada kasih sayang. Baru lah orang makan sedap...." Sungguh saya amat yakin nenek sayang saya sebab makanan nenek sentiasa sedap. 

Saya sendiri tak pernah masak menu ini sejak kawen. Entah kenapa tetiba memori gulai ikan temenung ni asyik datang tanpa diundang. So semalam, bertemankan memori nenek saya masak sendiri gulai ikan temenung. Sambil cuci ikan sambil derasnya air mata menuruni pipi. Tapi mana mungkin dapat sesedap rasa nenek kalau pantang larang pertama pun dah langgar. Tapi at least saya tumbuk bawang guna lesung batu pusaka nenek. Bancuh dengan rempah kari dan air asam jawa. 
Lesung batu..... the essential.
Bahan tumis.


Masak gulai ikan temenung ni tidak susah mana.pun.....
Bahan asas
4 ekor ikan temenung
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu besar rempah kari ikan (apa-apa brand pun boleh)
Asam jawa sebesar ibu jari (lagi masam lagi sedap)
3 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sudu teh halba campur
Sedikit daun kari
Santan 1/2 kotak kecik
2 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Tambahan: Bendi, tomato, lada merah, terung atau apa sahaja.
 Caranya,
1) Panaskan minyak dalam periuk. Kuali pun boleh. Nenek saya guna periuk tanah, lagi satu secret recipe nenek saya. Mana tah pergi periuk tu sekarang. 
2) Masukkan bahan tumis (hirisan bawang merah dan putih, halba campur dan daun kari). Kacau hingga bawang garing.
3) Lepas tu masukkan bacuhan rempah (rempah kari+bawang merah tumbuk +air asam jawa). Kacau hingga garing dan pecah minyak. 
4) Lepas tu masukkan air dan santan dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati. Tunggu hingga mendidih.
5) Apabila mendidih masukkan ikan temenung, bendi, tomato dan apa sahaja sayur.
6) Tunggu hingga mendidih lagi sekali,  hingga bendi lembut. Siap.

Nyum, nyum.


PS: Makan dengan nasi panas. Cicah peknga pun boleh.


Thursday, 8 December 2016

Jalan-jalan Bandar Hilir.

Hujung minggu baru ni tetiba rasa nak pi cuti-cuti santai. Kebetulan Dayah balik bercuti, hubby keluar kawasan, anak bujang semua ada hal memasing dan Iman pun tak balik so saya berpakat ngan anak dara dua orang tu pi jenjalan overnight somewhere. Banyak jugak la destinasi yang dibincangkan tapi macam tak sesuai dengan mood saya. Masa bujang dulu boleh tahan jugak independentnya tapi sejak kawen ni asyik bergantung ngan hubby je. Jadi cuak pulak nak gi memana tanpa suami di sisi, terutama kalau nak  kena drive jauh-jauh. Akhirnya selepas buat senarai pendek, kami putuskan untuk ke Melaka sahaja.

"Jom, Umi bawa Accord. Alang-alang nak hantar ayah pi KLIA, kita terus gi Melaka....." kemain planning.

Sebenarnya tak tetunai pun planning nak terus ke Melaka tu. Flight hubby hari Jumaat pagi. Maka kami menghantar hubby ke airport pagi Jumaat itu. Esoknya, awal pagi Sabtu nak kena hantar Amin gi program sekolah pulak. Depa ada program explorace untuk pelajar lepas SPM. Maknanya lepas hantar hubby kami patah balik rumah dulu. Tapi sempat lagi singgah Bangi Sentral dan shopping kat Bangi Getaway on the way balik. Dah lama juga planning nak jalan-jalan window shopping kat Bangi nih. Maka tertunailah jugak hajat di hati. Esoknya lepas hantar Amin baru kami gerak ke Melaka. 

Sebelum perjalanan, draw cash penuh dompet, isi minyak kereta penuh tangki, caj T&G banyak-banyak. Suka hati guna pakai harta suami. (^-^). Kami gerak kol 9:30 pagi. Saja serah diri dalam traffic jam hari Sabtu ke Melaka. Alhamdulillah kami tiba di Bandar Hilir sebelum kol 1 tengahari. Takde la jam teruk sangat. Hanya perlukan kesabaran di dada. Destinasi pertama ke Coconut Shake Klebang. Dah lama Nina mengidam (Link) coconut shake special ni.
Muka bahagia

Bagus juga idea Coconut Shake Klebang ni. Depa specialise buat coconut shake saja. Kalau nak take away memang kena beratur panjang. Depa buka gerai tepi jalan khas untuk orang nak take away sahaja. Wajib ada kesabaran yang tinggi masa beratur tu. Kalau nak minum kat warung dia pun boleh. Depa ada kawasan khas untuk pelanggan minum di situ. Siap ngan free parking. Servis dia tip-top. Cepat dan pantas. Kami lepak-lepak minum kat warung tu, sambil Nina beratur nak takeaway, [sebab nakkan cawan plastik yang ada label tu, nak glamer pos kat IG, sebab kalau minum kat situ depa hidang dalam gelas kaca, takde label 'Coconut Shake Klebang' tuh. Adoi.... layan jelah mek sorang ni] Harga sangat murah sangat berbaloi. Segelas RM2.70 sahaja. Pelanggan memang ramai sebab lunch hour hari Sabtu kot. 

Gigih.

Dah puas melayan cek mek tu kami terus pi check-in hotel. Kami buat booking malam sebelum tu. Disebabkan last minute planning maka hotel-hotel semua penuh. Alhamduillah rezeki kami ada di Seri Costa. Itu pun kena bayar penuh untuk secure booking sebab permintaan tinggi. Kami pilih hotel yang dalam kawasan bandar supaya senang nak jalan kaki je pusing-pusing kawasan Bandar Hilir tu. Sungguh parking sangat susah dan penuh sebab kereta sangat banyak. Jalan jam. Kami jalan kaki pun lebih laju daripada orang naik kereta. No exaggeration di situ. Lepas check-in dan qailulah, kami keluar pi cari asam pedas Melaka sebelum naik menara Taming Sari. 
Menara Taming Sari
Pastikan tunjuk Mycard masa beli tiket. 
Kalau tidak, depa caj harga tourist, nearly double.

Sungguh, kalau tidak kerana melayan anak dara dua beradik tu tak hingin saya bergayat-gayat naik bendalah tu. Takde apa yang menarik pun. Rasa macam naik flight take off pusing-pusing kejap lepas tu turun untuk landing. Jarak masa selama 7 minit sahaja. Rupa-rupanya saya masih dalam kategori cool, mungkin sebab biasa naik roller coaster masa bujang dulu-dulu. Tengokkan ada makcik  sebelah saya tu dua kali lima juga kes paksa rela teman anak-anak berjimba.

"Sojuk berpoluh-poluh ni ha.....gayat den" akak tu komen sambil gelak-gelak je. 

"Pandang langit je kak.....boleh hilangkan rasa gayat." confident, sukahati saya bagi petua.


Lepas tengok langit kami jalan-jalan tengok bangunan bersejarah pulak. Penat nak berjalan, kami pusing-pusing keliling bandar naik beca. Depa caj RM25 untuk satu trip ke tiga lokasi. 
Sabar je pakcik beca tu bawa beban.
1. Keretapi lama 
2. Kota A Famosa

3. Dataran pahlawan 

Menghampiri malam kami pi River Cruise pulak. Berangan nak tengok sunset sambil cruise tapi tak nampak. Cruise menyusuri sungai Melaka melalui belakang-belakang bangunan. Ambik masa 40 minit untuk pergi dan patah balik laluan yang sama. On the way pergi tu masing-masing penumpang excited ambik gambar, selfie, dan sebagainya. Lepas tu semua dah boring tak tau nak tengok apa. Selisih dengan bot-bot lain pun masing-masing dengan muka boring. Masa perjalanan 40 minit tu agak lama dan panjang bagi saya yang tak reti nak appreciate lukisan belakang-belakang bangunan tu.
River Cruise.

Menjelang malam Bandar Hilir makin meriah dengan lampu. Dah jadi macam pesta lampu pulak dengan beca berhias. Macam lumba beca pun iya juga cuma belum sampai tahap rempit beca. Sekali tengok macam rombongan hantar pengantin pun ada juga. Suasana sungguh bingit tapi meriah. 

Tak pasti pukul berapa Bandar Hilir ni tutup sebab by kol 11.00 kami jalan kaki balik hotel, jalan masih sesak. Kereta penuh tak bergerak. Alhamdulillah rezeki dapat bilik hotel tengah bandar, tak perlu nak bersesak-sesak, berasap dalam kereta. Kami dapat deluxe room dengan satu katil king size. Tidur peluk-peluk tiga beranak. Enjoy the togetherness while it lasts. Esok bangun pagi pi breakfast. Free untuk 2 orang je. Kena caj tambahan RM8 untuk Nina, harga kanak-kanak. Hmmm.... masih nampak kanak-kanak rupanya cek mek molek tu.
Seperti biasa, bubuq nasi umi 

Lepas breakfast, pi cuci mata kat Mahkota Parade. Lepas lunch kami shoot off balik KL sebab Dayah nak terus balik Kuantan petang tu juga. 

Bye Melaka..... entah bila akan ke sini lagi.


PS: Thank you Ayah for the car and the card.....(^-^)


Tenggelamnya Sebuah Memori

Dah banyak kali saya dok merenung-renung akan nasib kolam ni. Masa memula buat 4 tahun lepas bersemangat nak bela ikan bagai. Masa tu seman...