Hujung minggu baru ni tetiba rasa nak pi cuti-cuti santai. Kebetulan Dayah balik bercuti, hubby keluar kawasan, anak bujang semua ada hal memasing dan Iman pun tak balik so saya berpakat ngan anak dara dua orang tu pi jenjalan overnight somewhere. Banyak jugak la destinasi yang dibincangkan tapi macam tak sesuai dengan mood saya. Masa bujang dulu boleh tahan jugak independentnya tapi sejak kawen ni asyik bergantung ngan hubby je. Jadi cuak pulak nak gi memana tanpa suami di sisi, terutama kalau nak kena drive jauh-jauh. Akhirnya selepas buat senarai pendek, kami putuskan untuk ke Melaka sahaja.
"Jom, Umi bawa Accord. Alang-alang nak hantar ayah pi KLIA, kita terus gi Melaka....." kemain planning.
Sebenarnya tak tetunai pun planning nak terus ke Melaka tu. Flight hubby hari Jumaat pagi. Maka kami menghantar hubby ke airport pagi Jumaat itu. Esoknya, awal pagi Sabtu nak kena hantar Amin gi program sekolah pulak. Depa ada program explorace untuk pelajar lepas SPM. Maknanya lepas hantar hubby kami patah balik rumah dulu. Tapi sempat lagi singgah Bangi Sentral dan shopping kat Bangi Getaway on the way balik. Dah lama juga planning nak jalan-jalan window shopping kat Bangi nih. Maka tertunailah jugak hajat di hati. Esoknya lepas hantar Amin baru kami gerak ke Melaka.
Sebelum perjalanan, draw cash penuh dompet, isi minyak kereta penuh tangki, caj T&G banyak-banyak. Suka hati guna pakai harta suami. (^-^). Kami gerak kol 9:30 pagi. Saja serah diri dalam traffic jam hari Sabtu ke Melaka. Alhamdulillah kami tiba di Bandar Hilir sebelum kol 1 tengahari. Takde la jam teruk sangat. Hanya perlukan kesabaran di dada. Destinasi pertama ke Coconut Shake Klebang. Dah lama Nina mengidam (Link) coconut shake special ni.
Muka bahagia
Bagus juga idea Coconut Shake Klebang ni. Depa specialise buat coconut shake saja. Kalau nak take away memang kena beratur panjang. Depa buka gerai tepi jalan khas untuk orang nak take away sahaja. Wajib ada kesabaran yang tinggi masa beratur tu. Kalau nak minum kat warung dia pun boleh. Depa ada kawasan khas untuk pelanggan minum di situ. Siap ngan free parking. Servis dia tip-top. Cepat dan pantas. Kami lepak-lepak minum kat warung tu, sambil Nina beratur nak takeaway, [sebab nakkan cawan plastik yang ada label tu, nak glamer pos kat IG, sebab kalau minum kat situ depa hidang dalam gelas kaca, takde label 'Coconut Shake Klebang' tuh. Adoi.... layan jelah mek sorang ni] Harga sangat murah sangat berbaloi. Segelas RM2.70 sahaja. Pelanggan memang ramai sebab lunch hour hari Sabtu kot.
Dah puas melayan cek mek tu kami terus pi check-in hotel. Kami buat booking malam sebelum tu. Disebabkan last minute planning maka hotel-hotel semua penuh. Alhamduillah rezeki kami ada di Seri Costa. Itu pun kena bayar penuh untuk secure booking sebab permintaan tinggi. Kami pilih hotel yang dalam kawasan bandar supaya senang nak jalan kaki je pusing-pusing kawasan Bandar Hilir tu. Sungguh parking sangat susah dan penuh sebab kereta sangat banyak. Jalan jam. Kami jalan kaki pun lebih laju daripada orang naik kereta. No exaggeration di situ. Lepas check-in dan qailulah, kami keluar pi cari asam pedas Melaka sebelum naik menara Taming Sari.
Menara Taming Sari
Pastikan tunjuk Mycard masa beli tiket.
Kalau tidak, depa caj harga tourist, nearly double.
"Sojuk berpoluh-poluh ni ha.....gayat den" akak tu komen sambil gelak-gelak je.
"Pandang langit je kak.....boleh hilangkan rasa gayat." confident, sukahati saya bagi petua.
Lepas tengok langit kami jalan-jalan tengok bangunan bersejarah pulak. Penat nak berjalan, kami pusing-pusing keliling bandar naik beca. Depa caj RM25 untuk satu trip ke tiga lokasi.
Sabar je pakcik beca tu bawa beban.
1. Keretapi lama
2. Kota A Famosa
3. Dataran pahlawan
Menghampiri malam kami pi River Cruise pulak. Berangan nak tengok sunset sambil cruise tapi tak nampak. Cruise menyusuri sungai Melaka melalui belakang-belakang bangunan. Ambik masa 40 minit untuk pergi dan patah balik laluan yang sama. On the way pergi tu masing-masing penumpang excited ambik gambar, selfie, dan sebagainya. Lepas tu semua dah boring tak tau nak tengok apa. Selisih dengan bot-bot lain pun masing-masing dengan muka boring. Masa perjalanan 40 minit tu agak lama dan panjang bagi saya yang tak reti nak appreciate lukisan belakang-belakang bangunan tu.
River Cruise.
Menjelang malam Bandar Hilir makin meriah dengan lampu. Dah jadi macam pesta lampu pulak dengan beca berhias. Macam lumba beca pun iya juga cuma belum sampai tahap rempit beca. Sekali tengok macam rombongan hantar pengantin pun ada juga. Suasana sungguh bingit tapi meriah.
Tak pasti pukul berapa Bandar Hilir ni tutup sebab by kol 11.00 kami jalan kaki balik hotel, jalan masih sesak. Kereta penuh tak bergerak. Alhamdulillah rezeki dapat bilik hotel tengah bandar, tak perlu nak bersesak-sesak, berasap dalam kereta. Kami dapat deluxe room dengan satu katil king size. Tidur peluk-peluk tiga beranak. Enjoy the togetherness while it lasts. Esok bangun pagi pi breakfast. Free untuk 2 orang je. Kena caj tambahan RM8 untuk Nina, harga kanak-kanak. Hmmm.... masih nampak kanak-kanak rupanya cek mek molek tu.
Seperti biasa, bubuq nasi umi
Lepas breakfast, pi cuci mata kat Mahkota Parade. Lepas lunch kami shoot off balik KL sebab Dayah nak terus balik Kuantan petang tu juga.
Bye Melaka..... entah bila akan ke sini lagi.
PS: Thank you Ayah for the car and the card.....(^-^)
No comments:
Post a Comment