Kata orang, bila dah hujung umur begini elok duduk rumah kecik je, lebih bagus kalau rumah kondo atau aparment. Senang nak urus, katanya. Tapi makcik tak gemar duduk rumah highrise, lagi-lagi kalau nak kena naik lif. Buatnya lif rosak, jenuh pulak makcik nak kena panjat tangga.
Cuma sekarang ini jenuh nak menyapu dan mop lantai tingkat atas dan bawah, cuci 3 bilik air, sapu dan mop hall & tangga, kemas tiga bilik atas & satu bilik bawah, ruang tamu, dapur, porch depan & belakang, bla, bla, bla… Tudia… nak buat list pun dah panjang. Biasanya saya akan susun kerja mana yang harus didahulukan. Kalau tidak memang jenuh nak setel semua benda dengan kurdrat yang seciput ini. Itu belum tambah dengan kerja di halaman rindu lagi. Tapi bak kata orang, semua itu adalah pilihan. Dan saya suka dengan pilihan ini. Rumah yang luas hasil titik peluh hubby untuk keselesaan anak-isteri akan saya jaga semampu boleh hingga kehujung usia.
“Ummi tak nak panggil orang cuci ke?” Anak-anak selalu komen bila nampak Ummi depa macam keletihan. Setakat ini saya masih mampu setelkan mana yang patut. Kalau dulu selalu bersepah dek anak-anak. Sekarang sepah itu telah tiada. Saya cuma perlu buang habuk dan lap perabut, sapu sawang dan mop lantai selain house chores biasa yang muncul setiap hari. Kali ini kita fokus bahagian siling rumah. Kita lap kipas dan sapu sawang dahulu.
![]() |
| Kita lap kipas pakai galah panjang sahaja. Makcik gayat, tak mampu nak panjat tangga. |
![]() |
| Sapu sawang. |
Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah untuk buat kerja-kerja rumah mengikut ruang waktu sendiri. Aktiviti mengemas ini dah jadi macam me-time dan terapi diri. So kita buat apa yang termampu dalam ruang waktu yang diizinkan... within our own sweet time. Begitulah. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Aamiin.🌹
Sekian.😊



No comments:
Post a Comment