Monday, 27 April 2026

Upah Pangkas Pokok Putat

Selepas di pangkas awal tahun baru-baru ini pokok putat saya membesar dan merimbun dengan galak. Saya cuma pangkas dahan yang melempai ke bawah dan menyemakkan mata sahaja. Oleh kerana risau takut dahan tingginya mencapai (mengganggu) wayar elektrik di belakang rumah, saya beli gergaji panjang via Shopee. Malangnya mata gergaji tu tak berapa berkesan, tidak sharp enough untuk potong dahan yang tinggi. Lagipun badan gergaji macam lembut. Takut tercabut kalau digergaji dengan kuat. Akhirnya saya upah orang potong pokok dan bayar RM100.

"Kaka bayar berapa berapa saja. Ikhlas..." katanya. Mudah-mudahan lebih dari berbaloi untuk kerjanya sebab jelas terpancar kegembiraan diwajahnya bila melihat dua keping note RM50 yang saya hulurkan.

Selepas 3 minggu dipotong, nampak tunas-tunas baru mula keluar.

Saya biarkan pokok bunga telang menjalar ke atas dahan pokok.

Boleh baca cerita sebelum ini di sini.

Alhamdulillah semenjak dua menjak ini hubby mula menyokong penuh hobi saya. Bermula dari menemani isteri terchenta membeli pokok di nursery Bangi hingga menolong mengangkat dan mengalihkan pasu besar di laman. Mudah-mudahan diberi kesihatan yang baik untuk menguruskan halaman rindu ini lagi. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Cerita Hari Isnin.

Sejak minggu lepas hubby dah buat planning untuk aktiviti hari Isnin ini. So pagi-pagi lagi saya dah keluar ke laman untuk menyapu dan siram...