Tuesday 23 November 2010

Malam puisi Riong

Baru2 ni saya berkesempatan menghadiri Malam Puisi Riong di Istana Budaya KL. Seingat saya tak pernah pulak saya minat puisi-puisi ni. Tapi sebab hubby ajak teman, saya ikut je la. Ramai la pemuisi (ada ke word ni?) terkenal tempatan berpuisi. Rupa-rupanya puisi ni boleh disampaikan dalam berbagai bentuk. Cara sajak, cara syair, cara pantun, cara seloka, guna band, guitar, style jazz dan macam ceramah pun ada. Hai sedih pulak, dah tua-tua begini pun saya masih buta puisi.
Sepatutnya semua pemuisi malam tu saya kenal, tapi disebabkan saya ni belum mengikuti perkembangan, saya hanya kenal beberapa jemputan sahaja. Antaranya Ust Mohd Zawawi Yusoh (sebab saya biasa dengar ceramah beliau), Anna Rafali dan Suhaimi Meor Hasan. Malam tu baru saya kenal bakat muda Taheera Rosheena menyampaikan puisi Rindu Ibu dan Khazanah karya Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said. Turut menyampaikan puisi ialah Datuk Dr Anwar Ridhwan, Dr Siti Zainon Ismail, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Kumpulan Tilu dan lain-lain saya dah tak ingat dah.


Antara persembahan yang menarik minat saya.

Lepas ni nak kena semai minat pada budaya ni. Kalau saya sendiri kurang minat dengan seni yang indah ni, macam mana nak harapkan generasi muda meneruskan seni budaya Melayu ni. Bak kata pengacaranya, personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya. "Puisi sesuatu yang indah kerana ia memberi banyak penafsiran dalam setiap bait yang digarap pengarangnya, malah melaluinya juga khalayak secara tidak langsung didedahkan dengan akar umbi bahasa, sastera dan budaya."
Wallahu'alam.

No comments:

Belimbing madu di halaman rindu

Walau banyak pokok yang dah nazak dan arwah selepas dua bulan ditinggalkan, masih ada yang sudi mekar subur mengeluarkan hasil untuk tuannya...