Tarikh 16 Mei sangat sinonim dengan para guru. Namun acapkali juga
kedengaran suara sumbang mempertikaikan sambutan hari guru. Kenapa ada Hari
Guru? Hari Akauntan, hari Engineer, hari Arkitek tak ada pun...Ada juga yang
kata cikgu2 syok sendiri sebab sibuk dengan persiapan hari guru. Hmm….. saya
pun terfikir juga kenapa eh ada hari guru!
Saya pun tak pernah ingat bila masa orang mula sibuk tentang sambutan hari
guru ni. Seingat saya tak pernah pulak saya sibuk2 cari hadiah bagai untuk bagi
kat cikgu saya masa kecik2 dulu. Yang pasti saya selalu berusaha memenuhi apa
yang cikgu2 saya harapkan tak kira masa. Kalau depa bagi kerja rumah saya akan
pastikan saya lah orang pertama yang submit kerja rumah. Kalau cikgu bagi ujian
saya akan berusaha mendapat markah yang baik. Kalau cikgu minta tolong saya
suka menjadi orang suruhan itu. Pendek kata saya suka melihat cikgu saya
mengukir senyum setiap masa. Saya tak perlukan tarikh keramat untuk menyukakan
guru saya...Eh! Bunyi macam budak nerd je...haha.
Sehingga sekarang pun saya tidak pernah mengharapkan apa2 pada hari guru.
Apa yang penting adalah anak2 murid saya mendengar kata dan sentiasa berusaha menjadi
manusia yang berguna pada agama dan mencapai apa yang mereka citakan.
Saya teringat suatu masa mengikut Hubby pi selia budak praktikal kat suatu
audit firm. Tumpang hotel free.. Suatu pagi tu saya turun makan breakfast
ngan anak2 aje kat hotel tu. Hubby dah siap awal lagi sebab ada appointment.
Ramai pulak pengunjungnya. Terpaksa la saya duduk dengan sorang Puan ni. Saya ni
jenis pemalu (ewah!). Mujur juga Puan tu agak peramah. Sembang sikit2. Dia
tanya kerja apa. Saya jawab la saya cikgu. Ngajar Math dan Prinsip Akaun.
"Dah berapa ramai anak didik cikgu yang dah jadi akauntan?"
Haha....ambik sebiji. Saya pandang je dia. Dia ni nak perli ke apa. Tapi saya
jawab jugak la . "Belum ada lagi. Cuma ada la beberapa yang masih study
kat IPT. Insyaa Allah tak lama lagi grad.."
Sebenarnya itu lah harapannya. Kalau kita mengajar Akaun, orang akan expect
anak2 didik kita tu nanti jadi akauntan. Saya sendiri pun inginkan mereka
menjadi akauntan muslim yang berjaya. Dalam kelas saya selalu selitkan
pengharapan saya supaya mereka meneruskan kerjaya dalam bidang perakaunan.
"Cikgu tidak boleh gagal! Cikgu tidak boleh malas dan cikgu tidak
boleh main-main! Sebab dalam tangan cikgu lah masa depan mereka ini...." Huh.
Saya memang suka berkongsi ilmu a.k.a mengajar. Kalau cikgu hanya mengajar
memang la senang. Yang payahnya ialah mendidik. Bab nak mendidik ni yang
payah.. Perlu banyak sabar nak deal dengan murid2 terutama yang lemah. Nak kena
bagi kasih sayang, bagi semangat. Lagi parah kalau yang lemah ni ada yang perangai
kurang ajar. Memang kena persiapkan minda dan rohani yang kental. Alhamdulillah
setakat ini anak2 didik saya terhindar dari gejala kurang ajar ni. Agaknya depa
semua mendapat kasih sayang yang cukup dari guru2 al-Amin. Lagipun rata2 mereka
datang dari keluarga yang baik2, keluarga yang educated, keluarga yang berada
serta menitik beratkan hal2 agama. Setakat nakal sikit2 tu insyaa Allah masih
boleh ditangani....
Tugas memanusiakan seorang manusia adalah tugas yang menuntut segala macam
kekuatan, kecekalan, kesungguhan dan keikhlasan. Dan alhamdulllah sehingga
sekarang, saya masih mampu melaksanakan segala amanah yang diletakkan dibahu
mengikut piawaian saya….
Suka saya nak kongsi sebuah sajak nukilan seorang guru dan
juga sahabat kepada Cikgu Ili Raihana, Jay Shaari...
Anak didikku…
Aku pernah menjadi kalian,
Merenung masa depan dari
jendela keresahan,
Keliru…arah manakah harus
dituju,
Gelisah…bimbang tersilap
langkah,
Tapi saat aku melihat guru,
Senyumku kembali menguntum.
Kini…
Aku datang untuk mengukir
sejarah serta mencari kenangan,
Menjadi guru, berbeza
suasana dan cabaran,
Menjadi saksi,papan hitam
yang kini bertukar putih,
Buku sifir diganti mesin
kira serba canggih,
Dinding kelas yang tidak
lagi dihias lukisan tangan,
Namun kerusi dan mejanya
masih dipenuhi contengan dan tulisan.
DUHAI ANAK-ANAK DIDIKKU
Terima kasih atas tekunmu
menimba ilmu,
Terima kasih atas sabarmu
menerima nasihatku,
Terima kasih atas gigihmu
menyiapkan tugasan,
Terima kasih atas redhamu
menerima hukuman,
Terima kasih atas yakinmu
pada apa yang kami sampaikan,
Terima kasih atas rajinmu
membantu,
Terima kasih atas semangatmu
yang tinggi saban waktu,
Terima kasih untuk ucapan
salam dan selamat pagimu,
Terima kasih untuk setiap
senyuman yang menguntum di bibirmu,
Terima kasih untuk
semuanya..
Terima kasih…kerana
menjadikan kami guru-gurumu.
ANAK-ANAK DIDIKKU…
Maafkan cikgu andai sakitmu
tidak sempat dijengah,
Maafkan cikgu andai letihmu
jarang sekali dimengerti,
Maafkan cikgu andai ilmu
yang diberi kurang difahami,
Maafkan cikgu andai ada
amarah yang terluah,
Maafkan cikgu andai lena
pagimu seringkali diganggu,
Maafkan cikgu andai ada
teguran yang menusuk kalbu.
Percayalah…
Diri ini tidak sekalipun
membenci,
Tetapi semuanya kerana cikgu
terlalu menyayangi,
Anak-anak didikku…
Roda masa akan tiba pada
putaran,
Di saat cikgu dan kalian
harus saling meninggalkan,
Namun doa cikgu,tidak akan
pernah ada akhiran.
Jadilah apapun saat dewasamu
anak-anak didikku,
Semoga kalian sentiasa kuat,
Merentang terik mentari
musim panas,
Juga dingin salju musim
sejuk,
Terima kasih sekali lagi
anak-anak didikku,
Kerana kalian,
Panggilan keramat guru,
ABADI di diriku…
Terimakasih kepada semua
anak didik saya yang sudi menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”. Sungguh, saya
sangat terharu. Sungguh, panggilan keramat ‘cikgu’ tak kan abadi tanpa kalian…
Kepada semua yang pernah mendidik saya, jutaan terimakasih di atas jasa kalian. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian mendidik saya selama ini.....SELAMAT HARI GURU.
No comments:
Post a Comment