Friday, 7 June 2013

Cekodok....( Improved version....)

Sepatutnya sepanjang hari ni ada kursus guru tapi dibatalkan disaat akhir. Saya baru siap-siap nak keluar rumah pagi tadi. Dah siap pesan ngan Iman n Dayah. Hangpa masak lah apa yang patut makan ngan adik2. Umi nak pi kursus. Tetiba dapat wassup kata penceramah call tak dapat datang. Kursus dibatalkan. Terdetik jugak la perasaan halus saya.."boleh pulak buat camtu..." Huh! Kesian kat penganjur. Tapi elok la cikgu2 datang juga sebab sarapan dah disediakan

Look on the bright side. Bersangka baik dalam semua hal. Okay okay. Semua orang ada hak untuk di 'husnudzon'kan. Sebenarnya ada juga hikmahnya dipihak saya.....

Dah alang- alang saya ada kat rumah saya carilah apa benda yang nak di masak. Jumpa la 2 biji pisang cavendish yang dah lebam. Nak buang sayang. Nak makan gitu je dah tak lalu pulak. Apa lagi mencekodok je la...

2 biji pisang cavendish (ewah....pisang lain pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu segar
4 sudu besar tepung gandum

Pisang dilenyek kemudian masukan gula. Kacau hingga rata. Lepas tu masukkan soda bikabonat di susuli dengan susu segar. Kacau lagi. Bila dah sebati masukkan tepung. Kacau. Kemudia jemput-jemputkan dan goreng dalam minyak yang panas. Kacau selalu supaya bentuknya jadi bulat cantik. Angkat bila dah agak keperangan.

Dapat la dalam 15 biji....
* (Hari tu saya sukat pakai cawan sebab pisang banyak. Pisang apa tah. Yang selalu jual bergantungan kat kedai runcit tu. Hari ni sukat pakai sudu je. Tapi texture hari ni lebih bagus dari yang dulu. Kurang serap minyak. Tapi mungkin juga sebab lain jenis pisang.)

Amin siap bagi-bagikan sorang patut makan berapa biji. Sapa bangun awal dapat makan banyak. Haha...banyak mana la sangat. Ada pun 15 biji aje. Cumel-cumel pulak tu....

Nina: Eh...umi kata nak gi kursus.
Umi: Cancel. Tu ada cekodok
Nina: Umi buat ke beli?
Umi: Nina rasa?
Nina: Umi buat..
Umi: Kenapa?
Nina: Sebab sedap......

Hmm nak masak apa pulak tengahari ni..............

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....