Sunday 30 June 2013

Pokok kunyit berbunga?

Pagi tadi sempat melawat taman herba saya setelah beberapa lama tak layan depa..Tengah sedap-sedap cabut rumput kat pokok-pokok tu ternampak lah satu fenomena yang tak pernah saya lihat sebelum ni. Cantik dan menakjubkan. Sibuk la bertanya hubby tentang hal tu..

"Pokok kunyit ada bunga ke?"
"Ada ke....?" 
Haha.....Pakat tak tahu rupanya.

Pokok kunyit berbunga? Peghak sungguh. Tak pernah pulak hayat hidup saya tengok bunga kunyit nih. Biasanya saya guna daun dia je. Daun kunyit ni bahan wajib dalam rendang dan masak lemak cili api. Hiris nipis-nipis lepas tu campak je dalam masakan tu bila dah dekat-dekat nak siap masak. Tu pun beli kat pasar. Bila rasa-rasa nak guna kunyit hidup saya beli juga. Biasanya saya guna kunyit serbuk je. Nice and easy. Tak payah nak tumbuk-tumbuk sampai kuning tangan. 

Cantik rupanya bunga kunyit ni.....Kejap lagi nak petik.

Saya tanam kunyit ni dalam plant pot je. Guna pot yang jenis panjang tu. Senang nak korek/gali isi kunyitnya nanti. Tak payah korek dalam-dalam. Kalau tanam terus dalam tanah nak kena mencangkul pulak.
Menurut Mr Google, bunga kunyit ni sedap buat ulam cicah sambal belacan atau budu. Banyak khasiatnya terutama untuk melancarkan perjalanan darah. Nak kena cuba nih.....Hmmm

No comments:

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...