Tuesday 25 June 2013

Cuti lagi...... Rindu nak berkebun.


Hari ni sekolah cuti lagi sebab Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih diparas tidak selamat. Tengok kat luar pagi tadi keadaan jerebu nampak macam makin kurang. Bukit yang menghijau kat rumah saya tu dah mula kelihatan. Tapi mungkin sebagai langkah keselamatan pihak berwajib masih mengarahkan agar sekolah ditutup. Harap-harap esok dah boleh pi sekolah. Banyak nak kena cover. Takut tak sempat habis silibus. Sian budak-budak nak pereksa nanti.

Masa ni la baru sempat tengok pokok-pokok bunga saya yang dah lama terbiar. Asyik terbiar je..apa pulak excuse kali nih! Tengok dari dalam rumah je. Kesian. Ada yang dah separuh nyawa. Mujur la bujang saya tu rajin siram. Setakat siram je lah. Rumput-rumput tu dibiarkan subur. Nak potong kena tunggu habis jerebu.
Bunga raya. Jenis apa tah...main tanam je.

Asal kuntumnya macam warna kuning. Tapi bila kembang jadi macam pink pulak.

Kembang macam payung. Macam tak kena pulak...Dia tahan dalam 2 hari je. Lepas tu kuncup balik sebelum layu di tangkainya.

Cuti semalam semangat mendobi. Lepas tu cuak. Boleh ke jemur kain dalam jerebu? Kata orang elok jemur dalam rumah je supaya pakaian tak berbau hangit. Tapi saya tak suka pulak tengok kain berserabut dalam rumah. Akhirnya saya biar je kain tu kat situ. Kejap lagi boleh kot jemur. Nampak cuaca pun agak okay. Matahari pun nampak makin jelas. Cuaca pun dah mula panas. Mudah-mudahan berkat doa dan solat hajat orang ramai memohon hujan malam tadi dimakbulkan Allah. Harap-harap petang ni awan dapat berkumpul untuk menurunkan hujan... Amin ya Allah.

Duduk berkurung dalam rumah ni memang rasa rimas. Dah la kena tutup pintu dan tingkap. Nasib baik boleh juga tengok-tengok kat luar melalui cermin pintu dan tingkap. Panas, boleh pasang kipas. Bagi yang berada boleh pasang aircond. Rumah teres memang boleh buat macam tu. Kalau rumah kampung biasa? Dalam keadaan macam ni saya selalu terfikir macamana la mereka yang kurang kemampuan nak berkurung dalam rumah. Orang tua mungkin boleh bersabar. Budak-budak? Yang dah biasa beraktiviti di luar rumah? Hmm...


No comments:

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...