Saturday, 22 June 2013

Pulut kacau merah

Saya dah lama tak jumpa pulut kacau warna merah. Biasanya orang buat pulut kacau warna coklat pekat tu. Ada yang macam nak hitam. Pulut kacau ni, orang lain panggil pulut wajik. Depa guna gula perang. Saya hanya suka pulut kacau yang nenek saya buat. Sebab tu dah lama tak jumpa.......huhu.

Nenek hanya akan buat pulut kacau ni masa musim raya puasa. Semua bahan dan peralatan menyediakan pulut kacau ni nenek buat awal-awal. Nenek is a very good planner walaupun tak pernah sekolah.

Petang-petang sebelum maghrib nenek akan basuh beras pulut dan rendam. Lepas subuh esoknya nenek akan kukus pulut tu sampai masak. Lepas tu tuang dalam talam besar dan biarkan ianya sejuk sampai petang. Petang tu lepas asar nenek akan masak air gula sampai agak pekat. Nenek guna gula pasir, daun pandan dan sedikit pewarna merah. Lepas tu nenek akan tuangkan pulut yang dah sejuk tadi tu beserta santan kelapa. Lepas tu dia kacau sampai likat dan berkilat. Kemudian dia akan tuangkan pulut yang dah masak tu ke dalam talam besar, ratakan anggaran 1 inci dan tekan-tekan biar padat. Dia akan tutup bawah tudung saji. Selagi tak ada pengumuman raya tak ada sapa boleh usik pulut tu.

Pagi sebelum solat raya dia akan potong dan edar-edarkan pada jiran tetangga. Saya la tukang agih-agihkan pulut tu pada jiran-jiran. Macam berbalas-balas hantaran pulak. At the end of the day semua rumah akan dapat merasa bermacam-macam juadah raya. Kalau kat rumah saya, wajib ada agar2 merah, air sirap merah and of course pulut kacau merah....Hmm....! sampai sekarang saya tak tahu kenapa nenek suka masak makanan merah-merah. Yang paling saya kagum pulut kacau nenek tu tak pernah basi walaupun dah seminggu hari raya. Bila saya tanya resepi dan apa petuanya, nenek hanya jawab.

"Hang masak elok-elok, elok lah jadinya....."

Sungguh...nenek mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sesuatu juadah. saya masih ingat salah satu petak bendang kat kampung saya dulu dikhaskan untuk tanam padi pulut. Bila musim menuai semua orang kampung akan turun ke bendang. Bila siap dituai, beras pulut tu akan di bahagi-bahagikan sebagai upah. Pulut tu la yang nenek simpan untuk juadah raya. Santan pulak kena tunggu buah kelapa masak. Kait, buang sabut, belah, kukur lepas tu perah untuk dapat santan. Dapur pakai kayu api. Ignite guna getah sekerap. Yang beli cuma gula, pewarna merah, garam dan mancis je kot.

Masa hantar ibu mertuaku balik Kelantan hari tu sempat singgah pasar besar KB. Biasa la kalau singgah sini beli makanan je lah.. Kelantan delights. Favourite saya lompat tikam, akok, buah tanjung dan jala mas, Kuih-muih yang sangat la manis, banyak gula dan telur.

Lompat tikam....tanpa kuih hijaunya. Ala-ala pulut kacau merah.

Sekarang saya dah kurangkan makan pulut. Maklum la dah berumur. Makan banyak2 kang sakit urat pulak. Makanan manis pun saya dah kurangkan..... Hmm..



No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....