Wednesday 2 December 2009

Fb oh fb


Sejak cuti sekolah ni banyak pulak peluang nak mengadap computer. Setiap hari mesti nak tengok facebook eventhough for only 5 minutes. Bak kata anak bujang saya pandai betul orang Yahudi cipta facebook nak lekakan orang Islam... adus terasalah pulak. Memang betul pun. saya sendiri pun dah ter 'addicted' dengan facebook nih. Subhanalllah...tapi idak ler sampai terlupa tugas asasi...[ Hihi sori hubby]

Sebenarnya saya lebih suka kalau anak2 sekarang ni berblog drp berfb. Pada saya fb lebih banyak melalaikan. Kalau kat blog kita boleh mencurahkan idea dan perasaan. At least boleh polish cara penulisan esei. Sebelum ni saya sendiri pun terkial-kial nak buat karangan. Tapi sejak berblog nih 'terpaksa' la perah otak nak menulis. (Ewah! macam besar benar idea yg nak dikeluarkan, mengalahkan journalist)

Apa-apa pun itulah reality sekarang. Anak2 muda lebih suka benda yang lebih menyeronokan.. So agak penuhlah juga wall saya kat fb tuh. Maklumlah ramai kawan-kawan tu yang masih muda belia. Hihi terasa muda lah pulak..

2 comments:

Muhammad Mu'az said...

salam cg masniah, salam ziarah. hehe.

apepown cg, sy sgt setuju! fb meng-addicted kan org. haha.

nice post, cg ;)

Masniah Said said...

tu yang nak kena kontrol tuh

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya ...