Sunday 20 December 2009

New template lagi

Pagi tadi baru tukar template baru ngan Iman, so simple sampai hubby kata tak menarik langsung. So malam2 buta ni dah tak boleh tidur memikirkan new design pulak. Nasib baiklah Hidayah pun tak boleh tidur juga, so sama2 lah kami meng 'edit' blog ni... in the end dah jadi blog baby girl lah pulak. Habis pink semua benda. It takes 1 hour, so now dah lepas masa tidur. Orang lain dah selamat belayar, Hidayah sambung baca novel, saya pulak semangat menulis.

Ish,ish. Tak patut betul. Kesian anakanda saya tu. Sejak cuti ni asyik sibuk je. Kalau tak sibuk berjalan kena tolong saya kat rumah. Now dah dapat kerja kontrak jual buku sekolah pulak dari hari Jumaat-Ahad. Lepas tu jadi AJK P-Eks, kena berkampung selama 4 hari di Shah Alam.. Tapi hari Rabu dah kena balik sebab result PMR keluar hari Khamis. Kena prepare minda untuk hadapi result nanti. Ooo.. nervous juga memikirkan result bebudak ni. Apa2 pun itu hanyalah sebahagian dari tarbiyah untuk menjadi dewasa.... Semoga yang terbaik menjadi milik kita bersama.

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...