Lepas tu pi klinik. Doktor kata mungkin salah urat. So dia bagi ubat tablet untuk relakskan muscle dan ketotop untuk legakan sakit. Seperti biasa saya memang tak suka makan ubat. Cuma pakai ketotop tu je. Sekejap je saya tampal kat belikat terus rasa gatal2. So terus tanggal tak pakai dah. Tapi masih teruskan buat excercise pusing-pusing tangan tu.
Try search kat Mr Google. Rasa macam terkena symtom frozen shoulder. Sebabnya masa anak-anak kecik dulu asyik nak berdukung je. Saya selalu dukung anak-anak sebelah kiri sambil tangan kanan buat kerja lain. Huh.. super woman gitu. Memang banyak guna tenaga sebelah kiri. Maklum la anak-anak semuanya semangat dan montel-montel belaka. Berkat susu ibu. Tak padan dengan tubuh badan umi depa yang kecik molek. Heh!.... So saya ikut cara excercise yang disyorkan. Dua tiga hari juga la. Tapi masih tak ada kesan.
Kebetulan pulak lepas cuti baru ni kat sekolah saya musim orang berurut. Tetiba je muncul mak cik cleaner yang pandai berurut. So ramai-ramai lah cikgu-cikgu buat booking nak berurut. Murah je. RM30 sejam untuk satu badan. So saya pun cuba juga lah....
Sebenarnya saya memang tak pernah berurut sebelum ni. Anak dah lima. Orang dengar pun pelik. Hmm... Kisahnya sejak anak pertama lagi tak berurut. Susah nak cari tukang urut masa tu. Bersalin pulak kat KL. Kat kawasan rumah saya pulak semua mak bidan dah fully booked. Tak pandai pulak nak mencari bidan-bidan dari kawasan lain. Anak kedua dan ke tiga bersalin kat UK so lagi la tak ada peluang nak berurut. Akhirnya sehingga anak kelima pun terus tak pernah berurut. Kalau nenek saya masih ada memang kena leter la jawabnya. Nenek memang sangat prihatin bab-bab jaga badan ni. Dan sangat tradisional. Memang important sangat ler berurut after bersalin ni.
"Badan kita nak pakai lama... Kena la jaga. Amanah Allah tu..." Satu benda yang saya tak sempat rasa sebab masa saya bersalin nenek dah tiada. Agaknya kalau nenek yang jaga saya masa bersalin dan berpantang tentu saya maintain macam nenek ...:(
Pesan nenek, sebab utama kena berurut adalah tak nak bagi badan masuk angin. Pastu nak lancarkan pengaliran darah dan betulkan balik urut2 yang katanya tersimpul masa mengandung. Lepas tu pulak masa bersalin tu kan banyak gunakan energy. So kira macam nak mengembalikan tenaga lah kot. Manalah saya tahu. Tak pernah rasa berurut ni... Huhu tetiba rindu nenek...:(
Tapi kalau bab pantang larang lain Insya Allah saya akan cuba jaga sebaik mungkin. Masa bersalin kat UK dulu midwife saya ada sediakan senarai things to do kalau terkena syndrom-syndrom lepas bersalin. Antaranya, kalau rasa sakit kat bahagian vagina, cuba letak frozen pad dekat panties, Try warm bath atau makan ubat untuk tahan sakit jika diperlukan. Takut-takut terkena penyakit 'baby blue'. Rasanya orang kita panggil 'meroyan'. Alhamdulillah hingga kini Allah hindarkan saya dari perkara-perkara yang tak baik tu. Saya guna cara saya sendiri. Berpantang ikut pandai sendiri je. Badan kita, kita sendiri lah jaga. Jaga badan ni, bukan setakat the period immediately after birth je...it's more of a long term thing..kena jaga makan dan regular excercises. Tapi yang paling penting the first week take a good rest. Jangan dok sibuk nak pi nak kemas rumah ker, masak kat dapur ker, dan sebagainya. Just relax and enjoy your time with the baby.
Satu benda yang sangat penting, sediakan semua keperluan awal-awal. Sebelum bersalin lagi dah siapkan keperluan ibu dan anak. Terutama makanan kita semasa berpantang. Saya amalkan makan sup kambing setiap hari. So hubby dah stok up daging dan tulang kambing awal-awal dalam peti sejuk. Tiap hari defrost sikit-sikit untuk buat sup. Nasi mesti freshly cooked. Tak main la makan nasi dingin atau left over. Alhamdulillah masa hari-hari awal lepas bersalin hubby memang sediakan nasi panas setiap pagi dan petang. Masak je terus hidang. Siap dengan sup dan ikan kering goreng. Saya selalu makan ikan gelama atau tamban kering goreng. Paling sedap ikan haruan kering. Masa mengandungkan anak pertama ayah saya dah siap beli ikan haruan segar, Siang, belah belakang dan jemur buat ikan kering. Tapi sekarang macam susah nak dapat stok ikan haruan. Kalau tak ada ikan haruan saya akan minum air gamat. Subhanallah!....kalau nak minum air gamat ni harus ada kekuatan dalaman. Harus sanggup untuk menaham rasa dan baunya. Huhu....indescribable...
Satu lagi jangan lupa pakai stokin setiap masa selama berpantang 40 hari tu. Pakai yg longgar je takut tersekat pulak pengaliran darah. Yang penting tutup tapak kaki. Badan mesti sentiasa rasa selesa. Cuba elak rasa sangat panas atau sejuk. Kita rasa sendiri apa/bagaimana keselesaan kita. Minum air kosong banyak-banyak. Ada orang tak galakkan takut kembang. Saya tak pasti apa maksudnya. Tapi setakat ni saya memang amalkan minum banyak air kosong. Alhamdulillah belum ada yang kembang-kembang....
P.S Amalkan makan jamu set bersalin lengkap setiap kali lepas bersalin. Dan hanya berurut bila perlu sahaja....
No comments:
Post a Comment