Tuesday 14 October 2014

Mood menanam datang lagi...

Sejak-sejak musim hujan ni mood menanam datang semula. Hari tu pi pasar tani Melawati nampak pulak anak pokok daun pudina dan daun selasih. Pucuk dicita ulam mendatang. Dah lama saya cari pokok selasih ni.. Dah pernah tanam sebelum ni tapi jadi arwah sebab kemarau tak sempat siram. Lagi pun asyik petik je masuk dalam masakan. Tak sempat dia nak besar. Kali kedua ni mudah-mudahan pisang tidak berbuah dua kali.
Dalam pasu tu daun pudina. 
Semangat nak tanam sendiri sebab nak buat teh pudina ala-ala kat kedai Arab tu. Selalu kalau masuk kedai Arab saya dan hubby akan order 'pot of tea' dengan cawan kecik-kecik tu. Amin panggil teh ubat gigi. Menurut kajiannya teh pudina ni boleh tenangkan otot perut, bila rasa macam kejang, kembung atau berangin. Mostly kalau rasa ada gangguan atau masalah perut saya akan buat teh pudina segar dari ladang :D

Kata orang tua-tua daun pudina ni juga amat membantu mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan. Macam selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan. Kalau zaman nenek saya dulu depa ambik beberapa helai daun tu bubuh air sikit lepas tu gosok atas tapak tangan. Lepas tu sapu kat bahagian dada. Insya Allah lega. Macam sapu ubat Vick's gitu. Dan juga bagus untuk anak-anak dara yang selalu kena period pain. Sapu je kat kawasan bawah perut dibahagian peranakan. Mudah-mudahan dapat membantu kitaran haid juga.

Daun selasih pun ada fungsi yang agak sama macam pudina. Tapi saya belum cuba buat teh lagi. selalunya saya letak dalam masakan je. Semua resepi kari boleh letak. Boleh ganti daun kari. Kekadang saya letak dalam ayam masak merah atau goreng pedas. Konon buat ayam selasih pun boleh. Buat ulam cicah sambal/budu pun sodap.

Bunga selasih. Bau dia agak kuat. 
Kat celah-celah bunga kering terletak bijinya.
Biji selasih. Saya lurut satu persatu. Sungguh gigih...
Berangan nanti nak letak dalam air sirap. Bagus untuk sejukkan badan. Bila tu tak tau lagi. Tunggu musim kemarau pulak. Harap-harap biji-biji selasih tu tahan lama :D.
Bunga durian belanda
Pokok durian belanda ni dah beberapa kali berbunga tapi tak pernah menjadi. Tang mana tah silapnya. Setiap kali kelopak bunga tu gugur, dua tiga hari lepas tu tampuk dia pun turut gugur. Pokoknya keding je. Agaknya belum bersedia nak menampung berat buahnya nanti. 
Bunga mangga epal.
Excited giler nampak bunga mangga epal ni. Maklum la... dah masuk tiga tahun menunggu. Nampak bunga pun jadi lah. Setiap hari dok pi belek bunga dia. Mudah-mudahan buahnya menjadi. 

P.S Tak sabar nak share hasil tanaman ni dengan orang lain...

No comments:

Breakfast Date @KL East

“Jom breakfast esok, nak back to routine semula…” Bila hubby ajak makan, seharusnyalah kita terima dengan tangan terbuka. Sambil nak beli ba...