Sunday 12 June 2011

Seronoknya mengandung...


"Umi, macamana nak buat bubur baby?"
Saya agak terkejut dengan pertanyaan Hidayah. Sejak bila pulak Cek Mek ni minat dengan hal baby2 ni.

Masa saya anak dara dulu selalu fikir seronok nak kahwin je. Tak ada la pulak nak fikir tentang tanggungjawab. Rasanya kalau semua orang fikir tentang besarnya tanggungjawab bila dah berumahtangga ni tak ada siapa yang nak kahwin....

Yang seronoknya masa mengandungkan anak sulung dulu banyak betul petua2 dan pantang larang yang saya terima. Yang tak masuk akal pun ada. Ada ke patut saya tak boleh makan kicap dan minum kopi takut anak jadi hitam. Padahal itu je yang saya selera nak makan sebab saya alahan. Alhamdulillah tak ada pulak budak tu jadi hitam. Iman la yang paling putih . (Haha Iman, sila kembang). Anak ke2 dan ke3 saya lahir kat UK, jadi tak tak sapa nak kacau. Masa anak ke4 dan ke5, ramai yang suruh minum susu soya supaya anak yang lahir nanti putih melepak. Saya minum la juga sebab nak ambik hati, tapi tak putih pun. Apa la... percaya benda2 karut-marut tu. Astaghfirullah.

Sebenarnya nak cerita tentang susu soya ni. Saya baru terbaca kisah negatif tentang susu soya ni. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mempunyai kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya ialah meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita serta berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak. Ia juga salah satu punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual (sexual development). Mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang kearah kelembutan. Agak kurang sesuai untuk lelaki la kot.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Memang pun ada orang syorkan makan kismis semasa mengandung akan menghasilkan anak2 yang cerah otaknya. Saya cuba juga buat yang ni tapi tak ada la beriya-iya takut terseleweng akidah pulak. Saya lebih suka membaca surah2 dari al-Quran yang Nabi SAW sarankan untuk dibaca oleh ibu2 mengandung. Antara surah2 tu adalah Surah Lukman, Yusof, Maryam disamping cuba khatam al- Quran sekurang2nya sekali sepanjang masa mengandung tu.
Apa2 pun sentiasalah berserah pada Allah atas segalanya....

Wallahualam.


1 comment:

hidayah kesayangan ummi! said...

ummi!!! ape tulis nama dayah??? hek hek..

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...