Saturday 27 June 2009

Begitulah adanya..

Hari kad laporan baru semalam berlalu. Pengalaman tahun ini agak panas dari tahun-tahun sebelumnya. Tapi biasalah kan setiap manusia mahukan yang terbaik untuk dirinya.

"Ah lantaklah apa nak jadi dengan dia...I dah tak kuasa."

Itu adalah keluhan yang biasa kita dengar dari orang biasa bila dah rasa give up. Give up? Wow! Satu perasaan yang susah untuk digambarkan tapi amat mudah untuk dirasa apabila orang yang kita asuh dan didik untuk menjadi manusia seolah-olah tidak menghargainya. Lebih memburukan lagi keadaan bila keluhan kita yang dalam bentuk ucapan itu telah didengar orang. Keluhan kita telah disalah tafsir sebagai lahir dari perasaan benci. Lebih-lebih buruk lagi bila keluhan itu sampai pada ibubapa orang yang kita macam dah give up tu. Dan ibubapa tu pun datang jumpa kita.

"Tak sangka cikgu al Amin boleh cakap macam tu...."

Itu adalah respon pertama yang biasa kita dengar tentang guru-guru al Amin bila ada salah laku. Seolah-olah guru-guru al Amin adalah maksum. Tapi to think positive, orang sememangnya memandang tinggi pada institusi al Amin. Kalau tidak tentu mereka tidak akan sanggup membayar yuran yang tinggi yang untuk servis yang tidak seberapa.Tentunya mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik dari al Amin.

"Cikgu tolonglah maafkan anak saya. Saya harap cikgu dapat bersabar dengan kerenah anak saya.."

Itu adalah pengharapan biasa ibubapa terhadap anak-anak mereka yang dihantar ke al Amin. Ibubapa yang kenal kerenah anak-anak mereka akan faham perasaan guru yang terpaksa berhadapan dengan kerenah itu.
" Kami selalu menganggap mereka seperti anak sendiri. Tak buat homework kami marah, tak dengar kata, kami marah, tak dapat result yang sepatutnya pun kami marah. Tapi kalau disebaliknya kami puji kami bangga. Kamilah orang yang paling bangga bila mereka berjaya. Tapi kalau mereka gagal bererti kami yang gagal.."

Itu adalah luahan guru yang jarang terucap. Terimakasih kepada ibubapa yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak mereka. Kami hanyalah insan biasa. Punya hati dan perasaan. Maafkan kami sekiranya berlaku perkara tidak seperti yang diharapkan.

3 comments:

A wisher said...

sayang cikgu..
hihihi..
thnx sbb 2 taon bturot2 ajar nana..
sabar dgn klas kitorang..
alhamdulilah..batch kami dpt buat yang the best untok account even time tuh account susa gile!hihihi..
thnx cikgu!mmmmmmmmmmmuah!MAY ALLAH BLESS YOU!

Masniah Said said...

sayang awak juger..
rindulah dengan kelas you all. ceria even though kena jawab soalan susah.

Iman Abdul Rahim said...

nasib baik lah saya berjaya. cehceh. SPM tak lepas lagi padahal (:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...