Sungguh apabila Allah menyeru umat manusia supaya ikhlas, kita dah patut tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang. Bak kata satu perumpamaan..
"Ikhlas ibarat seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang gelap kelam". Sukarnya mempamerkan keikhlasan.
Mungkin ramai antara kita bila bagi hadiah pada seseorang pasti mengharapkan balasan. At least kita sendiri pun akan rasa bersalah kalau tak balas hadiah orang. Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Sikit-sikit pun pasti akan terselit rasa untuk dibalas dalam bentuk apa saja. Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap sorang-sorang. Betapa susahnya nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap rasa macam " Huh..is it worth it? Sesia je buat baik".
Bila difikirkan balik betapa ruginya kita membazir waktu membuat sesuatu perkara hanya mengharap simpati dari manusia lain.
Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas.
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” Surat Al-Bayyinah ayat 5.
"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat". Surat al-Baqarah ayat 265.
Sebenarnya sekolah kami telah mengadakan gotong-royang untuk Iftar Perdana sempena cuti Nuzul Quran semalam. Program bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 malam. Setiap guru telah diberi tugasan untuk merealisasikan program tersebut. So ada yang bertugas untuk rewang, menyediakan bahan masakan, memasak, menyediakan tempat hidangan, menghidang, menyambut tetamu, mengemas, membasuh, dan banyak lagi tugasan yang telah diagihkan. Dan alhamdulillah kebanyakan guru telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya. Dan...setiap guru wajib menandatangai borang kehadiran dan mencatat masa hadir tugasan dan masa hadir iftar. Maka keikhlasan dalam beramal dibulan yang mulia ini pun mula dipersoalkan.....
P.S Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
No comments:
Post a Comment