Friday, 18 July 2014

Umi...doakan tau!

8.40am. Handphone saya berdering.
"Umi...doakan Dayah tau. Nak exam kol 9.00 ni. Baru on the way nak gi exam hall. Umi doa tau."

9.40am. Handphone saya berdering lagi.
"Umi...doakan tau! Iman nak exam kol 10.00 ni sampai kol 12.00. Tengah nervous. Banyak nak kena hafal...doakan tau. Umi kena doa.."

Hari ni dua-dua puteri saya tu bakal bergelut dengan ujian dunia. Dah jadi tabiat depa minta saya doakan setiap kali nak masuk exam hall. Alhamdulillah mereka masih lagi berpegang dengan mustajabnya doa seorang ibu. Dan setiap kali juga saya akan doakan mereka secara specific walaupun mereka sentiasa hadir dalam doa-doa saya yang lain.

Hasil pembacaan saya berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT.

  • Doa orang tua kepada anaknya.
  • Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
  • Doa orang yang dianiaya.
  • Doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa
  • Doa seorang pemimpin yang adil.
  • Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
  • Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Sungguh..peranan doa sangat besar. Kekadang saya sendiri sering lupa kuasa doa. Allah dah sediakan ruang untuk ibu menggunakan kuasa doanya. Cuma kita jangan salah guna kuasa.  Doalah yang baik-baik untuk anak-anak. Doakan supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. After all mereka jua lah yang bakal mendoakan kita bila kita dah arwah nanti.

P.S Merebut peluang berdoa banyak-banyak dibulan Ramadhan ....

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....