Wednesday, 20 August 2014

Salam Aidilfitri

Dah lama tidak merasa menggantung kad raya. Kalau sebelum ni saya selalu tunggu posman. Bangga bila terima kad hari raya berbakul-bakul. Selalunya hubby dan anak-anak lah yang femes. Saya tukang kumpul dan gantung je kat dinding buat hiasan raya. Dah tak ingat dah bila last time terima kad raya. Sekarang semua orang pakai ucapan maya je. Emel, FB, whatsapp, telegram, twitter. Tu pun ramai buat kat grup je. Sekali tekan je untuk semua kenalan. Ucapan tanpa sentuhan. Tak ada feelings dan tak ada jiwa.....Hmm..dah macam nenek-nenek pulak bunyi nye!

"Kenapa tak balik kampung?" Soalan biasa bila ada orang KL tak balik beraya. Tahun ni kami raya di KL je. Tetiba terasa Kedah dan Kelantan tu sangat jauh.

"Hmm..anak-anak dah besar. Depa pulak pulang beraya di rumah ....Dah tak larat nak meredah traffic jam.." Klise.

Dan seperti setiap tahun persiapan raya saya ala kadar saja. Masak rendang ayam dan rendang daging. Rebus nasi impit. Petang raya hubby dah siap beli lemang. Tahun ni saya tak buat nasi dagang. Ubah citarasa buat ketupat palas pulak. Anak-anak dara saya semua excited nak belajar bungkus ketupat palas ni. Kalau la depa tau umi depa ni bukannya pro mana. Main pulas je tak tau jadi ketupat jantan ke betina. Bila tah last saya buat ketupat palas ni. Tetiba terimbau kenangan indah buat ketupat bersama arwah nenek.....huhu.
Hentam saja lah labu.
Nina siap label hasil kerja tangan dia....
Tak nak kalah....bermonopod selfie di pagi raya...

@@@@@

"Kita nak gi rumah Tok Wan mana umi?" Soalan biasa setiap kali pulang ke Kedah. Alhamdulillah anak-anak saya mempunyai ramai Tok Wan hasil dari sifat ramah saya masa kecik dulu. Saya mempunyai ramai keluarga angkat yang sangat baik hati dan menganggap saya seperti anak sendiri. Alhamdulillah juga saya dikurniakan suami yang tidak kekok bergaul mesra dengan mereka. Sejak dari awal pernikahan hingga sekarang hubby akan setia menemani saya pulang berziarah. Masa berlalu sangat pantas. Ramai Tok Wan sudah pergi dulu meninggalkan kami. Antara keluarga yang tidak pernah saya lupa setiap kali balik kampung ialah keluarga Cikgu Lah, seorang uru yang sangat mengambil berat tentang saya sejak dari Darjah 1 lagi. Kami akan menjenguk Tok Wan, Cikgu Lah setiap kali ada kesempatan balik Kedah. 
Tok Wan/Cg Lah berkopiah.
Jika panjang umur Insya Allah berjumpa lagi.

@@@@@


PS : Hari raya hanya bermakna jika kita dikelilingi orang yang menyayangi kita.. Or rather dikelilingi orang yang kita sayang.


No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....