"Umi tahu tak kenapa Alex Ferguson tak nyanyuk?" Anak bujang saya kalau bercakap memang asyik berkait pasal bola aje.
"Entah... Kenapa eh?" kisah pulak saya Alex Ferguson tu nyanyuk ke tidak.
"Sebab Alex Ferguson tu sentiasa berfikir. Sampai tua tua pun masih berfikir... Otak dia sentiasa berjalan sebab tu tak nyanyuk." Wah panjang jugak observation anak bujangku ini, saya memujinya dalam hati.
"Cuba Umi tengok orang tua kat kampung yang duduk saja tu... tak ada benda nak buat, tak ada benda nak fikir...last last mesti nyanyuk." Amboih..begitu sekali kesimpulan dia..
Malam tu saya tak dapat tidur. Sungguh! Saya mula berfikir. Ada logiknya juga kesimpulan yang dibuat oleh anak bujang saya itu. Apabila hubby mula komen tentang masalah nyanyuk ni pedihnya terasa hingga ke ulu hati. Menjelang usia emas ini saya seperti sudah mula merasakan kesan kenyanyukan ini. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya masih ingat untuk pulang ke rumah.
Lupa pulak semalam hari ibu. Adoyai...Dah masuk kategori nyanyuk ke.??? Patut la semenjak dua menjak ni kat TV asyik cerita tentang kasih ibu. Tapi tak sempat nak menghayati pun. Sibuk je memanjang. Walaubagaimanapun pada saya sepatutnya hari-hari adalah hari ibu. Tapi kalau setiap hari nak sambut hari ibu jenuh pulak nak layan anak-anak bagi hadiah...:)
Alhamdulillah Allah kurniakan saya anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk mata.
Nina's creation..
Habis semua adik beradik dia tolong sign..Siap buat signature ayah sekali.
|
Fresh red roses...my favourite. Anak-anak saya memang terbaek.. |
" Tak pe umi. Kalau umi sesat nanti Iman akan cari umi..." Saya tahu itu suatu gurauan. Tapi tetap membuatkan saya pegun seketika. Sungguh!....Dihujung usia hanya anak-anak lah penyejuk mata. Dan mereka tak akan terbayangkan pun apa umi terchenta ni bakal lalui di akhir usia nanti...:(
Sebenarnya banyak doa yang Nabi SAW sarankan untuk menghindarkan sifat nyanyuk ini. Antaranya seperti yang diriwayatkan dari Anas r.a., katanya Nabi s.a.w. sering berdoa:
"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati." ( H.R Bukhari & Muslim. )
Terdapat ulama yang menggalakkan membanyakkan bacaan Al-Quran dan banyakkan berfikir.
P.S Mohonlah pada Allah SWT agar kita semua dilindungi dari penyakit nyanyuk ini.
No comments:
Post a Comment