Ahad, 16hb Mac 2025
Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Seawal 3.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan mengemas rumah sebelum keluar bermusafir. Kami menunggu anak no-3 untuk menjemput ke KLIA2. Kali ini kami akan berkampung di Tokyo selama seminggu sambil menghadiri majlis konvo puteri bongsu di Tokyo University of Technology. Semoga Allah berkahi permusafiran ini.
 |
Cucu bersiap sedia nak hantar nenek ke airport. |
 |
Siap beli data untuk roaming selama seminggu di Jepun. |
Kami tiba di KLIA2 dalam pukul 12 tengahari. Anak menantu (pengantin baru) sudah sedia menunggu. Depa tiba awal dari Shah Alam. Usai drop luggage di kaunter kami lepak-lepak sembang dan bergambar. Oleh kerana semua orang berpuasa, kita hanya berlegar-legar di hadapan pintu pelepasan antarabangsa sahaja. Kali ini saya tidak masuk campur apa-apa urusan. Kita jadi mem besar. Semuanya hubby dan anak menantu yang uruskan.
 |
Girls... |
 |
Ummi's girls. |
 |
Us all… dengan family besan. |
By pukul 1:00 tengahari kami dah masuk untuk solat jamak Zohor & Asar dan bersedia untuk boarding. Flight pukul 2:50 petang dan berlepas on schedule. Oleh kerana kami ambik penerbangan Air Asia maka kita berpada sahaja dengan servis mereka. Pukul 4:00 petang depa dah mula serve makanan yang dipesan. Saya hanya duduk menunggu waktu berbuka pada pukul 6:25pm, local time. Lepas berbuka saya sambung duduk dan berehat sahaja. Nak tidur pun tak selesa dek keadaan/suasana yang kurang enak. Nak gerak ke toilet pun malas.
 |
Kami berempat. Saya dan hubby duduk row depan, anak menantu duduk row belakang. |
 |
Order nasi untuk berbuka atas flight. |
Kami tiba di Haneda Airport, Tokyo pada pukul 10:10 malam waktu tempatan (Malaysia pukul 9:10 malam) awal dari schedule. Saya terus ke toilet kerana dah lama 'menahan' sepanjang perjalanan. Dan bermulalah episod penggunaan bidet untuk kesekian kalinya. Jenuh jugak nak ingat balik pengalaman semasa datang ke Jepun pertama kali dahulu.
 |
Kita gagau je baca arahan.
|
 |
Done. |
Alhamdulillah urusan imigresen sangat mudah kerana kami dah register online. Depa bagi QR code so kita scan sahaja di mana perlu. Sedar-sedar dah keluar ambik bag dan kami terus gerak untuk check-in di hotel Villa Fontaine Grand yang terletak di sebelah airport sahaja. Hubby booking dua bilik, satu untuk kami dan satu lagi untuk anakanda pengantin baru. Bilik hotel sederhana luas dan selesa, terletak di tingkat 7. Sempat menikmati pemandangan malam di Haneda dari tingkap hotel.
 |
One for the memory. |
 |
Proses daftar masuk hotel agak mudah. |
 |
Siap ada pijama, tapi saya tak pakai pun. |
 |
Shower. |
 |
Toilet dan sinki. |
 |
Jadual waktu solat di Haneda, Tokyo pada 17hb Mac 2025. |
Alhamdulillah selesai hari pertama. Sempat tidur selama 3 jam sebelum bangun untuk bersahur ala kadar. Lepas subuh kita sambung tidur sebelum menyambung perjalanan ke Hachioji pula. Semoga Allah mudahkan. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment