Thursday, 10 April 2025

Buffet Ramadhan @Hotel Tenera

Walau dah masuk bulan Syawal, rasanya belum terlambat untuk bercerita tentang buffet Ramadhan. Kami dipelawa oleh besan baru untuk sama-sama berbuka di Hotel Tenera, Bangi. Tarikh asal sepatutnya pada hujung minggu tapi dek kerana hujung minggu hubby agak penuh maka kami decide untuk beriftar pada hari Jumaat 7hb Mac 2025 selepas 6 hari umat Islam menyambut Ramadhan. Kami gerak dari Ampang selepasa Asar dan tiba di hotel dalam pukul 6:30 petang. Rezeki kami tidak tersangkut dalam traffic jam walaupun petang Jumaat. Alhamdulillah.

Tetamu semakin ramai.

Dengan pengantin & besan baru.

Meja 55.

Depa buat di Grand Ballroom dengan konsep Desa. (Serantau Desa). Tetamu sangat ramai, penuh meja dan meriah macam kenduri kahwin namun saya tak pasti jumlah sebenar. Macam-macam menu ada. Saya ambik kuetiaw goreng, kambing bakar, rojak Penang, buah, bubur dan teh tarik. Walaupun serba sikit tapi jenuh jugak nak peghabih. Ada pelbagai menu makanan desa yang lain tapi dek kekenyangan, kita ambik bau sahaja.

Full house dengan keluarga besan anak- beranak.

One for the memory.

Terima kasih kepada keluarga besan yang sudi belanja buffet Ramadhan untuk kami berdua. Semoga Allah ganjari dengan pahala berganda sempena bulan Ramadhan yang mulia dan di murahkan rezeki sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jogging & Bacaan Gula dalam Darah

Hari ini baru kali ke-2 saya dapat berjogging sejak masuk bulan Syawal. Itupun saya paksakan diri sebab mula concern dengan bacaan gula yang...