Rabu, 19hb Mac 2025
Hari ini hari ke-3 kami di Tokyo dan merupakan hari kemuncak yang membawa kami bermusafir di Jepun. Tujuan asal kami ke sini adalah untuk menyaksikan majlis konvo anakanda di Tokyo University of Technology. Hubby memang tak akan lepas peluang untuk melihat anak-anak graduate depan mata sendiri. Sejak dari anak-anak tadika, bila namanya hari graduasi kami akan tercokoh dalam dewan sama-sama melihat anak-anak naik pentas meraikan sekecil-kecil kejayaan. Dan bila anak-anak dah habis degree bermakna selesai sudah tanggungjawab memberi pelajaran formal pada anak-anak. Semoga kita telah menyediakan jawaban yang baik dihadapan Allah nanti.
“Ummi… harini snow…” Tanpa diduga tiba-tiba sahaja suhu menjunam hingga O degree padahal semalam dah naik hingga 16 darjah celcius. Apa nak dikata, terpaksalah kita berlapis-lapiskan pakaian.
Hari ini anakanda sewa kereta so tidaklah kami bersusah payah meredah berjalan dalam dingin salji. Kami tiba di Universiti dalam pukul 9:45 pagi. Acara bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
 |
Kawasan Universiti dipenuhi salji. |
 |
Kami duduk di tingkat atas melihat graduan duduk di tingkat bawah. Semua acara berjalan di tingkat bawah. |
Usai majlis, jenuh jugak menunggu anakanda dan kawan-kawan bergambar sana-sini. Dari pukul 9:45 pagi membawa ke pukul 3:00 petang baru selesai mereka merakam gambar kenangan. Sementara menunggu sempatlah Ummi Ayah melihat-lihat sekitar kawasan Universiti.
 |
Graduan berdiri hormat. |
 |
Kita turun ke dewan pulak. |
 |
Anakanda dengan pakaian graduasi… |
 |
Anakanda bersama rakan sekumpulan/sekelas/seprojek. |
 |
Ummi Ayah ambik kesempatan melihat tempat/bengkel projek anakanda. |
 |
Kita tengok sahaja buat-buat paham. |
 |
Tahniah graduan. |
 |
One for the memory. |
 |
The proud Ummi. |
 |
Tahniah baby… officially a graduate. |
Selepas puas menunggu akhirnya semuanya berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Kami balik berehat di hotel sementara menunggu waktu berbuka. Untuk berbuka kami ke Restoran Kuta Bali lagi untuk kali kedua. Kali ini saya order nasi ayam penyet pulak. Usai makan kami balik berehat untuk kesegaran hari esok pulak. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment