Hari ini dah masuk hari ke-7 Syawal. Sebulan berpuasa kita tumpukan pada ibadat khusus dengan mengharap pahala berganda dari Allah. Dan pagi tadi saya meneruskan kerja-kerja yang dah lama tergendala dek kekangan masa dan kudrat sambil meneruskan kerja-kerja harian seorang makcik pencen. Pepagi lagi saya dah turun ke laman menyapu sampah. Sebelum itu saya siapkan house chores membasuh dan menyidai kain. Kemudian saya goreng mee buat sarapan. Usai sarapan saya basuh bilik air dan sental mana yang patut.
By tengahari hubby ajak keluar jenjalan. Kita mengikut sahaja bila semua kerja rumah dah selesai buat sementara waktu. Yang pasti kerja rumah takkan pernah habis....
Kami ke Wangsa Walk dan singgah makan di A&W bagi menghilangkan rasa muak makanan raya nasi dagang semalam.
Usai makan kita jalan-jalan cuci mata sambil singgah beli buah di MGB sebelum duduk lepak mengopi di Roti Boy Cafe.
"Ada lagi satu port buat kerja ni..." Sejak dah berhenti kerja, memana sahaja tempat yang kami singgah, hubby akan scan dan masukkan kedalam senarai tempat lepak sambil buat kerja.
![]() |
Lama tak pekena roti boy. |
![]() |
Cantik cuaca hari ini. |
![]() |
Kacang rebus RM7.90 sebekas. |
![]() |
Dapat lah semangkuk. |
Alhamdulillah, done another day of Syawal. Walau kata orang raya sebulan tapi tetaplah kita berpada-pada sahaja. Begitulah... semoga kita sentiasa berada dibawah perliharaan Allah hendaknya. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment