Wednesday, 9 April 2025

Persiapan akhir Majlis Nikah & Resepsi Puteri Bongsu

Beberapa hari sebelum majlis nikah anakanda puteri bongsu sahabat-sahabat saya yang baik hati datang ke rumah untuk packing kerepek ke dalam balang. Sponsored by Gojezes KB84 Girls, depa bawak dua guni kerepek pisang dan 2 guni kerepek ubi untuk diisi kedalam balang. Ada 80 balang semuanya. Semua balang berisi kerepek itu akan diletak di atas meja tetamu semasa majlis resepsi nanti.

Kerepek segar dari ladang.

Membalang bersama sahabat Gojezes.

Seperti biasa aktiviti bersama Gojezes tidak sah kalau tidak disertai dengan aktiviti makan-makan. So, usai membalang kita isi perut pula. Masing-masing bawak pot-luck, so kita sambung bersembang di meja makan.

Makan-makan.

Penuh meja dengan pot-luck memasing.

Anak no-2 turut menolong menyusun balang-balang yang siap diisi.

Tiga hari sebelum majlis, kami ke dewan bagi menghadiri rehearsal penuh bermula dari pukul 5:00 petang hingga 8:00 malam. Belum pernah lagi kami buat rehearsal begini. Dari kenduri anak sulong hingga anak ke-4 semuanya kami setel sendiri. Pepandailah memasing main peranan semasa majlis. Walau ada hick-up di mana-mana kita berpada sahaja. Namun atas permintaan anak bongsu, untuk kali ini kita turutkan sahaja demi kelancaran majlis. 

Pihak coordinator majlis dah bagi briefing sebelum acara bermula. Semua orang kena ikut flow yang telah ditetapkan. Kami buat majlis nikah outdoor, so majlis kena berjalan betul-betul mengikut perancangan takut terlebih masa, nanti panas pulak. 

Kedudukan pada hari kejadian nanti.

Susun atur dan aliran pergerakan semasa hari kejadian.

Makan-makan selepas sesi rehearsal.

Flower girls cilik.

Awalnya saya tidak bercadang untuk buat bunga telur. Saya bungkus coklat Arab menggantikan telur rebus. Tapi bila difikirkan semula, majlis nikah kahwin seakan tidak lengkap tanpa bunga telur, akhirnya saya siapkan dua pahar bunga telur (100 biji telur). Cancel letak coklat.

Telur dibasuh dahulu sebelum direbus.

Rebusan otw.

Saudara dari Kelantan datang memeriahkan majlis.


By petang hari Jumaat hubby dah angkut sebahagian barang-barang kenduri ke dewan untuk majlis esoknya.

Sebahagian barang-barang kenduri.

Doorgifts.

Beg untuk doorgifts.


Baju untuk Ummi dan Ayah pengantin dah siap digosok.

Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar dan hanya menunggu acara kemuncak untuk hari esok. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

No comments:

Jogging & Bacaan Gula dalam Darah

Hari ini baru kali ke-2 saya dapat berjogging sejak masuk bulan Syawal. Itupun saya paksakan diri sebab mula concern dengan bacaan gula yang...