Akhirnya tarikh 15hb Februari 2025, tiba jua. Walau dalam debaran tetaplah kita mohon pertolongan Allah agar majlis berjalan lancar.
Seawal 6:30 pagi kami dah keluar dari rumah. Perjalanan dari Ampang ke Berernhill, Hulu Langat mengambil masa 30 minit. Sebelum majlis bermula pukul 8:00 pagi, kita posing sesama sendiri dulu. Kenduri kali ini agak tenang kerana semua urusan perjalanan majlis dikendalikan oleh koordinator. Saya hanya memantau dimana perlu sahaja.
 |
Peserta pertama tiba dalam dingin pagi. |
 |
Pintu masuk utama ke dewan. |
 |
Nenek dan cucunya. |
 |
Tok Ayah nak join sekali. |
 |
Nenek and the girls cilik. |
 |
Ummi's girls.
|
Kami buat nikah outdoor, so by pukul 8:00 pagi semua orang mengambil tempat masing-masing. Juru nikah bagi masa satu jam sahaja untuk majlis kami kerana beliau akan ke majlis nikah seterusnya pada pukul 9:00 pagi. Kami hanya ikut flow dan arahan koordinator sahaja, seperti dalam rehearsal sebelum ini.
 |
Ummi dan anakanda bersedia untuk melangkah keluar. |
 |
Menanti akad nikah dengan penuh debaran. |
 |
Semua dah bersedia. |
 |
"Aku terima nikahnya...." |
 |
Alhamdulillah. |
 |
Us all.🥰 |
Usai majlis nikah para tetamu dijamu dengan sarapan pagi sementara menunggu majlis resepsi bermula pukul 12 tengahari nanti. Saya hanya sempat menjamah dua sudu mihun goreng, seketul popia dan secawan teh tarik. Lepas tu dah kalut dengan persediaan menyambut para tetamu. Sedar tak sedar hari dah petang dan majlis pun tiba dipenghujungnya.
 |
Mihun goreng, seri muka dan popia buat sarapan.
|
 |
Girls only... as always. |
 |
Full house... keluarga kecil Ummi dan Ayah. |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walau jangkaan masalah parking dan keadaan yang panas tanpa air-cond tetap timbul. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis kami dan jutaan maaf diatas sebarang ketidakselesaan. Semoga para tetamu tetap berpuas hati dengan majlis kami yang sederhana ini. Semua gambar-gambar bersama para tetamu kita simpan sebagai kenangan peribadi. Semoga semuanya sentiasa didalam rahmat Allah. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment