“Ummi, boleh ke keluarga dia nak datang meminang?” Terus terang saya katakan, kalau lelaki itu benar-benar sukakan kita, dia tidak akan teragak-agak untuk move one step closer.
Maka pada hari Isnin, 16hb September 2024, termerailah janji untuk sehidup semati antara anakanda putri bongsu dengan pilihan hatinya. Pihak lelaki datang meminang dengan membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh anakanda dengan 7 dulang.
Kali ini saya kurang masuk campur urusan mereka kerana meraikan wish list bakal pengantin. Saya cuma bertindak sebagai penasihat dan tumpukan kepada perjalanan majlis. Tapi kos makanan dan sebagainya haruslah hubby yang tanggung. Kami sewa kerusi meja untuk 40 pax dan set nasi putih dan lauk-pauk makan tengahari untuk 100 orang. Saya juga tambah set dagang untuk 50 orang. Belanja tambahan untuk pelamin, dessert table pakaian dan hantaran, anakanda tanggung sendiri.
![]() |
Ummi’s girls as always… |
![]() |
Full house. |
![]() |
Hantaran dari pihak lelaki. |
![]() |
Cucu-cucu memeriahkan majlis. |
![]() |
Dessert table. |
![]() |
Kita adjust sikit bahagian tangga. |
![]() |
….biar nampak lebih murni. |
![]() |
Done. |
![]() |
Pelamin nan simple. |
![]() |
Tepak sirih. |
![]() |
Hantaran daripada pihak perempuan. |
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan secara rasminya anak bongsu saya menjadi tunangan orang. Semoga Allah mudahkan majlis seterusnya. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment