Hari Sabtu minggu lepas agak penuh dengan aktiviti kenduri dan keluarga. Saya terima jemputan kenduri sahabat masa belajar di Newcastle back in early 90’s dahulu. Walau dah lama tidak bersua tetaplah kita penuhi undangan sebagai jambatan persahabatan. Kami pernah duduk serumah masa belajar dahulu. Kini masing-masing dah bergelar nenek. Depa buat majlis di Dewan Al Hafiz, Jalan Kebun, Kelang/Shah Alam. Kami keluar rumah pukul 10:30 pagi, tiba di majlis dalam pukul 11:45 pagi, duduk makan dan bersembang hingga pukul 1:00 tengahari. Jalan agak jam dan kami tiba di rumah semula hampir pukul 3:00 petang.
 |
Dengan tuan rumah. |
Sebelah malam kami ada jemputan kenduri besan ke-3 saya sempena kenduri menyambut menantunya. Depa buat di dewan Villa Busainna, Nadayu 63, Melawati. Majlis bermula pukul 8:00 malam so anak-anak saya datang berkumpul/transit di rumah saya duhulu sebelum sama-sama bergerak ke dewan lepas Solat Maghrib. Kebetulan cucu baru pun balik maka kita lepak-lepak bergambar kenangan sebelum turun.
 |
Lena tidur balik umah nenek. |
 |
The proud nenek & tok ayah. |
Kami tiba di dewan dalam pukul 8:15 malam, cukup-cukup masa sebelum pengantin melangkah masuk pada pukul 8:30 malam. Majlis sangat meriah dengan lampu-lampu dan pelamin yang indah. Makanan pun sedap. Kami tidak sempat bergambar dengan pengantin kerana masa agak suntuk. Saya dan hubby pun dah kepenatan sejak pagi. Kami hanya bergambar dengan mak pengantin dan anak menantu sahaja buat kenangan.
 |
Seated @Table 21. |
 |
Mak pengantin merangkap besan saya. |
 |
Anak no-3 dan menantu. |
 |
Cucu-cucu. |
 |
Menantu sulong. |
 |
The Girlszz… as always. |
Sekian cerita pada hari Sabtu, 26hb April 2025. Semoga kita sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment