Selasa, 18hb Mac 2025
Hari ini hari ke-2 kami di Jepun dan masih lagi di Hachioji, Tokyo. By pukul 10:45 pagi pihak hotel dah bagi notifikasi untuk check-out pukul 11:00 pagi. So kami bersiap sedia check-out dari Apa Hotel on-time dan tarik beg berjalan kaki ke stesen Hachioji berjumpa anak-menantu. Next hotel adalah Design Hotel Blax tapi hanya boleh check-in pada pukul 8:00 malam. Agak pelik pulak bila kebiasaan check in hotel adalah pada pukul 3:00 petang. Tapi kita akur sahaja dengan proses mereka. Cadangnya nak tinggal luggage dalam locker sewa khas di stesen Hachioji tapi bila fikir balik why not terus hantar ke hotel dan tinggalkan di situ sehingga waktu check-in. So, kita teruskan operasi mengheret beg sorang satu. Kami tinggalkan beg di lobi hotel dan depa akan angkut beg masuk bilik bila tiba masanya.
![]() |
Cuaca agak panas hari ini. |
Usai urusan left luggage, kami decide untuk jalan-jalan di sekitar Hachioji sahaja. Lagipun hubby dah mula batuk-batuk so kita cari ubat yang sesuai di Farmasi. Alhamdulillah ubatnya sangat mujarab dengan izin Allah.
![]() |
Pilih pilih ubat batuk dan sakit tekak. |
Kami naik train dan turun di Tachikawa Station melawat Taman Bunga di Showa Kinen Park. Saya dah lupa berapa bayaran masuk tapi macam tak berbaloi sebab belum meriah dengan bunga. Kebanyakan pokok baru keluar kudup bunga. Yang penting dapat exercise berjalan kaki lebih 20 000 langkah. Dapatlah merasa bunga-bunga yang ada buat kenangan.
![]() |
Pokok bunga baru dipindah tapak. |
![]() |
Antara yang baru berbunga. |
![]() |
Ala- ala bunga taik ayam. |
![]() |
Pintu masuk/keluar ke taman. |
Usai bersuka-ria di taman kami balik berehat di rumah sewa anakanda sementara menunggu waktu berbuka puasa. Dapatlah melelapkan mata barang setengah jam. Kemudian kami berjalan kaki ke Restoran Rani Katakura yang terletak tidak jauh dari rumah anakanda untuk berbuka.
![]() |
Menu masakan Bangladesh yang menarik. |
Kami order nasi biryani ayam dan kambing, roti nan, ayam tikka dan kari kambing untuk berbuka. Lepas berbuka kami terus balik ke hotel untuk berehat. Depa dah siap letakkan beg yang kami tinggal pagi tadi ke dalam bilik. Alhamdulillah biliknya lebih luas dan selesa.
![]() |
Katil king. |
![]() |
Area pantry… |
![]() |
…lengkap dengan bahan-bahan minuman. |
Sebenarnya hari ini 18hb Mac adalah birthday anakanda yang ke-23. Malam tadi depa dah celebrate berdua. So hari ini depa usung kek birthday nak share dengan Ummi dan Ayah pulak. Kita layankan saja.
![]() |
Happy 23th birthday untuk anakanda. Semoga sentiasa bahagia disamping suami terchenta. |
Alhamdulillah selesai untuk hari ini. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment