Friday, 18 April 2025

Bacaan gula... Dawn Phenomenon?

Sejak akhir-akhir ni saya rajin buat test bacaan gula dalam darah. Saya prick sendiri sahaja menggunakan test kit kepunyaan hubby. 

Kebetulan pagi ni saya siapkan semua kerja rumah lebih awal so dapatlah saya spend masa untuk semak kesihatan diri. Pertama kali saya buat test di awal pagi begini. Bila bacaannya diluar julat biasa saya maka mulalah kita nak kalut. Biasanya bacaan sebelum sarapan dalam julat 4.5-5.5 sahaja.

Bacaan 6.5 pada 5.33 pagi.

Alhamdulillah, semua info dihujung jari. Mengikut kata pakcik google bacaan gula diwaktu awal pagi melebihi paras biasa adalah normal. Ianya dinamakan dawn phenomenon. Apa-apa pun nanti kita buat health check semula. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga akhirnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan Sogo

Baru-baru ini saya dan hubby ke Sogo , KL. Dah lama tak ke sana tiba-tiba terasa nak membeli-belah. Tak perasan pulak waktu cuti sekolah, ma...