Setelah sekian lama baru kali ini saya berpeluang untuk menghadirkan diri dalam kumpulan tadarus di Masjid berdekatan. Katanya program tadarus ini telah berlangsung sejak tiga tahun lepas, bermakna pada tahun ketiga beroperasi baru Allah lapangkan masa dan ruang untuk saya turut serta. Alhamdulillah kebanyakan ahli adalah orang-orang pencen. So bolehlah makcik luaskan capaian sahabat dengan geng setaman.
 |
Kumpulan Tadarus no-7. |
Kami mulakan bacaan sebelum Ramadhan lagi dan meneruskan bacaan dalam bulan Ramadhan setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Alhamdulillah semua bersetuju untuk habiskan bacaan sebelum saya bertolak ke Tokyo pada hari Ahad, 16hb Mac 2025. So pada hari Jumaat yang mulia, kami semua memakai baju sedondon sambil mengabdikan kenangan atas kejayaan khatam al-Quran bagi Ramadhan tahun ini.
 |
Special post. |
 |
Jiran setaman. |
 |
Bersama ketua kumpulan. |
Sebenarnya pihak Masjid mengadakan majlis khatam perdana pada minggu terakhir Ramadhan. Tapi memandangkan saya berada nun jauh di negeri matahari terbit maka tidak dapatlah saya turut serta dalam majlis yang penuh barokah itu. Namun tetaplah ahli kumpulan tolong simpankan segala cenderahati pemberian ahli kumpulan hingga saya balik ke tanah air.
 |
Cenderahati pemberian ahli kumpulan. |
Untuk majlis Khatam Perdana, depa buat majlis khatam untuk muslimat sahaja pada sebelah pagi manakala untuk lelaki depa buat pada sebelah petang dan disambung dengan majlis berbuka. Walaupun jauh tetaplah kita berpeluang mengikuti majlis melalui video dan gambar-gambar yang dikongsi dalam group wassap.
 |
Majlis Khatam Muslimat disebelah pagi. |
 |
Majlis Khatam Perdana disebelah petang.
|
Terima kasih semua. Semoga kita sempat bertemu dengan Ramadhan lagi dan mudah-mudahan semua bacaan kita menjadi penerang di dalam kubur nanti. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment