Hari ini baru kali ke-2 saya dapat berjogging sejak masuk bulan Syawal. Itupun saya paksakan diri sebab mula concern dengan bacaan gula yang semakin membimbangkan. Alhamdulillah cuaca hari ini sangat memberi kerjasama. Saya dapat buat dua pusingan di Taman KLCC walaupun ada cilok sikit-sikit. Cukuplah dapat keluarkan peluh purely dari jogging, bukan dari panas mentari.
 |
Keadaan alam yang mendung dan nyaman. |
 |
Singgah Restroom yang baru siap dibina. Cantik kejadiannya. |
 |
Sakura in KLCC katanya, tapi menggunakan bunga-bunga tiruan. Makcik tak mau tertipu. |
Seperti biasa selepas jogging kami singgah sarapan roti canai di Restoran Hameed di Foodcourt KLCC. Rupa-rupanya mereka hanya terima tunai dan kad bank sahaja sebagai bayaran. Depa tiada servis untuk bayaran menggunakan QR code. Biasanya kami bayar cash. Malangnya hari ini kami tiada duit cash dan kad bank pulak tertinggal dalam kereta. Alhamdulillah Pakcik cashier tu bermurah hati bagi kami ambik makanan dulu sebelum hubby patah balik ke kereta ambik kad bank. Semoga mereka semua dimurahkan rezeki selalu.
Lepas makan saya tunggu 2 jam untuk buat blood test. Alhamdulillah bacaan hari ini cuma 5.2 dan dalam julat yang sangat memberansangkan berbanding semalam dengan bacaan 6.5 selepas sarapan. Maksimum bacaan normal adalah kurang dari 7.8 selepas makan. Kiranya, bacaan gula dalam darah saya masih terkawal.
 |
Bacaan semalam 19/4 selepas sarapan. (6.5)
|
 |
Bacaan hari ini 20/4 sebelum makan tengahari dan 2 jam selepas sarapan roti canai @ Mamak KLCC. (5.2) |
 |
Bacaan pada 15/4, sebelum subuh. (6.5) |
Semoga lepas ini bertambah rajin menjaga kesihatan. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment