Monday, 7 April 2025

Seminggu di Jepun: Haneda-Hachioji

Isnin, 17hb Mac 2025

Hari ini hari pertama kami di Jepun. Kami bangun sahur pada pukul 3:30 pagi, makan ala kadar dan menunggu hingga waktu subuh pada pukul 4:20 pagi. Kemudian sambung tidur hingga pukul 9:00 pagi dan bersiap untuk check-out pada pukul 10:00 pagi.

Sahur hari pertama.

Done check-out. 

Dari Haneda kami naik train ke Higashi-Kanagawa Station, kemudian tukar train ke Hachioji. Oleh kerana rumah sewa anakanda hanya satu stesen sebelum Hachioji maka kami stop over di stesen Katakura. Kami hanya duduk menunggu di bangku stesen sementara anakanda hantar luggage mereka balik rumah. Tak sampai 20 minit, mereka datang semula dan kami naik train seterusnya untuk meneruskan perjalanan ke Hachioji semula.

Posing dulu sementara menunggu train. 

Dalam train pun jadi.😁

Tunggu another train.

Depan stesen Hachioji.

Di Hachioji, hubby booking Apa Hotel untuk 3 malam. Malangnya bilik hotelnya sangatlah comel, muat satu katil kelamin dan ada sedikit ruang untuk solat sahaja. Memang betul-betul bilik untuk tidur sahaja. Kami cuba cancel booking tapi tiada hotel alternatif yang available untuk malam tu. Semuanya fully booked. So kami stay je untuk satu malam. Depa bagi refund untuk dua malam. Alhamdulillah ada hotel lain yang available untuk dua malam seterusnya.

Perbincangan untuk cancel booking dan dapatkan refund oleh anak menantu yang pandai cakap Jepun. Pihak hotel sangat memberi kerjasama.

Ruang bilik yang haluih… kita duduk atas katil sahaja.

Socket dalam hotel. Tapi saya lupa nak bawa kepala charger hp yang compatible dengan socket di Jepun.

Usai urusan masuk hotel, anakanda balik ke rumah sewa sendiri. Tinggallah Ummi ayah berehat di hotel. By malam tiba-tiba pulak terasa lapar. So kami keluar cari makanan. Tekak Melayu haruslah nak cari nasi. Berbekalkan pengalaman semasa datang ke Hachioji sebelum ini kami ke Restoran Kuta Bali. Kami berjalan kaki sahaja berpandukan Google Map. On the way balik kami singgah beli charger USB di kedai Seven Eleven dan makanan untuk sahur keesokannya.

Nasi goreng for hubby.

Nasi Padang for makcik.

Alhamdulillah, done hari pertama di Hachioji, Tokyo. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Seminggu di Jepun: Majlis Konvo Anakanda

Rabu, 19hb Mac 2025 Hari ini hari ke-3 kami di Tokyo dan merupakan hari kemuncak yang membawa kami bermusafir di Jepun. Tujuan asal kami ke ...