Sunday, 7 May 2023

Jalan-jalan Jepun: Persiapan awal.

Dah banyak kali hubby merancang nak ke Jepun. Oleh kerana kami berdua tak pandai berbahasa Jepun so sementara anakanda putri tu ada kat sana boleh la jadi tourist guide bawa ummi dan ayah jalan-jalan.

Tapi sebelum terbang haruslah nak kena ada passport yang sah at least untuk 6 bulan. Passport saya dah lama expired maka kenalah renew passport dulu.

{Cerita renew passport boleh baca di sini.}

Lepas tu baru cari flight ticket. Kebetulan anakanda tu tengah merindu nak makan rendang so kami plan nak beraya di sana pada hari raya kedua. Awalnya hubby dah beli tiket untuk penerbangan hari Sabtu malam (hari raya pertama) supaya sempat bersuasana raya di Jepun di pagi 2hb Syawal. Rupa-rupanya Jepun ada cuti Golden Week seminggu kemudian selama seminggu. Maka dengan rela hati kami pi tukar/tunda tiket penerbangan selari dengan cuti anakanda. So bolehlah spend masa extra untuk berjimba walaupun tak dapat beraya bersama.

{Cerita tukar tiket boleh baca di sini.}

Lepas dah setel urusan flight baru hubby survey hotel untuk penginapan. Kami buat booking dan bayar online.

Akhir sekali baru kami setelkan urusan yang tak kurang penting sebelum berlepas ke Jepun:

1. Tukar duit Jepun (¥). Kami tukar ¥100 000 (RM3300) di Penggurup Wang, Taman Permata. Kalau tak nak bawa banyak cash pun takpe. Kat sana boleh guna kad bank (kredit atau debit). Cuma perlu aktifkan untuk international transaction, lepas tu boleh swipe sahaja untuk buat bayaran. Kebanyakan kedai kat Jepun terima kad.

2. Register entry ke Jepun secara online dalam Visit Japan Web. Follow arahan dalam web tu untuk dapatkan QR code untuk entry ke Jepun. (Tak perlu Visa). Simpan QR code dalam hp untuk scan masa kat kaunter imigresen nanti.

3. Print out certificate Vaccine (3 dose) incase depa mintak. Save dalam hp pun okay. (Masa kami pergi baru ni depa tak minta pun)

4. Download Google Map dalam hp. Sangat berguna untuk plan jalan-jalan kat Jepun.

5. Bawak adapter untuk socket/plug elektrik sebab socket/plug kat Jepun lain dari Malaysia supaya mudah untuk caj hp. Lebih mudah kalau ada power bank tapi dalam flight kena bawak dalam hand luggage. (Hp adalah suatu keperluan di sana).

6. Bawak keperluan ubatan. (hubby memang kena bawa bekalan ubat yang mencukupi)

7. Sediakan luggage bag yang beroda heavy duty supaya senang nak travel. (Takut tercabut tayar/roda tengah jalan nanti. 😅)

8. Bawa pakaian yang perlu sahaja. Tak perlu banyak baju sejuk sebab lebih murah beli kat Jepun. (Beli yang preloved pun okay)

9. Pakai kasut yang selesa/sesuai plus knee guard sebab banyak nak kena jalan kaki. (Saya berjalan hampir 20,000 steps setiap hari).

10. Beli data yang cukup untuk roaming hp. Depa caj RM38 sehari. (Saya guna hotspot hubby sahaja). Hotel dapat free wifi. Banyak kedai dan shopping mall bagi free wifi. Dalam train pun dapat free wifi. Tapi ada yang kena sign in guna e-mail. So make sure ada e-mail account. Tak pastilah selamat ke tidak. Kalau ada data sulit dalam hp tu better guna roaming sendiri lah kot.

****************

Jumaat, 28hb April 2023

Hari yang ditunggu pun tiba. By pukul 4 petang semua beg dah siap beratur depan pintu. Usai solat Asar dan solat Musafir kami terus gerak ke KLIA bagi memberi laluan keadaan jalan jam dipetang Jumaat yang mulia. 


Anakanda bawak balik sushi for minum petang... nanti nak kena compare rasa ngan sushi ori Jepun. 😁

Sungguh bagai dijangka, jalan sangat jam dengan keadaan hujan renyai. Kami selamat tiba di KLIA dalam pukul 7.30 malam. Usai solat jamak Maghrib dan Isya' kami terus check-in. Lepas tu singgah dinner di Restoran Jamie Oliver Pizzeria dengan anak menantu sebelum dipanggil untuk boarding pada pukul 9.45 malam.



Sepatutnya ada lagi sepasang anak menantu tapi depa pemalu.😁

Mencari Gate C35.

Beratur untuk boarding.

Alhamdulillah flight MH088 berlepas on schedule. Penerbangan dari KLIA ke Narita Airport, Jepun mengambil masa selama 7 jam dan kami selamat mendarat di negara matahari terbit pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) pada hari Sabtu 29hb April 2023.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...