Sunday, 7 May 2023

Berbuka di Restoran Haslam, Jalan Pahang, KL

“Assalamualaikum cg Masniah, saya ni….bekas pelajar al amin…. nak jemput cikgu berbuka di kedai ayah saya InsyaAllah” 

Tiba-tiba rasa teruja atas ingatan bekas anak murid walau dah lama tidak bersua. Haruslah saya akan berusaha memenuhi undangan berbuka di restoran yang terkenal dengan keenakan menu hidangannya.

Siap dengan poster lagi.

Bila hubby bagi greenlight, apa lagi terus sahaja saya buat planning dengan teman seperjalanan. Kami keluar rumah usai solat Asar bagi mengelakkan jalan jam pada waktu puncak orang balik kerja dan tiba depan Restoran Haslam, Jalan Pahang tepat jam 6:20 petang. Berehat sebentar dalam kereta sementara menunggu depa buka pintu dewan pada pukul 6:30 petang.

Partner in crime.🥰

Restoran Haslam.

Yang menyambut mesra di muka pintu… tq dear.🥰

The host, Encik Taj dengan salah seorang anak beliau yang juga student sekolah saya cuma saya tak sempat mengajar.

Ex student sekelas  anak bujang saya, SPM 2016.

Ex student sekelas anakanda doktor, SPM 2011.

Pembuka selera.

Hidangan buah dan fruit cocktails.

Pelbagai kuih.

Saya target cucur bawang cicah sos... sungguh enak.

Berbuka dengan buah dan kuih dulu sebelum solat Maghrib.

Sambung makan nasi lepas solat.

Dah macam reunion guru-guru pulak.



Depa letak notis sebagai peringatan mesra supaya berhemah dalam mengambil juadah untuk mengelakkan pembaziran. Saya tak pasti terpakai atau tidak untuk kami sebab nampak gayanya semua benda pun habis licin. Alhamdulillah, setakat pemerhatian saya tiada pembaziran berlaku.

Notis peringatan mesra.

Licin.😁

Pun licin.😁

Semoga murah rezeki mereka menjamu kami dan mendapat pahala yang sewajarnya dari Allah kerana memberi makan orang berbuka puasa. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...