Sunday, 7 May 2023

Jogging @ Taman KLCC

Sejak balik dari Jepun saya dah pasang azam untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal dan berjalan kaki. Lima hari berada di sana saya dapat atur langkah hingga mencecah hampir 20 000 steps setiap hari. Badan rasa sangat sihat dan ringan. 

So hari ini kita mulakan aktiviti berjogging yang tertangguh sejak lepas raya. Semangat nak dapatkan sumber oksigen yang banyak daripada pokok-pokok, kami bercadang untuk ke Taman Tasik Perdana (Taman Botani, KL). Malangnya semua jalan dalam KL city ditutup sempena car free day. Ramai orang berjogging dan berbasikal pusing-pusing kota raya. Akhirnya kami buat lencongan ke KLCC dan parking kereta di P2 Suria KLCC. Lepas tu ambik eskelator keluar ke kawasan kolam air pancut menghala ke Taman KLCC. Di situ memang tersedia jogging track. Pengunjung pun ramai, maka ayuhlah kita teruskan langkah ke arah hidup sihat di hujung usia. 

(Saya tak lari beriya pun. Banyak melenggang sambil menikmati keindahan lanskap sahaja. Al maklumlah, first time singgah sini, kita nikmati suasana dahulu).

Pokok hiasan berpara, tak pasti bunga apa.





Sejak dah separa mahir ni, hubby dah mula seronok berselpi.


Entah bila la akan mencapai berat idaman.😅

Kemboja, baru nak berbunga semula.

Usai berjogging kita sarapan dengan roti canai di Restoran Hameed’s di food court Suria KLCC tanpa rasa bersalah. Lepas ni nak gi open house raya pulak. Apalah nasib badan. 

Roti canai dengan teh-o limau panas.

Insya Allah kalau umur panjang, next time kita datang jogging di sini lagi.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...