Monday, 8 May 2023

Jalan-jalan Jepun Day 1: Narita Airport-Hachioji

Sabtu, 29hb April 2023

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Narita Airport pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan selama 7 jam. Badan tetap rasa segar walau macam tak cukup tidur masa dalam flight. Depa hidang roti sosej sebelum lights off tapi saya tak makan sebab masih kenyang dan mata pun dah mengantuk. Before landing saya pilih salmon potato croquette and croissant untuk sarapan. 

Saya tak pasti berapa banyak flight yang mendarat bersama kami tapi manusia sangat ramai di ruang imigresen. Mungkin ramai yang datang sempena cuti Japan Golden Week. So kita bersabar sahaja beratur berlengkar-lengkar menunggu giliran. Hampir dua jam baru sampai kat kaunter imigresen. Subhanallah.. semua orang pun sabar je.

Ramai betul pelawat datang ke Jepun.


Kami antara orang terakhir yang melepasi urusan imigresen. Usai urusan  imigresen saya terus cari bilik air. Terus terpesona dengan sistem toilet seat mereka. Duduk je toilet seat terus rasa suam-suam panas. Nyaman sekali. 😁 

Tekan button je untuk urusan bidet dan flush toilet. 

Kemain laju hubby bergegas pi kutip beg.


Kita sarapan kopi tabak dulu sebelum meneruskan perjalanan. Makcik punya sengih sampai ke telinga dapat jumpa anakanda. 

Terminal 2

Kami beli kad suica untuk urusan perjalanan sekitar Tokyo. Boleh guna untuk naik train biasa dan bas biasa. Kami isi kredit ¥2000 (RM66) dulu buat pertama kali sambil pecah duit ¥10000. Semua urusan pakai mesin sahaja. Of course la anakanda yang buatkan semua. Ummi ngan ayah tunggu je hingga selesai semua urusan.

Beli suica card dulu. 

Kad suica  macam kad touch & go, harga ¥500 sekeping.

Beratur untuk beli tiket rapid train pulak.

Kemain excited che mek ni nampak camera.

Simbol untuk Japan Railway

Ada direct train ke semua tempat tapi sangat limited.

Menunggu rapid train ke Shinjuku.

Dari Narita Airport kami ambik rapid train ke Shinjuku. Sejenis train laju dan kena reserve tempat duduk. Harga dalam RM100 seorang. Dari Shinjuku kami tukar train untuk ke Hachioji. Untuk train ini kami guna kad suica sahaja. Lupa pulak nak tengok berapa depa caj sebab dia ala-ala touch and go untuk keluar masuk gate ke platform train. Train ni agak padat, so nasib la kalau takde tempat duduk.

Berdiri dalam train ke Hachioji.

Sampai sahaja di stesen Hachioji kami cari locker untuk simpan beg tarik yang penuh dengan barang-barang anakanda sebelum dibawa pulang ke rumahnya nanti. Banyak pilihan locker yang ada dengan saiz dan harga yang berbeza. Kami pilih saiz sederhana untuk saiz beg 22 inci. Harga ¥700 (lebih kurang RM24). Mudah sahaja caranya. Kita pilih locker yang kosong, masukkan bag, tutup dan buat bayaran di mesin. Selesai bayaran, mesin akan keluarkan resit dan bagi nombor pin untuk bukak locker semula. (Simpan resit… takut nanti tak boleh ambik beg semula. 😀)

Locker untuk simpan barang.

Luggage yang lain kami  heret ke hotel dan simpan di hotel sementara menunggu waktu untuk check-in pada pukul 3 petang nanti. Sementara menunggu waktu check-in kami patah balik ke shopping mall mencari makanan. Anakanda rekomen makan sushi halal di restoran Hama Sushi. Alhamdulillah sedap tapi tak kena dengan selera hubby, maka hanya sekali itu sahajalah saya dapat merasa makan sushi di Jepun. Insya Allah ada rezeki saya akan kembali lagi. Atau mungkin saya cari substitute Hama Sushi bila pulang ke Malaysia nanti. 😊

Hama Sushi, Hachioji.


By pukul 3.00 petang kami dah bersedia untuk check-in di hotel. Dari awal lagi kami memang cari hotel yang paling dekat dengan train station, bersebelahan shopping mall dan paling penting non-smoking untuk keselesaan dan kemudahan dikemudian hari. Susah jugak nak dapatkan bilik hotel yang memenuhi kriteria kami. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya kami dapat bilik di Keio Plaza Hotel, Hachioji. Hubby buat booking dan bayar online dari Malaysia lagi. So bila nak check-in kami cuma tunjukan passport untuk pengesahan sahaja.

Anakanda jadi translater.

Boleh baca segala info pasal hotel di sini tapi tak paham ler...depa tulis bahasa Jepun.🤭

Kami dapat bilik di tingkat 12 menghadap stesen/laluan keretapi bandar Hachioji. Biliknya sederhana besar dengan katil queen size dan lengkap dengan perabot asas. TV tu buat hiasan jelah sebab semua channel depa dalam bahasa Jepun. Yang tak Jepun pun depa alih ke bahasa Jepun.


Katil queen sized.

Masuk je bilik terus saya menuju ke bilik air untuk mandi dan menyegarkan badan, salin baju dan solat jama’ qasar Zohor dan Asar. Masih lagi teruja dengan sistem button untuk toilet seat. Gelihati pulak mengenangkan perangai sendiri yang macam tak pernah up-to-date dengan gadget terkini. Lepas dah segar bolehlah berehat sebentar sebelum menunggu untuk makan malam.


Button untuk urusan bidet/basuhan di sebelah toilet bowl.

By pukul 6.00 malam hubby dah mula berkira-kira nak mencari makanan berempah. Tak lalu nak makan makanan Jepun katanya. So kami google kedai kebab yang berdekatan tapi tutup pulak. Akhirnya kami singgah di Kuta Bali Cafe, sebuah restoran/kedai makan Indonesia. Alhamdulillah tercapai hajat hubby nak makan selera nusantara walau nasi yang depa hidang tu tidak menepati cita rasa. Depa pakai beras Jepun, rasa ala-ala pulut tanpa lemak. Jadilah, buat mengalas perut. Saya order nasi goreng. Alhamdulillah bolehlah habiskan separuh hidangan.

Banyak pulak hiasan pelik-pelik kat dalam kedai ni.

Nasi goreng for makcik.

Nasi putih beras Jepun dengan ayam goreng berlado.

Alhamdulillah… kenyang untuk hari ini.

Depan Kuta Bali Cafe.

By pukul 8.00 malam kami beredar dari restoran dan berjalan kaki pulang ke hotel, berposing sambil ambik angin malam selepas singgah sebentar di kedai serbaneka (ala-ala kedai Mr DIY Malaysia) untuk beli kuali buat memasak rendang esok hari.


Hachioji by night.😍

Tidak terasa penatnya badan walau setelah seharian berjalan sana sini sinun. Such a long day. Yang penting malamnya dah boleh tidur awal. By pukul 10 malam masing-masing dah senyap diulit mimpi.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...