Thursday, 11 May 2023

Jalan-jalan Jepun: Fujimori Park

Usai mengopi pagi tadi kami teruskan perjalanan ke Fujimori Park. Tempat ini katanya sangat cantik terutama sewaktu musim bunga sakura, sangat rugi kalau tidak singgah ke sini bila ke Hachioji. 

"Nak ambik gambar ummi ngan ayah berdua je..." 

Jomlah kita… Dah alang-alang konon nak bercuti berdua-duaan, moh ler kita nikmati keindahan alam bunga di sini. Fujimora Park ni tidak berpagar (setakat pemerhatian saya). Kita boleh masuk je ikut mana-mana jalan yang ada. 

Semasa musim bunga sakura, taman ini katanya akan menjadi sangat cantik. Malangnya masa kami datang, musim sakura sudah berakhir, tinggal pokok dan daunnya sahaja. Walaubagaimanapun masih ada lagi bunga-bunga lain yang menyerikan taman. Maka kita berpada sahaja dengan apa yang ada.

Entrance dari jalan utama, terus teruja dengan hiasan bunganya.



Tamannya sangat bersih dan cantik. Cuma ada satu tempat berbau hancing yang sangat kuat, mungkin tempat/kawasan anjing melepaskan hajat, tapi tak nampak apa-apa tinja, cuma berbau sahaja. Melepasi kawasan itu, semuanya baik-baik sahaja.

Senarai bunga-bungaan yang sepatutnya ada di taman ini tapi banyak yang dah out of season. 

Di sini juga ada small shrine, padang baseball, tennis court, dan mini stadium untuk athlete. Mungkin ada lagi kemudahan lain tapi saya lebih fokus kepada alam. 

Tak pasti apa depa tulis tapi rasanya berkait dengan divine and  peace.


Statue of peace katanya.


Tak pasti apa nama bunga yang berjuntai tu, tapi saya suka.



Terasa benar ketenangannya.


Bunga dan langit nan biru.

Dandelion.

Che mek tukang bawak jalan dan tukang ambik gambar.

Dah... jom balik.

Bas warna pink/peach.. sangat rare.

Kami menghabiskan masa lebih satu jam di sini. Sambil berjalan sambil berposing. Terimakasih kepada anakanda putri yang penuh sabar melayan ummi dan ayah, sambil bawak berjalan, sambil jadi photographer cum translater.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...