Tuesday, 30 May 2023

Open house Aidilfitri on Mother’s Day.

Syawal tahun ini agak meriah dengan program open house dan kenduri di hujung minggu, macam dah back to normal selepas terkurung dek PKP selama dua tahun lepas. Setiap hujung minggu sejak 1hb Syawal, ada sahaja jemputan untuk open house Aidilfitri. Dan untuk minggu ketiga Syawal ini saya ada jemputan open house daripada anakanda di Putrajaya, sahabat Gojezes KB84 serta sahabat dari zaman sekampung dahulu. Oleh kerana hubby dah merancang untuk memenuhi semua jemputan maka kami cuma perlu susun masa cantik-cantik supaya tiada yang ketinggalan. Kami keluar rumah seawal pukul 8 pagi dan stop over di Starbuck sebelah rumah untuk alas perut. Tetiba pulak anakanda kampung sebelah datang berkunjung nak join sarapan. Kita layankan sahaja sementara masih ada masa. Lepas tu kami terus gerak ke Putrajaya dan sambung sarapan di sana pulak.

1. Sarapan @ Putrajaya

Anakanda order nasi tomato dan tambah juadah homemade untuk open house. Sesi pagi dikhaskan untuk famili manakala untuk sahabat handai dan kawan-kawan, depa buat sesi tengahari membawa ke malam. Kami tiba di sana dalam pukul 10.45 pagi. Rupa-rupanya depa dah rancang nak buat sambutan Hari Ibu. Alhamdulillah semua anak-anak turut sama berkumpul untuk meraikan Ummi depa yang terchenta ini… siap dengan carrot cake lagi. ๐Ÿ’•

Nasi tomato, kurma daging, ayam masak merah dan acar.

Yang ada.

Ummi's girls... missing Nina & Aisyah.

Carrot cake yang awesome.

Begitulah.

2. Lunch @ Elmina Valley, Shah Alam.

Seperti biasa, tidak sah raya kalau tiada get together bersama rakan-rakan Gojezes KB 84. So kali ini kami berkumpul di rumah sahabat setia di Elmina Valley. Tuan rumah sediakan juadah istimewa siap dengan ulam  dan budu. Ramai yang datang membawa juadah masing-masing style pot-luck. Alhamdulillah hubby bermurah hati menemani isteri terchenta untuk bersuka ria dengan sahabat till jannah walau saya hanya bawak perut sahaja. Asalnya hubby nak drop saya sahaja memandangkan ini adalah program for ladies only tapi dek kerana ada beberapa gojezes yang datang dengan suami masing-masing maka tidaklah terasa canggung untuk hubby joins the club.

Rojak buah.


Sekadar berselisih jalan pun masih sempat merakam momen.๐Ÿ˜Š


Ikan singgang dengan ulam dan budu.

Kek untuk gojezes yang sambut birthday pada bulan Mei.

Another cake.

Tiga orang geng bapak sedang berborak.

All the happy faces of geng mak-mak.

3. Minum petang @ Taman Medan, PJ.

Dah lama tidak bersua dengan sahabat sepermainan semasa di kampung dahulu. Kebetulan dapat undangan open house, haruslah saya berbesar hati untuk hadir. Hubby pulak memberi galakan padu so selepas bersuka-ria di Elmina kami gerak ke PJ pulak. Alhamdulillah dapat singgah sebentar walaupun dalam keadaan hujan lebat. Banyak menu yang depa hidang tapi saya lebih berminat untuk bersembang dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua.

Bff.

Kakak bff.

By pukul 5.30 petang kami gerak balik Ampang dan tiba di rumah sebelum Maghrib. Mudah-mudahan ukhuwah yang dibina berkekalan hingga ke syurga. 

Sekian.๐Ÿ˜Š

No comments:

Tiga Malam @Hotel Ibis Style, KB

Semasa balik ke Kota Bharu baru-baru ini kami menginap di Hotel Ibis Style selama tiga malam. Hotelnya bagus, memenuhi keperluan kami seada...