Wednesday, 29 March 2023

Renew passport secara online

“Nak raya mana tahun ni?” Entahlah… nak balik kampung pun tak pasti lagi. Bila semua orang tua dah tiada di kampung suasana raya pun terasa macam hambar. Yang pasti bila dah masuk alam tua begini saya hanya nak berkumpul anak-beranak sahaja bila tiba hari raya.

“Jom raya oversea…” Yang ini boleh dibincangkan. 

Tapi first thing first haruslah nak kena renew passport dulu. Lepas tu baru teruskan perbincangan. Sekarang ni mudah sahaja nak renew passport sebab boleh dibuat secara online. Boleh rujuk website depa. Asalkan kita ada gambar yang sesuai dan memenuhi semua syarat, permohonan akan jadi sangat mudah, lebih-lebih lagi bila ada anak muda yang IT savvy.

Kami ambik gambar pasport di Kedai Gambar, Greenwood. Just bagitahu adik fotografer tu, kata nak buat gambar passport online. Pandaila dia adjust apa yang patut. Laju je dia buat kerja... sup sap sup sap tunggu dalam lima minit, siap. Kami bayar RM15 untuk gambar online dan 4 keping gambar biasa. Yang gambar online tu depa bagi through whatsapp. Lepas tu saya pass over pada anak bujang untuk proses seterusnya… isi borang dan buat bayaran RM200 seorang secara online. Bila pihak imigresen dah terima permohonan kita, kita tunggu sahaja depa hantar notification melalui emel. Kami isi borang permohonan dalam pukul 2 petang. By pukul 4 petang depa dah hantar emel suruh pilih slot temujanji untuk pick-up passport baru. Kami pilih pick-up point kat Mini UTC Keramat, slot waktu 10:00-12:00 tengahari.

Sebelum hari kejadian kena pastikan kita dah print out salinan slip temujanji dan resit bayaran. Semua dokumen tu depa dah hantar melalui emel. Bawa sekali kad pengenalan dan passport yang dah expired tu. 

Pada hari yang ditetapkan kami keluar rumah pada pukul 9:15 pagi terus ke Mini UTC Keramat. Alhamdulillah parking pun mudah. Kami tiba di pintu masuk Jabatan Imigresen Malaysia pada pukul 9:30am. Ikut sahaja arahan papan tanda, beratur dan ambik nombor giliran. 

Orang yang menunggu agak ramai. Rasa cuak pulak.

Ada 7 orang sebelum giliran saya.

Rupa-rupanya servis pick-up ni sangat laju. Walaupun appoinment kami sepatutnya bermula pada pukul 10:00 pagi tapi depa terus bagi nombor giliran bila tiba di kaunter. Kami tunggu tak sampai 10 minit terus tiba giliran. By pukul 10:15am kami dah keluar dari pejabat imigresen.

Done.🥰

Sebelum ini saya banyak membaca dan mendengar keluh kesah mereka yang menghadapi masalah nak renew/buat passport, so saya dah allow seharian untuk urusan passport ini. Tapi benarlah... kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Rezeki mudah dibulan puasa. Alhamdulillah.🌹

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...