Monday, 6 March 2023

Jalan-jalan @ Taman Tasik Perdana.

"Mana ada orang pergi jogging weekdays... bahaya." Bukan main lagi hubby buatkan saya seram bila isteri mithalinya menyatakan hasrat nak berjogging dengan seorang sahabat pada hari Isnin yang indah. 

Tapi kita cekalkan hati dan buktikan yang there is nothing to worry asalkan hubby bagi izin. 

Kami gerak pukul 8:15 pagi dari Wangsa Maju. Jalan ke Taman Tasik Perdana agak jam sebab menuju ke pusat bandar. Tapi takpe... kita isi masa dengan borak santai dalam kereta dan selamat tiba di taman dalam pukul 9:00 pagi. Kami parking di atas bukit berhadapan bangunan Memorial Tun Abdul Razak. Lepas tu turun tangga menuju ke kawasan tasik. 

Suasana agak tenang. Ramai juga pengunjung lain tapi kebanyakannya makcik pakcik pencen. Sorang dua sahaja nampak macam anak-anak muda. Tapi depa sibuk buat photoshoot. So kiranya saya dan sahabat hanya menambahkan suasana tenang dalam taman. Kami berjalan laju, mendaki dan panjat tangga sikit-sikit. Selebihnya kami hanya berjalan santai sambil menikmati keindahan alam ala-ala healing gitu.😁

Kita pepandai je selpi wefi.😁

Abaikan filter melampau itu.

Makcik masih bambam.

Jinak-jinak merpati.


Rusa-rusa sedang berehat gamaknya.

Gugusan jambu air... macam takde yang sudi.

Air terjun yang tenang.

Hajat nak masuk melawat tapi tutup pulak

Nanti kita datang lagi.

Alhamdulillah saya dan sahabat selamat balik rumah selepas dua pusingan/tawaf keliling taman tasik yang mengambil masa hampir dua jam.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...